BAB 10

Romance Completed 10479

Walaupun dalam hati aku sebenarnya dah robek sebesar Laut China Selatan dah aku rasa bila aku cakap ayat ni pada perempuan tak semenggah. Tak apa, sabar dulu. Langsung hilang mood aku nak baca manga. Terus aku menyumbat semua manga ke dalam beg silang dan disilangkan pada bahu, untuk terus balik rumah. Sebelum itu, aku berdiri berhadapan dengan Naz.

‘ Naz, boleh aku tanya something?’

Naz mengangguk laju. Mata kami bertembung seketika. ‘Haziq tahun ni STPM kan?’

‘ Ha’ah. Kenapa dengan dia?’

‘ Dia bukan gay kan?’ sebelah kening dijongket kepadanya. Naz memandang aku dengan pandangan hairan.

Naz menggeleng.‘ Tak adalah. Dia straight even dia langsung tak minat dengan perempuan. Kenapa kau tanya?’

Aku menarik nafas sedalamnya, kemudian bibirku disungging memberi senyuman padanya.‘ Aku doa supaya dia tak jadi macam kau dan hati dia tutup untuk perempuan lain selain aku.’

‘ Maksud kau?’ Naz meleraikan pegangan tangannya dengan Kathy. Dia seperti tidak berpuas hati.

‘ Dia hantar surat cinta kat aku dulu. Setahun selepas kita clash. Dan dia kata dia tetap tunggu aku even kalau aku suka dia sebagai pengganti kau. Dia akan tunggu sampai aku betul betul terima dia sebagai Haziq, bukan abang dia. Aku reject dia masa dia confess feeling dia pada aku, sebab masa tu aku still ada hati kat kau. Tapi, sampai sekarang hati dia tak berubah pada aku.

Sebab apa? Sebab dia yakin yang aku akan jatuh cinta pada dia satu hari nanti. Dan hari ini adalah harinya. Dan, mulai saat ini. Semua perasaan aku kat kau dah tepu. Fullstop. And, terima kasih sebab pernah jadi pakwe aku dulu walaupun sekejap. Anyway, kau balik sini bila? Cuti semester jugak ke?’

Naz terbungkam tidak terkata. Kathy dari tadi tak habis habis nak menjeling pada aku. Asal? Tak percaya perempuan kampung macam aku ni tak ada siapa jatuh cinta pada aku? Sengaja aku melemparkan senyuman manis padanya.

‘ Means budak tu sekolah lagilah? Suka kepada perempuan yang lagi tua dari dia? Eee, tak ada taste betullah adik you tu. Dah gila ke apa nak bercinta dengan someone macam ni?’ Naz memberi jelingan tajam dengan kata – kata sinis Kathy yang mengutuk adiknya. Aku hanya menjongket bahu.

‘ Biarlah. Dia tak kisah pun. Lagipun, adik dia muka jambulah. Siapa tak nak, ada muka Korean sikit tak macam abang dia. Kulit dia pun tak segelap kulit abang dia. Macam orang tak pernah jemur bawah panas aje. So, sampai sini ajelah kita berkawan ya, Nazri? Lepas ni tak payah contact saya lagi. Sebab saya akan terima Haziq sebagai diri dia, bukan awak. Assalamualaikum.’

Aku terus meninggalkan pasangan dua sejoli itu. Daripada aku duduk situ, menghadap muka diorang better aku balik. Aku sanggup dengar mak aku berleter daripada dengar mulut longkang minah tak cukup kain tu. Ingatan aku terimbas tentang kata – kata mereka sebentar tadi. Langsung hilang bayangan mereka ketika aku menunggang skuter ke pangsapuri.

Haziq terkejut melihat aku yang sedang menunggunya di pondok bas di hadapan sekolahnya. Aku terus bangun dari bangku pondok bas dan berjalan ke arahnya. Dia seperti dalam dunianya sendiri, berdiri tegak di sebelah sebatang pokok kelapa sawit yang tertanam di hujung kiri dan kanan pondok bas itu. Pelajar sekolah ketika itu sudah kekurangan kerana angka jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang, waktu habis sekolah pukul 1.50 petang. Dan hari itu adalah hari Isnin.

Sekolahnya merupakan sekolah aku dulu. Jadi aku taulah masa pulang sekolah. Agak lama jugak aku menunggu. Namun, aku tidak peduli. Hari ini jugak aku mahu selesaikan. Haziq masih berdiri tidak berganjak. Aku berjalan ke arahnya sambil tersenyum.

Sudah seminggu sejak aku bertemu dengan Naz. Dan sejak itu juga, hati aku sudah beku untuk menerima mana mana lelaki terutamanya Naz. Walaupun dia ada juga beberapa kali menelefon dan berjumpa aku, hati aku tidak berubah. Aku tekad dengan pendirian aku. Perasaan aku pada Naz sudah lama mati.

Naz pun satu, waktu Kathy mengutuk aku dia bukannya nak back up ke apa. Lagi dibiarkan perempuan tak cukup kain tu terus terusan kutuk perli aku. Mana aku tak benci. So, aku buat keputusan dan keputusan aku muktamad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience