Chapter 8

Crime Series 1109

Wana duduk di dalam kelas sambil membaca buku. Tiba-tiba Qayyim datang. "Hai, selamat pagi!" kata Qayyim kepada Wana.

"Selamat pagi." kata Wana sambil membalas senyuman kepada Qayyim. Tiba-tiba Wana ternampak jari pada tangan kanan Qayyim tiada. Nampak seperti seseorang memotongnya dengan sengaja.

Wana pun menghampiri Qayyim. "Mmmm.. Qayyim." tegur Wana. "Haa.. apa dia?" balas Qayyim. "Kenapa dengan jari pada tangan kanan tu? Kena gigit anjing ke?" tanya Wana.

"Ooo.. tak lah. Ni dah lama tak ada." balas Qayyim. "Aku tak tanya pun dah lama ke tak. Aku tanya kenapa." balas Wana sambil memandang wajah Qayyim.

Wana merenung mata Qayyim dengan lama kerana dia berasa bahawa lelaki itu menyimpan satu rahsia daripadanya.

"Well, I need to go now. Nice to talk to you." kata Qayyim lalu pergi. "Hmmm dia gelisah dan muka dia berpeluh.. Hmmm, interesting." kata Wana.

Dia memasukkan nama Qayyim ke dalam kes pembunuhan Butterfly.

**Senarai nama kes pembunuhan Butterfly**

-Ikha
-Najla
-Qayyim
-Lelaki misteri( ada dalam pita rakaman suara Hana)

**Senarai end**

"Siapa yang makan cili tapi sempat minum air.. hmmm?" monolog Wana dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience