BAB 5

Family Completed 1061

“Kenapa ni, Ikram?” Tanya ibu lembut sambil tangan kirinya mengusap lembut ubun kepalaku.

Aku tidak menjawab. Sebaliknya aku terus memeluk ibu dengan erat. Beberapa ketika aku tenggelam dalam rasa kasih ibu yang tidak terhingga. Rasa kasih yang membuatkan aku tenang dan rasa selamat. Rasa kasih yang penuh keikhlasan.

“Ikram,” panggil ibu lagi. “Cakaplah… ibu sedia mendengar,” sambung ibu dengan suara yang sangat lembut. Langsung tidak kedengaran nada kecewa kerana aku gagal membanggakan dirinya.

“Ikram minta maaf. Ikram dah kecewakan ibu! Ikram bukan anak yang baik, bu,” ucapku lalu menghamburkan tangisan di bahu ibuku.

“Ikram tak kecewakan ibu. Ibu tahu, Ikram dah buat yang terbaik.” Ibu cuba memujukku. Selepas di hina oleh Kak Rima pun ibu masih tidak menyalahkan aku. Sungguh suci kasih ibu. Ikram sayang ibu!

“Tapi, Ikram tak berusaha bersungguh-sungguh. Ikram lalai, Ikram malas!” Aku melepaskan pelukan lalu duduk di hadapan ibu. Wajah ibu sangat tenang. Redup mata ibu memandangku. “Ikram bukan… bukan anak yang baik!” Aku masih mahu meluahkan apa yang aku fikirkan tentang diriku sendiri.

“Ibu tak pernah anggap Ikram macam tu. Ikram anak yang baik. Percayalah!” balas ibu sambil membalas renunganku.

“Tapi, Ikram dah buat ibu dihina oleh orang lain. Ikram tak mahu begitu. Ikram tak suka!”

Wajah ibu tenang dan berseri. Mungkin gembira dengan pengakuanku. Ibu tersenuym lembut kepadaku.

“Ibu bersyukur yang Ikram dah sedar dengan kelekaan Ikram selama ini. Ibu bahagia, nak. Ibu berharap agar Ikram tetap berada dalam kesedaran ini dan teruslah istiqomah dalam usaha untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Jadikan penghinaan dan kesusahan hidup kita sebagai satu kekuatan dalam diri Ikram. Ibu percaya, Ikram pasti akan berjaya suatu hari nanti.”

Aku terharu. Sekali lagi tubuh ibu kupeluk erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience