Chapter 11

Crime Series 1109

"Butterfly! aku dah bersedia nak jumpa korang." kata Wana. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Jadi, Wana duduk dahulu kemudian tertidur.

Wana bermimpi dia sedang duduk di taman permainan. Tiba-tiba Butterfly datang ke arahnya.
Nana, Hana & Izzati menghulurkan tangan mereka ke arah Wana.

Mereka memeluk antara satu sama lain. Tiba-tiba Syahmi pun datang dalam keadaan yang basah tetapi wajahnya hanya tersenyum.

Wana pun terbangun dari mimpi itu. Jam masih awal. Dia teringat akan kata-kata Syahmi tentang pocket jacketnya. Dia pun cepat-cepat pergi ke arah jacketnya dan dia terjumpa pendrive.

**Pendrive Rakaman CCTV**

-5.00 a.m. (14 July) *2 hari sebelum pembunuhan Butterfly

>Qayyim berjalan masuk ke dalam stor sukan sekolah. Keadaannya nampak mencurigakan.
Ada tangan yang menarik dia masuk ke dalam stor sukan itu.

-7.00 a.m. (14 July) *2 jam selepas dia ditarik masuk ke dalam stor sukan

>Riak wajah Qayyim seperti menjerit kesakitan sambil memegang tangan kanannya. Ternampak darah memancut keluar dari jarinya.

-4.00 p.m. (14 July) *Hari yang sama Qayyim datang

>Najla masuk ke dalam stor sukan tersebut.

-5.00 p.m. (14 July) *Dia keluar dengan riak wajah yang sedikit bimbang.

**Rakaman CCTV End***

"Diorang ni mungkin ada kena mengena dalam kes ni." kata Wana. Alarm pun berbunyi tanda dia kena pergi ke jeti.

"Nah! ni pun maklumat dan data juga." kata Wana sambil menyerahkan pendrive itu kepada seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience