BAB 7

Family Completed 1061

Entah… aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku rasakan. Cuma rasa simpati sahaja yang kuat berlingkar di hatiku saat ini. Yang pastinya, satu kerugian masa hadapan telah berlaku. Untuk itu, siapakah yang harus dipersalahkan? Takdirkah atau diri sendiri kerana tunduk dengan pujukan nafsu serakah. Huh… aku tidak tahu bagSyafiq a hendak memikirkannya.

“Assalamualaikum!” Salam kuucapkan sebaik berdiri di muka pintu rumah. Sengaja aku tidak melangkah masuk dan hanya menanti ibu di situ. Sebab yang sama kenapa aku merahsiakan kepulanganku hari ini. Aku ingin membuat kejutan untuk ibu.

Pintu rumah dikuak luas. Ibu terkaku di situ sebelum pantas mendapatkan aku seraya tersenyum lebar tanda gembira menyambut kepulangan anak yang telah lama berada di negara orang.

“Ya Allah, Ikram! Kenapa tak bagi tahu ibu yang Ikram balik hari ni?” soal ibu kepadaku.

“Kalau Ikram bagi tahu… bukanlah kejutan namanya, kan bu?” jawabku. Tangan ibu aku salam dan cium. Selepas itu, kami beriringan masuk ke dalam rumah. Mataku memandang ke seluruh ruang tamu rumah.

“Hmm… patutlah ibu teringat nak masak rendang ayam, rupanya anak ibu sampai hari ni,” ujar ibu lalu memeluk lenganku. Mungkin masih belum puas melepas rindu terhadap anak yang telah empat tahun tidak pulang ke kampung halaman.

“Ya ke, ibu? Bestlah ibu ni!” Ceria suaraku membalas kata-kata ibu. Naluri seorang ibu ternyata amat kuat.

“Sebelum tu… macam mana dengan London? Seronok tak?” Tanya ibu tidak sabar untuk mengetahui bagSyafiq a suasana di tempat orang. “Ibu dengar, orang kata seronok. Ya lah, boleh main salji,” tambah ibu lagi.

“Tapi, taklah seseronok kampung sendiri. Betul tak, bu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience