BAB 11

Romance Completed 10479

“ Mai, buat apa kat sini?”

“ Saja, tunggu Haziq. Kita lepak padang nak?” Aku mengajaknya dengan rasa teruja. Haziq masih terpaku. Tak lama selepas itu, dia tersenyum ke arahku. Dia mengangguk. Aku pun berjalan di sebelahnya sebaik dia memusingkan semula badannya dan melangkah masuk melalui pagar utama sekolah.

“ Ada apa datang sini?” Haziq bertanya, bagaikan mendapatkan kepastian. Aku memandangnya, senyuman masih tidak lekang dari bibir.

“ Nak melawat sekolah lama. Tak boleh?” balasku selamba. Padahal nak jumpa Haziq sebenarnya. Uhuh!

“ Boleh aje.” Balas Haziq, masih tidak lagi mengesyaki apa – apa. Dia dan aku berjalan ke arah pokok besar yang tumbuh di hujung padang berhampiran dengan tempat parkir kereta kakitangan sekolah dan guru – guru. Seperti mengimbas kenangan lalu pun ada. Sewaku Haziq kali pertama meluahkan perasaan pada aku. Sampai sahaja kami berteduh di bawah pokok, aku mengeluarkan sesuatu daripada poket sweater aku.

Haziq memandang surat yang berlipat kemas yang aku hulurkan kepadanya tak berkelip. “ Apa maksud Mai?”

Okey, aku rancang nak berlakon dulu. Pura – pura aku masih sukakan Naz dan suruh dia give up pada aku. Then, aku pun… Boom! Hohoho, aku dah boleh bayangkan muka pasrah dia. Alah alah, kawaii!

Haziq memetik jarinya di hadapan muka aku. Aku tersedar daripada lamunan dan idea nakal aku. Aku mengawal riak muka aku. Control, control. Jangan sampai kantoi.

“ Haziq, sebenarnya aku… aku tak boleh lupakan Naz. Aku dah cuba, tapi tetap tak boleh. Dah puas aku cuba macam macam cara untuk lupakan dia. Tapi, hanya dia yang aku fikirkan walaupun dia dah ada orang lain. Betul apa yang kau cakap, dia dah ada girlfriend. Tapi, mat salleh celuplah.” Huh, menyampah pulak aku bila aku sebut pasal minah gedik tu. Namun, muka aku dibuat seperti muka kesal. Aku menunduk memandang rumput.

Belakangku disandar pada pagar besi yang dipasang di padang memisahkan padang dan jalan serta tempat parkir kereta. Haziq juga turut bersandar di pagar sebelahku.

“ Haziq give up lah ya. Aku tak kisah kalau dia ada gf sekalipun sebab aku tak boleh terima orang lain selain abang Haziq sendiri. Kalau aku terima kau pun belum tentu aku boleh serahkan hati aku pada kau.” Geli! Geli! Lidah aku ni boleh pulak cakap ayat macam tu! Bueeekk! Aku nak muntah.

“ Tak, aku takkan give up. Kan aku dah cakap, aku akan tunggu kau walau berapa tahun lama sekalipun. Hanya kau seorang aje yang boleh happykan aku. Kalau kau tak kisah abang ada gf, aku pun tak kisah nak tunggu jawapan kau sampai kau betul – betul buka pintu hati kau untuk aku. Sikit pun jadilah.”

“ Betul kau tak kisah nak tunggu jawapan aku tentang pengakuan kau?” Haziq mengangguk laju.

“ Walaupun kena tunggu lagi lima tahun lagi?” Aku memandang mukanya, mencari kepastian di sebalik wajahnya yang mempunyai harapan setinggi Gunung Kinabalu. Erk. Gunung Everest terlebih sangat tingginya.

Tidak semena – mena dahi aku dijentik. Mukanya membuat riak serius, terus bertukar dingin.

“ Lakonan awak tu kena dikemaskan sikit. Aku rasa agak kakulah lakonan kau. Perlu dibaiki lagi.” Haziq memeluk tubuh. Pada mulanya aku agak kaget. Yalah, aku ingat dia termakan dengan lakonan tak berbayar aku ni. Aku tersengih padanya.

“ Tak payah nak kencinglah. Naz bagai nak rak tanya saya pasal awak dengan saya. Awak dah berubah hati dan perasaan awak pada dia dah mati sejak Naz berubah.”

Aku terpegun sejenak. Panggilan pun dah berubah. Aku tersipu malu, menundukkan muka untuk mengelakkan mata aku bertembung dengannya. Entahlah, sejak peristiwa di lif itu masih bermain di fikiran. Nama dan bayangan Haziq asyik terbayang aje, aku ingatkan aku fikirkan Haziq sebab nak singkirkan perasaan aku kat Naz. Tapi, hmm…

“ Sa… Sa…” aku pulak still tergagap gagap nak bersaya awak dengan Haziq. Sejak dah layan lagu rock metal ni, jiwang jiwang ni tak mainlah. Jiwa kental tahan karat punya!

“ Aku tau kau geli nak bersaya awak. Saya tak kira, mulai saat ni saya panggil awak sayang!” ah! Suka hati kau aje. Aku mencebik, mogok.

“ Apa sayang sayang? Nak kena hempuk dengan pagar besi?” aku mengugutnya. Boleh pulak dia gelak.

“ Hempuklah. Tak sedar diri tu pendek, nak hempuk orang.” Ejeknya, masih mentertawakan aku yang sudah berasa geram mendengar gelak tawanya. Padahal dalam hati gembira bukan main lihat dia ceria. Tak seperti kali pertama aku jumpa dengannya dua minggu lalu, sewaktu aku diragut dan ternampaknya.

Eee, geramnya aku! Aku memukul badannya dengan kuat. Dia mengerang sakit dalam masa yang sama terdengar sisa ketawanya. Setelah penat memukul dan ketawanya sudah berhenti, Haziq menoleh ke arah aku, badannya juga dipusingkan menghadap aku. Mukanya betul – betul serius. Gugup pula rasanya melihat mukanya agak tegang tiba – tiba. Tadi bukan main gelakkan aku. Aku menumbuk perutnya, perlahan. Mulanya dia ingin gelak, tapi dia cuba berlagak serius.

Aku dan Haziq berlawan bertentang mata. “ Saya akan tunggu awak habis study. Lepas tu kita kahwin.”

“ Heh?” membulat mata aku memandangnya dengan rasa tidak percaya. Haziq tersenyum sambil menampakkan barisan giginya yang tersusun dan putih.

Aku percaya pelajaran ini hanya sebahagian daripada jarak yang memisahkan hubungan kami buat sementara. Kami masih muda dan banyak perkara yang harus dilakukan. Kalau jodoh antara kami sudah tertulis untuk bersama, ke antartika atau ke benua mana sekalipun kami akan bersama. Biarlah ia menjadi jarak pengikat kasih kami. Semoga kami dilindungi dari melakukan perbuatan yang ditegah dalam Islam. Ya Allah, perliharalah hubungan kami ini agar sentiasa berada di jalan yang Engkau redhai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience