BAB 6

Romance Completed 10479

“ Surat tu kau simpan lagi ke?”

Pertanyaan itu menyentak lamunan aku yang menerawang jauh ke masa lalu. Aku menoleh kejap padanya. Telinga aku kurang jelas tentang soalan Haziq.

“ Eh?” aku memandangnya dengan wajah bingung. Dia masih memandangku dengan wajah yang dingin beku bagaikan di kutub selatan. Terasa tempias pulak sejuk dingin mamat ni. Tambah lagi dengan kenangan yang agak… erm.. huhuhuhuhu…

“ Surat yang aku bagi dulu tu.”

“ Oh, surat tu? Ada. Kenapa?”

Dia menghadapkan mukanya ke hadapan. Cuba menyorok rasa malu agaknya.“ Just tanya.”

Just tanya konon. Cakap ajelah kau still ada hati kat aku lagi. Namun, tak mampu aku nak luahkan kata – kata itu dari mulut sendiri.“ Haziq.”

“ Hmm.” Dia acuh tidak acuh dengan panggilan aku. Budak ni. Sekeh kang!

“ Betul ke Naz ada gf?” soalan apa aku tanya ni? Mai, insaflah kamu…

Haziq mengangkat kedua – dua keningnya, seakan mahu mencabar perasaan aku.“ Kalau ada pun, kenapa?”

“ Tak ada apa. Nak pastikan aje. Dia kan gamer? Mana layan cintan – cintun.”

“ Mana kau tau dia tak ada gf? Entah – entah dia ada gf mat salleh putih gebu tu.” Balasnya selamba.

Kau nak sakitkan hati aku ke apa? Sumbat mulut dengan enjin kereta baru tau. Aku menjeling tajam, rasa nak telan hidup – hidup aje budak sebelah aku ni. Eh, kenapa aku nak marah – marah pulak kalau dia ada girlfriend baru pun? Apa dia peduli pasal aku? Eee, serabut otak aku fikir pasal lelaki ni! Kedua – dua tangan aku meraup muka aku yang terasa membahang.

“ Jealous?”

Bulat mata aku memandang mukanya yang bersih daripada sebarang jerawat, ditambah pula dengan tahi lalat di pipi kirinya menambah seri pada rupanya. Aku mendengus kuat, kepalaku diteleng ke arah lain.

“ Ah, tak kuasa aku. Better aku bercinta dengan anime daripada bercinta dengan gamer. Tak ada perasaan macam robot.” Padu aku membalas dengan kata – katanya. Cemburu? Sila campak jauh jauh perasaan itu ya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience