BAB 6

Romance Completed 12531

2 bulan dah berlalu, umi dengan abah dah balik dari outstation. Abang pun ada kat rumah. Happy sangat sebab semua dah ada. Tapi…

Abang Akim dah nak pergi dari rumah aku. Dah tak ada peneman aku lagi selepas ini.

Sepanjang 2 bulan ini, banyak yang aku kongsikan kepada dia. Semua masalah aku, semua apa yang aku rasa, aku akan ceritakan kepada dia. Tapi, kini dia dah nak balik. Siapa lagi yang akan aku luahkan perasaan aku?

Aku berjalan menuju ke arah bilik tetamu yang menjadi bilik tidur Abang Akim.

Sampai tu, aku tak ketuk dulu pintu, aku main terjah aje bilik dia. Siapa suruh tak kunci. Aku kesah apa? Rumah ini milik umi dan abah aku kan?

“Yaa… Terkejut Abang. Ingatkan penceroboh mana la tadi.” Kelihatan Abang Akim mengemas pakaian-pakaiannya ke dalam bagasi.

“Perlu ke Abang Akim pergi?” Aku duduk di atas katil empuk ini.

“Perlu la. Takkan asyik nak cuti aje. Mestilah kena kerja, bos dah panggil nak kena buat karya yang terbaru pulak.”

“Abang Akim lagi pentingkan kerja daripada Yaa?” Aku mula buat muka sedih.

“Tak. Bukan macam tu Yaa. Yaa jangan lah salah faham. Sama la dengan kerja Yaa, kerja bertimbum-timbun atas meja sana. Mana boleh nak biarkan, kan? ‘Demo CEO syarikat, ke…'”

“Memang la. Kalau nak dibandingkan dengan kerja bertimbun-timbun atas meja dan kematian. Mana mau pilih maa?”

“Yang tu lain cik adik. Yaa bukan mati lagi pun.”

Tiba-tiba rasa sakit mencengkam kepala aku. Aku memegang kepala aku. Sakit sangat.

“Arghh…” Aku mengerang kesakitan.

“Yaa… Kenapa Yaa?” Abang Akim dah mula panik. Dia nak sentuh tak berani. Haromm!!!

“Dah nak mati…”

“Hah? Nak mati?” Ambik cuti! Ambik cuti!

“Ya la nak mati. Postpond la tarikh balik tu.” Aku dah duduk seperti sedia kala macam orang tak sakit langsung.

“Tu macam tak sakit pun? Main-main eh?” Abang Akim buat muka marah. Sebenarnya tak marah pun.

“Abang Akim tak payah balik la! Kepada siapa lagi Yaa nak luahkan perasaan Yaa?! Ada abang Az bukan boleh kira. Kerja nak kenakan Yaa ada la!” Aku dah mula naik berang.

“Yaa…”

“Apa Yaa… Yaa? Pergi la kalau nak pergi sangat! Nak sangat pergi kan? Pergi la! Tinggalkan Yaa! Get out!!” Aku dah mula melalut.

Aku melangkah keluar dari bilik tetamu. Panggilan Abang Akim tak kuhiraukan.

Aku ambil kunci kereta BMW series 4 nak keluar.

Kereta aku pecut laju dengan perasaan yang sebal.

Aku mula rasa lemas. Aku berhentikan kereta di tepi jalan. Aku letakkan kepala di atas stereng kereta. Air mata berjejeran keluar.

“Arghhh!!!” Aku menjerit sekuat hati. Iphone aku baling keluar tingkap. Pecah berderai.

“Semua nak tinggalkan aku. Kenapa? Kenapa?”

Aku pusing stereng kereta dan menderum laju membelah jalan raya menuju ke suatu tempat yang aku tak tahu.

Sedar-sedar aku berada di Tasik Titiwangsa.

Aku seperti tersedar. Kenapa aku meroyan sangat? Abang Akim je kot. Aku pun tak tahu, aku rasa seperti kehilangan.

Atau aku dah mula jatuh cinta kepada Abang Akim? Tak mungkin,tak mungkin. Tak mungkin aku jatuh cinta. Hatiku bagai tak mengenali cinta yang sebenar.

Aku menutup pintu hatiku untuk tidak menerima mana-mana cinta lelaki mereng. Melainkan lelaki yang sudah ditetapkan sebagai imamku. Jodohku…

Aku menggagau-gagau poket mencari Iphone. Terlupa.

Macam mana agaknya Abang Akim? Ah, lantak dia lah. Siapa suruh pergi.

Matahari sudah terbenam di ufuk timur. Ini lah masa untuk aku pulang. Aku pun dah penat ni.

Masuknya aje rumah, aku tidur di bilik tetamu. Penat sangat nak panjat tangga naik tingkat atas.

Besar gila bantal peluk ni. Ada hidung? Ada mulut? Aku gagau lagi. Berambut?!

Aku bukak mata. Tengok!

“Abang Akim?! Argh…!!!” Aku menjerit sampai nak tercabut anak tekak.

Abang Akim terpisat-pisat bangun setelah mendengar jeritanku.

“Apa jerit-jerit ni?”

Lawak pulak rasanya bila teringat kisah tu. Kisah tu berlaku time aku lari keluar rumah semasa aku putus dengan Arshad. Bangun pagi esok, tengok bukan bantal peluk. Sekali kau, orang!

Semua nak tinggalkan aku. How la?!

Tak apa Zinira… Bangkit! Be strong… Aku kan kuat kan, kan, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience