BAB 2

Spiritual Completed 384

“ Mahukan kejayaan mesti ada pengorbanan. Pengorbanan kelihatannya

sukar. Tetapi jika dilihat keuntungan yang bakal diterima kemudiannya,

rasa sukar itu dapat kita ketepikan”, ujarnya petah.

Kawan lamanya itu, dahulu langsung tiada minat dalam hal-hal agama,

kini kelihatan jauh berbeza. Dulu, hendak bercakap pun

tergagap-gagap.Berucap di atas pentas jangalah diharap. Sanggup dia

ponteng sekolah. Terdetik rasa gembira di hatinya dengan perubahan kawan

lamanya itu.

Kawan lamanya itu mintadiri untuk pulang dengan janji akan datang semula minggu hadapan. Ruang masabertenang diberi kepadanya untuk berfikir dengan tenang.

“ Saya tidak faham jika Ustaz menolaknya”, sedikit desakan seakan memaksa. Sebelum melangkah, berulang kali kawan lamanya itu menyebut tentang usaha memartabatkan ekonomi Islam.Sedikit rasanya kurang senang terselit di hatinya.

Ceramah santainya malam itu berjalan lancar. Persembahannya menarik dan memuaskan hati para penonton. Orang ramai yang mengatakannya. Pujian datang bertimbun sosial elektronik. Parasaan bangga mengalir meresap di seluruh urat sarafnya dari hujung jemari tangan hingga ke hujung jemari kaki. Terasa diri terawang-awang , mabuk disalut puji-pujian yang datang tidak putus-putus. Segera ditepisnya rasa bangga yang semakin menebal. Tidak mahu dia dihinggapi mazmumah yang bersalut keji dan kotor. Sifat ujub yang merasakan diri sendiri hebat dan serba sempurna. Merasakan kagum dan taajub terhadap diri sendiri. Hingga lupa segala-galanya itu kurniaan Allah. Allah berkuasa memberi dan berkuas amenariknya semula. Berulang kali kali ucapan istighfar menyentuh bibirnya bersalut rasa insaf .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience