BAB 11

Romance Completed 12531

“Nak, bangun nak. Umi kat sini.” Mataku terasa berat untuk dibuka. Kedengaran suara umi memanggil.

“Zinira, Zinira dah sedar? Doktor… Doktor!”

Mataku diperiksa oleh doktor yang merawatku dihospital.

“Alhamdulillah, kondisi anak puan stabil.” Suara ucapan syukur bergema.

Doktor cakap aku dah boleh dibawa pulang.

Semasa di dalam bilik, suamiku datang dan memelukku.

“Abang rindu sangat nak peluk sayang macam ini. 3 minggu sayang koma, tinggalkan abang.”

Dia mencium ubun-ubun ku. Aku memeluknya dengan perasaan yang bercelaru. Air mata keluar dari kelopak.

“Alhamdulillah, sayang selamat.” Dia mengusap kepalaku. Dia baringkan aku di atas katil, menenangkan aku yang semakin galak menangis.

4 hari berturut-turut aku terperuk di dalam bilik, tak keluar. Aku trauma terhadap apa yang berlaku. Tetapi sekarang aku sudah sembuh sepenuhnya.

Aku disahkan mengandung 2 minggu selepas kejadian yang aku hampir dirogol Arshad. Patutla, aku selalu muntah-muntah. Hormon tak stabil rupanya. Tapi sekarang dah ada baby bumber sebab sekarang aku dah 5 bulan mengandung. Teruja sangat sebab aku sedang membawa zuriat Luqman Al-Hakim di dalam rahimku.

Arshad sekarang sedang berada di dalam lokap sebab dia disyaki mengedar dadah. Patut la aku tengok gigi dia kuning hari tu, ingatkan tak gosok gigi. Anees pulak bakal berkahwin pada minggu hadapan. Bersyukur sangat sebab aku dan Anees selamat daripada terjebak dalam percintaan Arshad si jantan mereng. Syukur jugak sebab Arshad dah sedar daripada kesilapan dia. Tetapi ‘Nasi dah menjadi bubur’, Arshad telah dipenjarakan seumur hidup. Tapi bagi aku ‘Nasi dah menjadi bubur’ tak sesuai la. Sebab bubur masih boleh dimakan, lagi sedap. Yang sesuainya ‘Kera dah mampus’. Haa, baru sesuai sebab kera mampus tak hidup dah. Makhluk lain pun mati tak hidup-hidup jugak kecuali di akhirat sana.

Abang pulak bakal berkahwin pada minggu hadapan. Bakal isterinya ialah, Anees Aressa. Oh my, sahabat aku. Betapa indah jalan yang diaturnya dalam hidup aku.

Percintaan aku dan suamiku semakin hari semakin mekar. Dia mengajar aku erti cinta dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada aku. Dia pulak selalu mengusik aku, selalu bercakap dengan baby dalam kandungan aku. Konon baby boleh dengar.

Sebenarnya kalau Allah tak makbulkan apa yang kita pohon, Allah nak uji kita sekuat mana iman kita sebab Allah nak beri yang terbaik untuk kita. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan sekarang aku dah tahu apa yang Allah dah aturkan dalam hidup aku. Lebih indah dari yang dijangka, betul jugak kata-kata suami semasa sebelum kahwin dulu.

Suami aku pulak dinaikkan pangkat jadi pengarah filem. Dari penghasil karya komik sampai ke tahap tu. Memang duit berkepuk la. Aku pun CEO jugak. Asal rezeki halal. Iye tak?

Tasik Titiwangsa pulak menjadi tempat yang bersejarah dalam hidup aku. Aku dapat tahu bahawa Arshad curang dengan aku di Tasik Titiwangsa, aku lari dari rumah sebab Abang Akim dah nak pergi pun aku pergi ke Tasik Titiwangsa dan kejadian aku hampir dirogol Arshad pun di Tasik Titiwangsa jugak.

Haii, agaknya ini lah hikmahnya kenapa Tasik Titiwangsa tu wujud. Tetapi, tak apa semuanya sudah selesai, semua happy. Terasa perutku disepak baby.

“Sayang buat apa tu?” Suara suami tercinta yang memanggil mematikan lamunanku. Patut la, ayah dia nak datang rupanya.

“Tengah basuh baju.”

“Ya ke basuh baju? Tak nampak macam basuh baju pun.” Dia mengangkat keningnya.

“Dah tahu kenapa tanya?”

“Nakal ya isteri abang sekarang ini.” Dia mencubit pipiku.

“Aduh…” Aku menggosok pipiku yang dicubitnya.

“Best kan ambil angin kat luar ini.” Aku memeluk pinggang suami aku.

“Tu la. Sayang…?” Dia memegang daguku supaya memandang matanya.

“Hemm…?”

“Thanks sangat sebab sudi jadi suri rumah, eh suri rumah pulak suri hidup abang.”

“Suri rumah pulak, sampai hati abang.” Aku mencubit pinggangnya.

Sebuah kucupan hinggap di ubun-ubun ku.

“Baby jangan nakal-nakal tau. Kesian ibu. Nanti besar jadi anak yang soleh ya? Jadi pemimpin rumah tangga nanti dah besar.”

“Zinira, Hakim… Meh, makan mangga ini.” kedengaran suara umi memanggil dari dalam rumah.

“Wah, mangga!” Aku dah teruja.

“Siapa cepat dia dapat.” Akim dah mula berlari nak masuk dalam rumah konon nak berlumba dengan aku.

“Tahu la orang tak boleh lari. Dia ini sengaja.” Dia dah ketawa terbahak-bahak melihat aksi aku yang berlari bagai nak rak walaupun perlahan dan juga terkangkang-kangkang. Tak lah kangkang sangat.

Aku gembira sangat dapat hidup macam ini. Sebenarnya aku ada rahsia yang sudah lama tersimpan. Tersimpan rapi dalam hati. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Aku sudah lama mencintai suamiku tanpa disedarinya atau sesiapa. Aku mula meminatinya semasa aku tingkatan 1. Setiap hari aku berdoa supaya dijodohkan dengan dia.

Alhamdulillah Allah makbulkan doaku yang selama ini meminatinya dalam diam. Biarlah ia kekal menjadi rahsia. Tidak perlu ada yang tahu, termasuk suamiku sendiri. Kekallah menjadi suamiku hingga ke syurga sana.

Jarak yang jauh antara kami kini sudah didekatkan, syukur kerana Allah mendengar doaku dan menyusun jalan cerita kami berdua dengan indahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience