BAB 1

Spiritual Completed 384

Jemputan berceramah secara santai melalui sebuah rancangan dalam

televisyen swasta yang bercorak keagamaan membuatnya teruja. Suatu

penghargaan yang tinggi dirasakannya namun bukan itu yang terpenting.

Lebih utama baginya, dia dapat menyampaikan mesej dakwah kepada khalayak

yang lebih ramai. Mesej yang dapat dimanfaatkan oleh para penonton

lebih menjadi keutamaan.


Sehari sebelum program berlangsung, seorang kawan lamanya muncul. Lebih

satu jam mereka berbual. Habis kisah-kisah lama zaman persekolahan

dahulu dibualkan, Akhirnya topik berubah kepada tujuan sebenar kawan

lamanya itu datang berkunjung.

Ekonomi umat Islam mesti dipertingkatkan. Jangan hanya

persoalan kekeluargaan dan kemasyarakatan sahaja yang diambil

perhatian. Ajaran Islam bukan hanya meliputi hal-hal kekeluargaan

dan kemasyarakatan semata-mata. Ekonomi dikesampingkan. Akhirnya umat

Islamjauh ketinggalan dalam hal ini. Begitu mesej yang kawan lamanya

perkatakan.

Tersentuh juga hatinya dengan kata-kata itu. Memang

ceramahnya selama ini hanya berkisardalam hal kekeluargaan dan

kemasyarakatan. Bukannya dia tidak tahu ajaran Islam yang syumul ini

juga memperkatakan tentang ekonomi. Dia faham semua itu dan dia ada

serba sedikit ilmu berkaitan dengan ekonomi Islam Tetapi bukan

kepakarannya dalam soal ini. Biarlah mereka yang pakar membicarakannya.

Menjadi pendakwah bukanlah kita mesti menjadi individu serba sempurna

dan serba hebat dalam semua perkara. Para pendakwah semestinya menjadi

kumpulan yang saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience