BAB 7

Romance Completed 10479

Hampir 30 minit, aku dengan mamat ni terperangkap dalam lif. Lamanya repair. Dah berpeluh dahi aku dengan panas dalam ni. Peluh pun makin lama makin lebat pula rasanya. Habislah busuk ikan kembong aku beli ni! Tak pasal – pasal kena bebel dengan mak aku balik nanti. Bagilah alasan apa pun, tak adanya nak dengan mak aku yang seorang ni. Kalau dengan abang bukan main lemah lembut macam sotong kurita! Dengan aku, jangan haraplah nak berlembut.

“ Aku still menunggu jawapan kau.”

Aku menoleh memandangnya dengan pelik.“ Heh?”

Matanya lembut mengerling padaku, seakan mahu meluahkan sesuatu yang begitu mendalam.“ Perasaan aku tak pernah berubah even kau tamat sekolah.”

Aku mengeluh. Seketika pandangan kami bertaut sejenak. Anak mata hitamnya bewarna hitam coklat hazel. Jikalau terkena cahaya, warna coklatnya terserlah. Wajahnya yang terbentuk bujur menyerlahkan ketampanannya lebih lebih lagi tiada kesan parut jerawat mahupun bekas jerawat sekalipun. Sekali imbas memang iras Nazri. Lagi lagi dia ada lesung pipit, bertambah jambu pulak muka dia. Nazri tak adalah sejambu muka adik dia.

Bunyi lif bergerak mengejutkan aku yang leka menatap wajah lelaki adik bekas teman lelaki aku. Rasa segan memenuhi tangkai hati yang agak tidak keruan. Masing – masing menoleh ke arah lain. Jangan merepek! Jatuh cinta dengan budak sekolah. Junior pulak tu! Nasib lah dia tinggi dari aku.

“ Lif dah okey.” Katanya pendek. Hilangkan kegusaran yang melanda tadi. Aku mengangguk, mengiyakan katanya. Haziq berdiri semula, diikuti dengan aku. Lif mula bergerak naik setingkat demi setingkat. Tiba di tingkat tujuh, serentak kami berdua keluar setelah lif terbuka.

“ Bak aku tolong.” Aku tak sempat nak kata apa, dia dah ambil beg plastik yang aku pegang di kedua – dua belah tangan. Haziq berjalan ke hadapan terlebih dahulu. Aku termangu sejenak. Lama kelamaan bibir aku menguntumkan senyuman. Macam abangnya jugak. Aku berlari anak kepadanya.

Yahoo! Ada mesej dari Naz! Segera aku menghalakan cursor pada icon mesej Fac dan menekan mesej tersebut. Senyuman mekar yang sedari tadi asyik menghiasi wajah beransur muram.

Paparan mesej yang dihantar beserta gambar Nazri bersama seseorang begitu perit bagi aku. Terasa pisau mencucuh ke lubuh jantung aku melihat kemesraan mereka berdua. Naz begitu ceria berselfie dengan wanita yang sangat comel berambut sedikit perang berdiri rapat di sebelahnya, seolah olah mereka berdua sepasang kekasih.

Eh, ehhhh! Gamer, muka nerd macam dia ni ada jugak awek yang sangkut pada dia! Spek mata besar mengalah Cikgu Zaiton kat sekolah menengah dulu. Tapi, spek dia berbingkai hitam bahagian atas aje. Cerminnya tak berbingkai, nampak matanglah bila someone pakai spek macam tu. Tapi, kenapa? Naze? Usutsuki! Baka! Aho! Iyada! T-T

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience