Chapter 1

Crime Series 1109

Wana terbaring menunggu makan malam. Tempat yang sungguh gelap membuatkan dia berasa keseorangan. Tiada sesiapa yang datang melawat Wana selepas dimasukkan ke tempat pemulihan pesakit mental ini.

Polaroid Butterfly dan dirinya ditatap dengan mata yang berkaca. "Kenapa aku lambat? kenapa aku tak tinggal dengan korang pada masa itu?" kata Wana.

Pergelangan tangan digenggam, air mata yang ditahan kini jatuh kembali. Tangannya menumbuk dinding dengan penuh rasa kesal kerana meninggalkan kawan-kawannya.

Dia menghukum diri kerana kawan-kawannya telah mati dan meninggalkannya. "Butterfly! Why you leave me?!" jerit Wana.

"Wana! Sudah! Berhenti! tangan kamu berdarah.!" kata jururawat di situ. Luka Wana dibersihkan dan dia dibawa ke kafeteria untuk diberi makanan.

Tiba-tiba dia berasa seseorang sedang berdiri di belakangnya. Orang itu menutup mata Wana dengan kedua-dua belah tangannya.

"Wana~" kata orang itu. "Suara ni, su..su..suara ni, suara Izzati." monolog Wana dalam hati. Wana pun berhenti makan dan memusingkan kepalanya ke belakang sambil menjerit "IZZATI!".

Tetapi tiada sesiapa pun. Semua orang melihat ke arahnya. "BUTTERFLY! mana kau pergi.?" jerit Wana dalam hati.

Dia pun menyambung makan makanannya. Tiba-tiba ada seekor butterfly terbang ke arahnya. "Kenapa setiap kali aku mimpi atau terbayang Butterflies, mesti ada rama-rama yang datang?" kata Wana dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience