BAB 3

Romance Completed 12531

“Hoi… Adik kau ikut aku kejap.” Tangan aku ditarik oleh abang masuk ke dalam biliknya.

“Lepas lah senget. Sakit tangan adik tahu tak?!” Gertak aku.

“Apsal, kau tak jaga mulut? Aku bagi kang.” Abang dah angkat siku tunjuk kat aku.

“Kau jangan. adik bagi jugak kang.” Aku tunjuk penumpuk.

“Eh, menjawab. Apsal kau tak jaga mulut tadi?” Abang mengulangi soalannya.

“Tak jaga mulut apanya? Abang tu yang tiba-tiba pijak kaki adik pahal? Nak makan ni?” Aku dah angkat tangan gaya seperti ingin menampar.

“Ingat takut?”

“Siapa cakap kau takut? Perasan. Dah la adik nak balik bilik. Main dengan kau, sampai bila tak habis.” Aku dah angkat kaki bersedia nak balik bilik.

“Siapa cakap nak main, ingat nak ajak main lat tali lat ke? Eh, jangan nak memandai balik bilik. Adik tahu tak riak muka Abang Akim berubah tadi lepas adik cakap macam tu.” Abang dah mula bukak cerita.

“Apsal nak berubah riak? Beriak happy eh?” Aku buat muka samdul.

“Samdul betul la kau ni dik.Beriak tak senang la cik adik oii…!” Tahu pulak dia, aku buat muka samdul.

“Apsal pulak tak senang? Ada masalah ke?”

“Pandai kau teka dik. Meh, abang nak cerita dekat adik.” Abang menuju ke pintu, melilau-lilau memandang ke luar bilik dan menutup pintu.

Abang kembali kepada aku. Dia menarik aku duduk sama.

“Macam ini, kau tahu kan yang Abang Akim tu ada girlfriend kan?” Abang buat muka suspen.

“Apsal pulak tak tahu. Ramai gila girlfriend dia. Anis, Atifah, Lina, Sasha, Que. Setakat girlfriend je kot. Adik pun ada boyfriend. Kawan lelaki. Saya ulangi, kawan lelaki! Azim, Emir, JJ…”

“Kau tak payah melalut la dik. Kau dengar sini abang cerita. Tak payah nak sibuk. Senyap dan dengar apa yang abang cakap.”

Abang mula bercerita.

Panjang gila cerita. Sampai la abang habis cerita.

Senyap.

“Cakap la.” Abang buat gaya bercakap kepadaku.

Aku tetap tak bercakap.

“Kau ni dah kenapa, dik?”

“Woi… kau ni kan. Apsal senyap? Memang nak kena luku dengan aku betul la dia ni.” Abang mengangkat sikunya bersedia nak meluku aku.

“Kau jangan…”

“Bukak pun mulut. Apsal kau senyap tadi?” Abang menjatuhkan kembali sikunya.

“Tadi, abang sendiri yang suruh adik senyap kan? Abang cakap macam ni, ‘Kau tak payah melalut la dik. Kau dengar sini aku cerita. Tak payah nak sibuk. Senyap dan dengar apa yang abang cakap.’ Sebab tu adik senyap. Adik akan adik mithali. Dengar cakap abang.” Aku tersengih menampakkan barisan gigiku yang putih lagi bersih ini! Muehehe…

“Kau ni, memang kan.”

“Ok, straight to the point.” Abang mengalah.

“So, apa yang abang nak suruh adik buat?”

“Ya, Allah. Tak pick up lagi ke?” Abang mengangkat tangannya tinggi-tinggi buat gaya berdoa. Tapi ini lain, dia buat ruang kat tengah-tengah. Dasyat-dasyat.

“Nak buat apa?” Aku buat muka blur.

“Kau ni kan… Kau kena la jaga mulut kau tu. Jangan main lepas je cakap bila bercakap dengan dia. Kau ni dik, bila bercakap main lepas je macam menembak. Orang menembak pun tak macam kau tahu tak. Peluru tak tersembur macam kau bercakap tersembur air liur.”

“Ewah… Sedap mulut mengutuk adik. Abang tu, apa kurangnya. Bila bercakap, bersungguh bagai nak rak. Nasib baik bukan hangat-hangat tahi ayam. Kalau hangat-hangat tahi ayam. Aku ambik je tahi ayam yang dipanaskan masukkan dalam mulut kau, bila bercakap keluar habis tahi ayam panas tu macam peluru. Baru betul namanya hangat-hangat tahi ayam.”

Aku pergi ke bilik air yang berada dalam bilik abang, ambil pencuci muka dan picit ke atas tapak tangan aku. Aku pergi balik, berdiri betul-betul di hadapan abang aku.

Muka abang, aku tenyeh dengan cream pencuci mukanya sambil menyebut, “Sesejuk cream pencukamu, biarlah kamu merasa penanganku.”

“Ambik ni!”

“Adik!!!” Abang menjerit sekuat hatinya.

“Tahi ayam!”

Aku mencicit lari menuju ke bilik aku sambil ketawa. Ambik kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience