BAB 3

Spiritual Completed 384

Dia tidak menyangka begini hebat penerimaan segenap lapisan masyarakat.

Niatnya dahulu hanya dan menyampaikan mesej ajaran Islam dengan cara

ini. Bertahun ilmu agama di serata pengajian pondok dan

pengajian-pengajian dimasjid dan surau. Berpuluh-puluh kali program

daurah diikutinya. Bermakna,sudah berpuluh-puluh kitab hasil tulisan

ulamak tersohor telah dikhatamnya bersama guru yang mahir dalam

kitab-kitab berkenaan.

Bakatnya terpendamnya terhenti seketika apabila dia farmasi semasa di

menara gading. Setelah bekerja di hospital kerajaan, minat terhadap

bakat sedia adanya itu tercetus semula. Masa terluang digunakan untuk

mendalami ilmu-ilmu agama di serata tempat. Sebahagian daripada wang

gajinya diperuntukkan untuk memenuhi minatnya itu. Dilengkapkan pula

dengan belajar cara-cara yang betul dan berkesan dengan khalayak ramai.

Setelah hampir sepuluh tahun dia bergelumang dengan minatnya itu,

akhirnya dia berjaya. Bakatnya terserlah dan tergilap.Mesej agama yang

disampaikannya cukup menarik bagaikan satu set persembaha pentas yang

memukau para hadirin dari awal hingga akhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience