BAB 4

Romance Completed 10479

Fikiran aku tiba – tiba mengingatkan sesuatu. Gulp! Baru aku teringat! Aku mula terbayang akan surat cinta bersampul oren. Oren lagi! Entah aku pun tidak tahu, kebetulan atau seseorang itu tahu akan warna kegemaran aku. Ya! Setahun selepas itu, aku menerima surat yang bertulis ayat – ayat jiwang. Geli geliman tekak aku tatkala aku terbaca surat itu. Dan pemilik surat itu pun sudah mengaku sendiri. Namun aku menolak sebab aku masih tidak boleh lupakan Naz.

Yang hairannya, aku masih simpan lagi surat itu. Buat kenangan terindah. Tak pernah lagi orang bagi surat cinta kat aku. Waktu aku dengan Naz pun aku tak pernah berbalas surat dengan dia. Kenangan itu terimbas kembali di fikiran aku.

Empat tahun lepas… Waktu aku form 6..

Haish, mana ni? Dalam surat tu kata tunggu kat sini pukul 3.30 petang. Ni tak nampak pun batang hidung. Entah entah surat main – main aje kot. Kalau aku dapat mamat ni, aku hempuk guna batang paip dalam stor tu karang. Masalahnya nama pun aku tak tau. Badan aku bersandar pada pokok besar yang berada di hujung padang sekolah berhampiran dengan tempat parkir kereta guru dan kakitangan sekolah.

Dah form 6 pun masih pakai surat untuk luahkan perasaan lagi ke? Tak maju langsung. Aku ni pun satu. Boleh pulak aku percaya bulat – bulat dalam surat tu. Takkan Naz kot. Dia bukan masuk form 6 pun. Kalau dalam masa lima minit ni tak ada orang datang lagi, aku balik. Lantaklah dia.

Siapa suruh main bagi surat aje, mungkir janji. Aku membuka langkah hendak meninggalkan padang dengan hati yang sebal. Tengah panas terik ni, dengan hati yang berbahang menggelegak, nak mengenakan aku pulak.

Mataku tertancap pada tubuh seseorang yang mula berlari anak ke arah aku dari sebelah kanan. Ah, aku peduli apa! Biar aje. Malas aku nak layan. Aku terus melajukan langkah aku ke tempat basikal.

“ Maizati!” nama itu berulang kali disebut. Langsung aku tidak mengendahkan panggilannya. Langkah aku terus mati sebaik sahaja seorang remaja lelaki berdiri tegak menghalang laluan aku dengan mendepakan kedua tangannya di kiri kanan. Wajahku menoleh ke arah lain sambil memeluk tubuh. Bibirku diketap kerana geram.

“ Sorry lambat. Aku ada hal tadi.”

“ Hmm.” Balasku dengan geram. Junior rupanya.

“ Kau dah baca surat tu?”

Aku mengeluarkan surat daripada poket dan melemparkan pada badannya dengan perasaan yang sakit hati. Dia tergamam sejenak dengan perbuatan aku.

“ Dik, orang datang sekolah nak belajar. Bukannya main surat cinta. Akak tak minatlah dengan junior macam kamu ni. Baik adik balik, belajar elok – elok. Final exam dah nak dekat kan? Akak balik dululah. Assalamualaikum.” Tanpa berlengah aku terus meninggalkan dia yang kebingungan. Lipatan tudung yang sudah terbuka aku kemaskan biar selesa.

“ Saya suka awak sejak awak masuk sekolah ni dari tahun lepas lagi!”

Kakiku berhenti dengan pengakuan remaja lelaki itu. Keadaan badan aku yang membelakangi terasa menggigil. Kedua dua tapak tangan aku berasa sejuk tanpa diundang. Pipi aku terasa berbahang. Aku cepat – cepat menggeleng kepala, cuba menyingkirkan rasa itu. Tak, aku tak mungkin terperangkap lagi kali ini! Terutamanya dengan junior. Merepeklah! Dia form 4. Aku tiga tahun tua dari dia. Lagipun, tahun ni aku ambil STPM. Tak kuasa aku nak fikir pasal benda merepek ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience