BAB 2

Family Completed 1061

“Alhamdulillah, Ikram lulus walau tak secemerlang mana.” Bergetar suara ibu menjawab pertanyaan Kak Rima. Ibu masih tetap tersenyum walau agak payah. Senyuman yang jelas tawar dan hambar.

“Itulah… dari dulu aku dah kata yang Ikram tu tak payah hantar ke sekolah. Tak ada gunanya pun! Buat habis duit kau aje. Budak kalau dah slow memang payah nak terima pelajaran.”

Aku terkedu! Tanpa rasa bersalah, Kak Rima melontarkan kata- kata yang sangat tajam dan kejam seolah-olah masih tidak cukup lagi melukakan hati ibu. Sekali lagi wajah cengkung ibu kucari. Wajah ibu sudah mula merona merah. Pasti hati ibu benar- benar terpukul dengan kata-kata penghinaan yang keluar dari mulut Kak Rima. Aku pasti kerana hati aku juga turut sakit mendengarnya. Kalaulah aku bukan seorang anak yang terdidik dengan sikap sopan dan hormat kepada orang tua, pasti mulut Kak Rima sudah aku tampar sekuat hati. Rasa hormatku kepada Kak Rima selama ini mati saat itu juga!

Dari jauh aku melihat air mata ibu sudah mula bergenang. Penghinaan ke atas anak yang dikandung dan dibesarkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh sesiapa pun. Aku tahu ibu benar- benar kecewa. Kasihannya ibu!

“Kenapa Lia? Tak betul ke apa yang aku kata tadi?” Tanya Kak Rima lagi apabila ibu tidak membalas kata-katanya sebentar tadi.

“Tak apalah Rima. Kalau dah itu rezeki dia… aku terima. Lagipun, langkah Ikram masih panjang, masih ada lagi masa untuk dia berubah dan berusaha bersungguh-sungguh. Dan aku sebagai ibu… tidak boleh berputus asa dengan anak yang aku kandung dan lahirkan. Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Ikram dan adik-adiknya.” Sayu suara ibu meluahkan rasa hati.

Kecewa? Ya, aku tahu ibu kecewa! Yang pasti, akulah puncanya kerana gagal melakukan sesuatu yang terbaik untuk ibu. Gagal mengharumkan nama ibu. Aku mengeluh.

“Balik-balik doa! Doa aje takkan ke mana kalau tak ada usaha. Budak yang malas dan otak lembap macam tu… boleh ke?” Sekali lagi Kak Rima cuba menghambat emosi dan bermain-main dengan perasaan ibu dan juga perasaanku sendiri. Pipik terasa panas, manakala dadaku pula sudah mula terasa sesak akibat rasa sakit yang benar-benar menduga kesabaranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience