BAB 7

Spiritual Completed 384

“Warisan daripada Abdul Rahman bin Auf , seorang SAW yang kaya raya”.

“Hartanya masih ada sampai sekarang?”.

“Berpuluh billon dollar hartanya sedang aktif diperniagakan oleh mereka

yang amanah. Kita mesti turut serta agar harta sahabat Nabi Muhammad SAW

dapat dikembangkan dan dapat membantu membangunkan ekonomi umat Islam”.

“ Ustaz banyak wang.Saya cadangkan ustaz melaburlah seratus ribu

ringgit. Ustaz akan memperolehi setiap bulan sepuluh ribu ringgit. Kalau

laburkan sejuta ringgit pastilah lebih baik dan lebih menguntungkan”.

Panggilan telefon menyelamatkannya daripada persoalan yang mengelirukan

di samping desakan halus daripada kawan lamanya. Dia perlu berziarah

segera. Seorang jirannya meninggal tadi. Dia memohon maaf kepada kawan

lamanya itu dengan janji lagi jika ada kelapangan.

Dia akan patuh pada janji itu. Mereka akan bertemu lagi dan pertemuan

akan datang bukannya untuk dia membuktikan pengorbanan dengan menyerahkan wang pelaburan seratus ribu ringgit. Dia akan menggunakan

kefasihan lidah yang Allah kurniakan ini untuk berdakwah kepada kawan

lamanya itu.

Mana mungkin kita dengan mudah mendapat wang sebegitu banyak tanpa

sebarang usaha yang sewajarnya. Dia mampu menjadi penceramah sekarang

ini pun bukannya dengan jalan yang mudah dan tiada jalan pintas untuk

segera berjaya. Dia belajar di sekolah rendah sebagai murid dalam kelas

pemulihan dan akhirnya berjaya ke menara gading. Semua ini diperolehi

bukannya dengan cara yang ajaib. Dia berusaha danbertindak mengikut cara

yang bersesuaian dengan impian yang dihajati. Hasilnya pula bukan

diperolehi dalam tempoh sebulan tetapi bertahun-tahun.

Kawan lamanya itu mesti disedarkan daripada mimpi-mimpi indah skim cepat

kaya. Mereka memerangkap diri sendiri dan juga orang ramai. Suatu usaha

yang merosakkan ramai orang. Paling menyedihkan, apabila agama Islam

digunakan untuk memerangkap orang ramai. Matlamat memartabatkan ekonomi

umat Islam dan dikaitkan pula dengan sahabat Nabi Muhammad SAW yang

kaya raya itu menjadi umpan yang enak kepada mereka yang tidak berfikir

panjang. Bertambah teruja lagi apabila dijanjikan dengan keuntungan

berganda.

Selepas itu menyentuh soal ini. Ekonomi Islam yang sebenar akan dijelaskan. Pasti kawan lamanya dan yang seangkatan dengannya akan marah. Dia tidak peduli. Inilah pengorbanan sebenar yang mesti dilakukan.. Umat Islam di sekelilingnya mesti diselamatkan daripada sifat bermalas-malas dan mahu menjadi kaya dengan cara mudah yang bakal meranapkan kekuatan ekonomi umat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience