Chapter 3

Crime Series 1109

Syahmi pun datang ke tempat itu lagi untuk berjumpa dengan Wana. Seperti biasa, pekerja di situ memanggil Wana.

"Hi." kata Syahmi. "Hi, aku rasa dah ready nak keluar dari sini tapi hang kena tolong aku." kata Wana.

"Apa dia?" tanya Syahmi. "Hantar text kat nombor ni. Ni nombor makcik aku, aku tak nak mak dengan ayah aku tahu." kata Wana. "Okay." balas Syahmi lalu meninggalkan tempat itu.

**Time Skip**

"Wana, kamu boleh balik ke rumah, doktor dah lama sahkan bahawa kamu sudah pulih." kata jururawat di situ.

Wana pun pergi ke arah makciknya. "Wana!" jerit makciknya sambil memeluk Wana. "Wana dah okay ke?" tanya makciknya. "Dah." balas Wana.

Mereka pun masuk ke dalam kereta. "Makcik, jururawat tu kata, Wana dah lama sembuh tapi kenapa mak & ayah tak ambik Wana?" tanya Wana.

"Bukan diorang tak nak ambik Wana tapi selepas seminggu Wana masuk ke tempat pemulihan tu, diorang terus pergi ke Kanada." terang makciknya.

Wana hanya berdiam diri, dia berasa dirinya memang tidak dipedulikan lagi selepas Butterfly meninggalkan dia.

"Makcik hantar Wana kat rumah Wana dulu. Makcik ada kerja ni. Makcik mungkin busy, kalau nak apa-apa, Wana boleh call makcik, lagi satu, mak dengan ayah Wana ada tinggalkan duit dalam akaun bank." kata makciknya. Wana hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience