"Anggun masuk bilik terakhir tu ke?"
Anggun mengangguk perlahan, takut mengangkat wajah untuk memandang Ashraff. Walaupun nada suara Ashraff masih mendatar,
Anggun dapat merasakan bahawa Ashraff sendiri terkejut dengan tindakannya memasuki bilik larangan itu.
Entah kenapa Anggun merasa dekat dengan insan yang memilki wajah yang seiras dengannya.
Wajah mereka betul-betul sama, bahkan saling tidak tumpah. Memang sangat serupa.
Sebenarnya, Anggun tiada niat pun mahu memasuki bilik larangan itu. Namun, saat dia lalu di hadapan bilik kecil itu, dia bagaikan terdengar namanya dipanggil-panggil.
Ashraff tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia tahu dia tidak patut memarahi Anggun yang tidak tahu apa-apa.
Anggun hanya tunduk. Gambar Jelita yang berada dalam tangannya itu ditatap. Dia dapat merasakan yang antara mereka ada pertalian yang tidak mampu untuk diterjemahkan.
"Anggun tak ada niat pun nak masuk bilik tu. Tiba-tiba tadi masa nak pergi jumpa Mak Senah, Anggun rasa macam nama Anggun dipanggil berkali-kali. Saat Anggun masuk bilik tu, mata Anggun terus tertumpu pada gambar ni, " terang Anggun. Gambar Jelita masih lagi ditatap.
Jelita, gadis yang pernah mewarnai hari-hari gelap dalam hidup Ashraff. Warna-warna ceria yang dibawanya kekal ke hari ini walaupun tika ini, Jelita sudah jauh meninggalkannya.
Keceriaan yang bukan hanya dihadiahkan padanya, malah pada seluruh ahli keluarganya. Pemergian Jelita begitu melukakan hatinya yang amat mencintai gadis itu.
Menjadikan seluruh hidupnya kelam. Hitam pekat seperti malam tanpa bulan.
Share this novel