BAB 10

Romance Completed 12531

Aku berjalan-jalan di sekeliling Tasik Titiwangsa. Sudah 2 minggu berlalu selepas peristiwa luahan perasaan pada malam itu.

Terasa nyaman menghirup udara pagi disini. Tetapi aku berasa seperti di perhatikan.

Aku memandang sekeliling, tak ada orang. Perasaan aje kot.

“Finally, kau dah kahwin ya Zinira.” Suara seorang lelaki menyapa ditelingaku.

“Kau nak apa lagi hah?”

“Mudah aje, aku nak kau.”

“Hei, kau dah gila ke? Dasar jantan binasa.” Nak mampus, dasar jantan lapar kasih sayang!

Tubuhku dipeluknya erat. Ini dah melampau.

“Lepaskan aku Arshad! Kau dah ada Anees ambil la dia. Pegang aku buat apa?” Aku cuba lepaskan pelukannya tetapi kudratku tak terdaya.

“Abang! Tolong Yaa abang! Abang! Umi, abah!” Aku mula menjerit terlolong. Air mata keluar bercucuran. Fight, Zinira fight. Setakat lembu pun kau boleh lawan kan? Tapi masalahnya jantan mereng ni orang bukannya lembu atau beruk maknyah.

Aku cuba melawannya sekali lagi, tapi gagal jugak. Makan apa la yang bebal sangat ni huh?!

Aku ditolaknya sampai jatuh ke atas rumput-rumput yang kebasahan. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang kekuningan. Hisap rokok ke? Saat ini aku hanya mampu berserah kepada-Nya. Allah… Allah… Allah…

Aku cuba bangun tetapi badanku seperti tak mampu bergerak kerana tolakannya yang kuat. Dasar syaitan bertopengkan manusia!

“Abang! Tolong! Tolong! Abang, abang…” Tiba-tiba aku ternampak kelibat suamiku datang menyepak Arshad dari belakang sebelum mataku mula kabur. Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience