BAB 1

Romance Completed 10479

Langkahku memberat namun ku gagahi juga menyusuri jalan demi jalan, deretan kedai-kedai di penak. Arghh stress! Masuk ni dah enam tempat aku pergi tapi semuanya semuanya tak kena. Aku tak kerja nanti, mak pula bising di rumah. Sementara cuti semester ni, baru aku ingat nak layan semua episode Running Man yang aku download sebelum aku masuk kolej lagi.

Haih, abah tak bising. Mak pula yang kecoh. Abang tu, dah umur 30 still dengan gelaran gamer PS Xbox tegar, tu belum masuk game Mobile Legend yang dia dok ralit main waima di meja makan.

Apalah mak. Malas ah nak fikir. Kusut kepala otak aku.

Aku membetulkan beg silang pada bahu aku supaya lebih selesa. Mata aku hanya memandang lurus ke hadapan. Aku beredar pula ke tempat parkir di hadapan deretan kedai untuk minum sebentar di kedai makan di hadapan pangsapuri rumahku.

Aku hendak meletakkan beg silang yang disangkut pada bahu, sungguh aku tidak menduga. Aku hampir tersungkur dek ditarik oleh seseorang.

Aku mendongak muka memandang gerangan siapa yang berani hendak meragut beg silang aku yang hanya berisi resume dan beberapa CD anime yang aku beli tadi. Aku sedaya upaya menarik beg silang aku daripada peragut yang memakai helmet penuh gelap sehingga aku tidak nampak mukanya di sebalik helmetnya itu.

“ Hei, lepaslah!” Aku memukul tangannya dengan ganas yang cuba meragut begku dengan sebelah tangan yang kosong.

Puas juga aku menarik beg silang kesayangan yang abah aku belikan sewaktu hari lahirku yang ke 17. Aku tanpa berfikir panjang terus melayangkan sepakan pada mukanya. Terus dia terdorong ke belakang dan tersembam.

Aku memeluk erat beg silangku dan aku menyergahnya menggunakan penumbuk yang aku kepal sebagai amaran. Peragut itu berputus asa dan terus melarikan diri.

“ Hoi, tak guna punya peragut! Tak ada kerja lain ke nak ragut beg orang? Hish, apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Tak ada polis yang meronda ke? Bahaya betullah.” Aku membebel seorang diri.

Tak pasal – pasal aku kena buat laporan polis. Takut kejadian ini berulang lagi pada orang lain. Aku ni dikira nasib baik. Kalau tak, entahlah. Aku kembali berpaling pada skuter orenku.

Aku tersentak. Jantungku hampir luruh dek terkejut dengan seseorang yang tiba tiba berada di belakangku. Aduh, anak jiran rupanya.

“ Kau okey ke?” mendatar sahaja pertanyaannya. Aku mengeluh perlahan. Panggilan ‘kau’aku’ sahaja antara aku dengan remaja lelaki yang masih bersekolah di hadapanku meskipun aku tua tiga tahun daripadanya dan merupakan adik bekas teman lelaki aku.

“ Nasib baik dia tak sempat ragut. Aku ingat nak buat laporan polis lepas ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience