BAB 3

Family Completed 1061

“Insha-Allah Rima. Sebagai ibu, aku tak boleh berputus harap. Mereka amat memerlukan sokongan dan doa ibu mereka,” jawab ibu perlahan.

“Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh nak buat apa. Jangan kau menyesal sebab dah berhabis duit tapi hasil tak ada… sudahlah!” Ucap Kak Rima lalu berpaling memandang ke arah aku dan adik-adikku. Hanya sekejap sebelum berpaling semula memandang ibu. “Aku gerak dululah. Aku nak ke kedai Shida nak beli barang sikit. Nak masak special untuk makan malam kami anak-beranak,” tambah Kak Rima lalu beredar meninggalkan ibu.

Kulihat ibu hanya memandang kosong pemergian Kak Rima yang berjalan dengan angkuh dan senyuman lebar di bibir. Wajah mendung ibu kutatap. Sesaat kemudian pandangan kami berlaga. Cepat-cepat aku menunduk. Rasa bersalah kerana telah megecewakan ibu telah mula membungkus dada. Kuat dan ketat.

Ibu pula pantas menyudahkan kerjanya yang tertangguh kerana kedatangan Kak Rima. Dedaun kering yang sudah siap di sapu dikumpul di dalam bakul sampah. Setelah itu, pantas ibu mengatur langkah menaiki anak tangga.

“Ikram, Ilham,Zahid … cepat naik, dah senja!” panggil ibu sebelum bayang ibu hilang di sebalik pintu rumah kami.

Aku berdiri. Pantas Ilham danZahid kugamit. Ilham hanya menurut sementaraZahid memuncungkan bibir tanda dirinya masih tidak puas bermain. Seperti biasa,Zahid yang baru berusia enam tahun itu masih belum mengerti sketsa yang telah berlaku sebentar tadi.

“Dahlah tu, esok kita sambung lagi,” kataku lantas menarik tanganZahid agar segera mengikuti langkahku.

AKU gelisah sendiri. Wajah mendung ibu selama dua hari ini membuatkan rasa bersalahku semakin parah, semakin kuat melingkari hatiku kecilku. Selepas makan malam tadi, ibu pantas masuk ke dalam bilik. Berkurung sendiri sama seperti malam sebelumnya. Entah apa yang ibu lakukan. Mungkin ibu menangis atau menyesal kerana mempunyai seorang anak sepertiku yang gagal membanggakan dirinya? Atau mungkin ibu menyesal kerana telah melahirkan anak yang telah membuatkan dirinya dihina begitu? Telahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience