Semuanya bermula daripada minat kakaknya yangsuka membaca
buku cerita. Kakaknya akan bercerita selepas itu. Asyik dia
mendengarnya.Setiap hari dia mahu mendengar cerita. Kadang-kadang cerita
yang sama minta diulang berkali-kali.
“Bosan kakak dengan perangai kamu tu. Kalau mahu cerita,
bacalah sendiri”, bibir kakaknya menjuih ke arah susunan buku cerita di
atas rak.
“Kakak ajarlah saya membaca”.Cepat pula dia pandai membaca. Tidak sampai tiga bulan sudah
boleh walaupun sedikit terangkak-rangkak.
“Masa di sekolah kamu main-main. Tidak fokus. Sebab itu tidak pandai-pandai membaca”, tegas kakaknya.
Dia membenarkan kata-kata kakaknya itu. Jika kita sangat-sangat mahukan sesuatuitu, kita akan bersungguh-sungguh untuk
mendapatkannya. Dahulu dia tidak mengharapkan apa-apa yang menarik daripada kepandaian membaca.
Buku menjadi santapannya selepas itu. Tidak sangka pula, minat sebenar dalam dirinya ialah membaca. Menjelang usia empat belas tahun, dia kurang bermain-main dengan kawan-kawan di luar rumah.Kawan baiknya kini ialah buku. Siang, malam, pagi dan petang dia berkepit dengan buku. Semua buku dibacanya. Buku teks sekolah, dalam bulan Februari habis semua mata pelajaran dibacanya. Selepas itu buku teks kakaknya pula menjadi tatapannya. Dia benar-benar menjadi ulat buku.
Share this novel