BAB 7

Romance Completed 12531

1 Tahun kemudian…

“Yaa… Yaa… Yaa…!” Kedengaran suara Abang Az dari kejauhan sambil berlari-lari anak ke arah aku.

“Sembelit eh?”

“Sembelit pulak.”

“Tu, duk depan pintu toilet sakit perut la tu. Lari-lari terus tercegat depan pintu tandas, tak tahan sangat la tu.” Aku berkata sambil ketawa.

“Eh, terlajak. Ok, undur balik.” Abang berundur lebih kurang 5 tapak ke arahku.

“Apa? Nak apa? Nak ubat sakit perut? Apsal postpond ‘melabur’?”

“Ishh, dah dah la melalutnya.”

“Tak nak kasi melalut, cepat la cakap.” Aku bergerak ke arah kerusi, nak duduk. Abang ikut.

“Breath-in dulu.” Dada abang turun naik, turun naik ambil nafas.

“Apa?!” Aku dah mula naik berang, duk tunggu abang tarik nafas bila nak terkeluar ayatnya.

“Tak sabar betul. Macam ini. Confirm adik tak caya ni.” Main tarik tali pulak dah.

“Memang adik tak caya pun, dah satu ayat nya habuk pun tarak. Duk main tarik tali, sampai bila tak habis cakapnya.” Aku menghirup air milo panas yang aku buat tadi.

“Akim lamar kau!” Abang berkata sambil menjerit.

Aku berhenti menghirup air.

Sambung balik minum air.

“Hoii… adik tak terkejut ke?” Abang merampas cawan air milo panas yang aku pegang.

Aku hanya angkat bahu malas nak layan. Ingat aku caya? Love? No doubt!

Aku rampas balik cawan yang abang pegang. Memang sembelit! Aku gigit jugak tangan tu kang! Terputus 2 jari, makan ikut sunnah nabi la kau. Alim sikit, iya tak?

Aku pergi ke ruang tamu, malas nak layan orang sembelit pospone ‘melabur’. Tak pasal aku terjangkit sekali. Tak cukup kaki la aku nak menyepak orang.

“Umi, nak?” Tanyaku sebaik sahaja terlihat umi sedang duduk di atas sofa sambil menonton tv.

“Hah Yaa, nak apa?.” Aku hulur cawan kepada umi aku.

“Boleh jugak.”

“Apa, mana airnya?”

“Air dah habis.”

“Air habis buat apa kasi, apa la dia ni.” Umi hulur balik cawan yang kuberi tadi.

“Nak suruh umi basuh, orang sebenarnya tak pun nak kasi air. Hehehe… ” Aku buat muka cute.

“Bertuah punya anak. Rajin sungguh anak umi ni.”

“Yaa tipu je la, ni air. Kasi balik cawan tu.” Aku keluarkan tangan kananku yang disorok belakang baju, cawan yang ku beri kepada umi, aku ambil balik.

Aku duduk di atas sofa, sebelah umi.

“Umi, can I ask something?”

“What?”

“Betul ke Abang Akim lamar Yaa?” Mata umi yang tadi terarah kepada skrin tv memandang tajam ke arahku.

Takut aku, baik aku lari sebelum kena terbang. Ya la, sayap tak ada macam mana nak terbang.

“Oii mak!” Aku melatah sambil badan dah terangkat sedikit dek pukulan umi pada sofa.

“Haa… Umi baru nak cakap. Mana tahu? Emm, tak payah cakap la. Dah tahu siapa yang cakap. Abang Az kan?” Aku menggangguk macam burung belatuk yang stroke. Tapi aku tak stroke la. Aku sihat walafit ni, alhamdulillah lagi.

“Ha’a, memang Abang Akim lamar dia. Diaorang datang semalam time Yaa keluar rumah and I’ve been received it.”

“Next month, you will be a wife for him.” Abah datang dari belakang sambil tersenyum.

“Dah tak jadi anak dara la kau dik.” Suara abang pulak yang bergema di ruang tamu.

Aku hanya senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience