BAB 2

Romance Completed 10479

Remaja itu menggangguk lalu beredar dengan begitu sahaja. Aku hanya memandangnya sehingga dia hilang dari pandangan mata aku. Dia ni memang tak pernah berubah langsung dari dulu. Bibir aku tersenyum nipis sambil menggeleng kepala dengan sikapnya yang masih pendiam.

Aku terus menaiki skuter oren dan beg silang diletak di hadapan tempat duduk berhadangkan badanku lalu ku menunggang ke balai polis yang berhampiran.

Skuter oren ku parkir di lot parkir bawah tanah pangsapuri usai aku pulang daripada market untuk membeli beberapa barang dapur yang dipesan mak aku setelah aku membuat laporan polis.

Lebih baik aku tak cerita aku hampir kena ragut daripada dengar dia berceloteh kat aku yang aku ni tak pandai jaga diri, cemerkap lah itu ini. Tak larat aku.

Kaki aku melangkah longlai ke lif daripada aku menaiki tangga ke tingkat 7 di mana rumah mak abah aku. Telinga aku menangkap bunyi lif terbuka dan aku terus memecut untuk masuk ke lif secepat mungkin. Habis bergoncang dua beg plastik yang berisi barang dapur. Harap tak terkoyak sudahlah beg ni.

Sempat! Aku menunduk keletihan. Tangan memegang lutut, sanggup lari masuk cepat lif daripada kena tunggu untuk beberapa minit. Bila sudah mendapat oksigen secukupnya, aku berdiri tegak membetulkan beg silang.

Dua buah beg plastik dibetulkan. Aku mendekatkan pada butang lif dan menekan butang nombor 7. Matanya mengerling ke kiri.

“ Eh, Haziq! Lambatnya. Ingat dah sampai rumah.”

Remaja lelaki tadi. Haih, lambat betul dia. Rasanya tadi punya lama aku dekat balai polis dengan supermarket. Aku yang cepat ke dia yang lambat? Ah, apa aku peduli. Janji aku balik rumah sudahlah. Haziq hanya mengerling sekilas kemudian memandang ke dinding lif semula.

Dinginnya. Senyuman yang aku hadiahkan padanya terus tersekat. Aku menoleh ke arah lain dengan sikapnya. Lain sangat dengan abang dia tu.

Lif yang hanya dinaiki oleh aku dan Haziq tiba – tiba bergetar semacam. Aku mula rasa pelik. Kepala aku rasa berpusing sekejap. Dada aku berdebar kuat. Lif tanpa diduga berhenti dan lampu terpadam, lampu kecemasan terpasang menggantikan lampu yang tiba tiba terpadam.

Alah, kenapa masa ni jugak lif nak rosak? Rasa nak menangis aje. Aku nak balik, layan One Punch Man! Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg silang dikeluarkan. Tak ada bar! Aku menjerit kecil. Haziq sekadar mendiamkan diri.

Aku meletak dua beg plastik dan menekan punat emergency. Aku mendekatkan mulut pada lubang halus seperti untuk bercakap. Beberapa saat kemudian, seseorang menyahut.

“ Hello, boleh saya bantu?” suara operator kedengaran.

“ Cik, saya ada masalah. Lif rosak, tak boleh bergerak. Kami terperangkap dalam lif.”

“ Boleh cik bagi alamat? Cik di mana sekarang?”

Aku terus memberi alamat pada operator tempat tinggal aku. Dia pesan agar aku bersabar dan menunggunya untuk datang baiki. Hanya okey balasan aku padanya. Terus talian diputuskan. Sekarang ni kena tunggulah beberapa jam sekejap baiki lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience