Masalah dengan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri tidak pernah
tercetus. Apa yang hendak dipertikaikan. Ajaran yang disampaikannya
tidak menyimpang sama sekali dengan ajaran Islam sebenar. Pesanan Tuan
Guru Haji Ghazali, Mudir di sebuah tempat dia menumpang belajar suatu
ketika dahulu dipegang teguh.
“Kamu mestilah berpegang teguh dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah”.
Dia hanya mengangguk.
“ Fahaman Ali SunnahWal Jamaah ialah golongan yang berpandukan kepada
al-Quran dan Hadis serta amalan para sahabat. Ulamak –ulamak zaman silam
dan zaman kini majoritinya berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah wal
Jamaah Kita beruntung kerana ulama-ulamak di negara kita ini berpegang
kepada fahaman Ahli Sunnah walJamaah Raja-Raja Melayu dan pihak
kerajaan juga mengiktiraf ajaran yang berpandukan fahaman Ahli Sunnah
wal Jamaah..”, ujar Tuan Guru lagi.
Terkenang dia zaman kanak-kanaknya yang penuh dengan suka duka. Suka
dengan kehidupan tanpa bebandan masalah. Duka kerana dia tidak pandai
membaca dan menulis. Namun duka ini bagaikan tidak terasa kerana
diselimuti zaman kanak-kanaknya yang serba indah itu. Dia tahu membaca
hanya setelah berada di tahun enam. Diikuti pula dengan kepandaian
menulis. Sebelum ini dia hanya tahu menyalin huruf-huruf. Apa yang
disalin, dia sendiri pun tidak faham.
Share this novel