Chapter 5

Crime Series 1109

"Jom tengok, apa yang ada dalam ni." kata Wana. Dia membuka sampul surat tersebut dan dapati ada beberapa keping gambar.

Dia tidak memahami, lalu dia membuka rakaman suara milik Hana tersebut.

**Rakaman suara**

-Hai Wana, ni Hana, kalau hang dengar ni, maknanya aku dah takde. Aku tahu rahsia hang dengan Zulaikha sebelum ni. Aku ada rekodnya. Tekan butang satu kalau nak dengar.

(Wana menekan butang 1)

-Ikha ada kat sini. Alamak aku kena menyorok ni. (Hana duduk di bawah meja guru)

- Aku tak tahu lah Wana! Kenapa dengan kau ni! Kau duduk dengan Butterfly tu 24 jam. Aku sepatutnya jadi kawan baik kau! Aku yang kenal kau dulu! Kau memang tak guna. Orang yang lupa kawan! Aku benci kau Wana. Dulu kita kawan baik! Sangat rapat! tapi kau tak guna. Kau tinggalkan aku, kau naik ranking dalam kelas! lepas tu kau kawan dengan Butterfly dan lupakan aku! (kata Ikha sambil mengoyakkan kertas)

-Bukan salah dia. Kau yang tinggalkan dia! kau ingat tak! Kau tamak lepas tu kau berlagak! memang padan muka kau. (suara seorang lelaki)
-Aku nak kau tolong aku! Aku sanggup buat apa-apa sahaja termasuklah maruah aku!

-Ikha. Kau ni memang tak tahu malu, dengan aku pun kau sanggup buat benda yang macam tu. Kau tahukan, kalau kau bagi diri kau dekat aku, Aku akan gunakannya tanpa belas kasihan.

-Tak kesah lah! janji aku dapat nombor 1 dalam ranking sekolah dan aku dapat balas dendam dekat Butterfly!

-Fine!

Tiba-tiba Nana datang. Dia ternampak dan terdengar semuanya tetapi mereka tidak sempat mengecam muka Nana kerana dia secara perlahan-lahan pergi dari situ.

Mereka pun pergi. Jadi Hana pun keluar dari meja guru.

(Hana berjumpa dengan Nana.)

-Nana! Kau dengan tak apa yang diorang cakap dalam kelas?

-Aku dengar tapi macam mana kau tahu hal tu?

-Aku menyorok bawah meja.

-Ooo..

-Nana, kau rasa patut ke kita beritahu dekat Izzati & Wana. Kalau tak beritahu, Wana dalam bahaya.

-Kita pun dalam bahaya tapi walau apa pun yang terjadi, kita jangan bagitahu sesiapa, apa-apa biar kita yang kena dulu.

-Baiklah. Kita tak payah bagitahu Izzati dengan Wana lah sebab aku taknak diorang bergaduh. Aku nak persahabatan kita ni kekal sampai bila-bila. (kata Hana)

**End Rakaman Suara**

Wana pun menutup rakaman suara tersebut. "Ya Allah! Kenapa diorang sanggup korbankan diri diorang demi aku." Wana menangis.

Dia memasukkan semua bukti itu ke dalam sampul. Dia mahu mencari lagi bukti dan maklumat tentang siapa yang membunuh Butterfly.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience