Minggu berikutnya,kawan lamanya bertandang semula ke rumahnya. Kali ini
datang berdua dengan orang yang tidak dikenalinya. Dengan wajah
berseri-seri dan senyuman meleret,kawan lamanya itu terus membicarakan
tentang usaha mempertingkatkan ekonomi umat Islam. Rakan yang
menemaninya tekunmendengar dan sesekali mengangguk.
“Kita berjihad membangunkan ekonomi umat Islam. Bukankah kita jauh
ketinggalan di bidang ekonomi. Saya hendak tunjukkan satu cara yang
dapat memenuhi hasrat ini. Sedikit pengorbanan perlu kita berikan dan
pengorbanan itu akan dibalas dengan berlipat kali ganda”.
Termakan juga hatinya dengan iklan menarik kawan lamanya itu. Belum
sempat dia bertanya, kawan lamanyai itu pantas menjelaskan. Bagaikan
sudah tahu apa yang bersarang di lubuk hatinya.
“ Kita laburkan sedikit wang simpanan kita dan keuntungannya akan
diperolehi dalam tempoh sebulan sahaja “.
“Berapa banyak?”,sempat dia memintas dengan pertanyaan.
“ Mengikut kadar yangkita korbankan. Banyak yang kita korbankan,
banyaklah hasilnya. Begitulah sebaliknya”.
Suatu perkiraan yang cukup mudah. Sepuluh peratus akan diperolehi setiap
bulan daripada nilai yang kita laburkan. Bermakna melabur sepuluh ribu
ringgit, hasilnya seribu ringgit sebulan tanpa had masa. Cukup
berbaloi.Sepuluh bulan sudah balik modal. Selepas itu itu makan untung
atas angin.
“ Mudah sangat dapat wang. Dari mana sumber semua itu”.
Share this novel