BAB 5

Romance Completed 12531

Dah 2 minggu peristiwa itu berlalu. Aku masih bersedih dengan apa yang telah menimpa diriku. Banyak kali jugak Arshad call aku, cakap nak jumpa aku nak explain apa yang berlaku. Tapi aku buat-buat tak hirau, malas aku nak layan orang mereng macam tu.

Dia mintak nak sambung balik hubungan dengan aku, tapi mana mungkin aku nak terima dia selepas apa yang berlaku. Dia merayu-rayu macam orang tak cukup oksigen dari pokok.

Tapi hati aku masih tetap menyayangi Arshad. Rasa macam tak percaya orang yang aku percaya selama ini telah mengkhianati aku. Lagi la rasa macam tak percaya perempuan gila yang bercinta dengan bekas kekasih aku, sahabat aku sendiri! Dasar Anees Aressa yang tak guna! Sakit hati aku.

Tak apa lah, aku doakan kau semoga bahagia dan berubah.

Tetapi kini aku telah banyak kehilangan.

Aku memandang sayu bintang-bintang yang berkelipan di langit sana. Bulan yang menjadi penyuluh makhluk-makhluk di bumi juga seperti tidak wujud ku pandang.

Aku mula memetik gitar yang tadi berada di dakapanku menyanyikan lagu Tak Mungkin Aku nyanyian Ainan Tasneem.

Janganlah lagi kau mengharap,

Cintaku untukmu,

Janganlah lagi kau merayu,

Padaku untuk menerima kamu,

Jangan kau mendekati,

Aku ingin dijauhi,

Pergilah engkau pergi dari hidup ini,

Jangan lagi memaksa,

Aku tahu kau berpura,

Baik putuskan saja,

Engkau memang buaya,

Tak mungkin aku,

Tak mungkin aku kembali,

Kembali pada dirimu lagi.

Memang aku tak akan kembali pada diri kamu lagi Arshad!

Tak mungkin aku,

Tak mungkin aku bersedih,

Bersedih kerna dirimu lagi.

Air mata mula berjejeran keluar dari tubir mata. Menangis bukan kerana dia tetapi menangis kerana aku akan meninggalkan cintanya.

Tak perlu lagi ditanya mengapa kenapa,

Tak perlu lagi berdusta,

Kerana ku tahu itu semua,

Tak perlu kau mencari,

Diriku ini lagi,

Aku ingin sendiri,

Tanpa engkau disisi,

Tak perlu kau berasa,

Diri aku engkau punya,

Baik lepaskan saja,

Aku tak rela bersama.

Tak mungkin aku,

Tak mungkin aku kembali,

Kembali pada dirimu lagi,

Tak mungkin aku,

Tak mungkin aku bersedih,

Bersedih kerna dirimu lagi…

Ya! Aku tak akan bersedih lagi kerana cinta! Aku meninggalkan cinta ini dengan kerelaan hati yang tak berapa nak rela. Aku benci kamu Arshad Shah!

Sehinggalah aku menemui Adamku.

Ya ke aku dapat menerima cinta? Macam tak caya je, macam tak caya je.

—————————————

“Abang Akim.” Aku memulakan bicara.

“Hemm?”

“Yaa nak mintak maaf kat Abang Akim sebab sebelum ini kan kita bergaduh. Bergaduh sampai tak bertegur sapa.”

“Tak apa la. Abang Akim bukan ambil hati sangat pun. Ala, Abang Akim pun ada jugak buat salah kat Yaa kan? So, peace no war.” Abang akim buat gaya peace dan mengenyitkan sebelah matanya kepadaku.

“Senget!”

“Abang Akim. Kita memang senasib kan? Abang Akim putus tunang. Yaa pulak, putus tak sempat bertunang. Lagi sadis.” Aku mencebikkan bibir.

“Nak buat macam mana. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Tak akan ada sesuatu perkara yang tak ada jalan penyelesainnya.”

“Betul jugak apa yang Abang Akim cakap tu. Yaa sokong 99% tak cukup 1.”

“Kenapa tak cukup 1?” Abang Akim buat muka blur.

“Ya la. Sebab Yaa tak tahu pun lagi apa yang Allah dah rancang untuk Yaa.”

“You’ll be know later.” Abang Akim letak tangan didadanya sambil tersenyum.

Yes, I’ll be know later! Be patient Zinira Bt Syaharudin Shahmsu.

Sejak hari itu, hubungan aku dengan Abang Akim semakin rapat dan akrab macam adik beradik. Biar bukan adik beradik pun tapi kami sepupu kan, kan, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience