Chapter 4

Crime Series 1109

Wana kembali ke sekolah seperti biasa. Ramai yang terkejut kerana Wana sudah menghilang selama setahun tetapi tiba-tiba dia kembali begitu sahaja.

Musuh ketatnya iaitu geng Hellboy pun tidak serik-serik lagi. "Ouh! Well! dah kembali dah rupanya. Aku pelik kenapa kau tak hilang terus ah?" kata Ikha.

"Kau ingat sekolah ni bapak kau punya ke? boleh check in check out." kata Najla. "Kenapa? takut aku datang rampas takhta aku balik ke? Well, aku tak berminat untuk lawan markah korang yang tahap low class tu." kata Wana lalu berjalan ke tempat duduknya.
Murid-murid lain tidak percaya bahawa Wana sudah kembali tetapi mereka masih tidak tahu tentang apa yang terjadi kepada Butterfly kecuali Syahmi.

"Welcome back." kata Syahmi. Nampaknya, Syahmi sudah membuat ramai kawan baru, iaitu Faris, Amran, Ezzif, Amir, Qayyim.

**Time Skip**

Wana dan Syahmi pergi ke perpustakaan. "Weh, apa motif hang keluar dari tempat pemulihan tu?" tanya Syahmi.

"Sebenarnya, aku nak cari siapa yang bunuh Butterfly." kata Wana. Tiba-tiba wajah Syahmi bertukar, dia tiba-tiba berpeluh seperti menyembunyikan sesuatu.

"Syahmi, kenapa ni?" tanya Wana. "Jangan cari! bahaya!" kata Syahmi lalu meninggalkan Wana seorang diri.

"Dia tahu something ke?" kata Wana dalam hati. Tiba-tiba dia teringat kata Hana tentang locker kelab Hana.

**FlashBack**

Hana terduduk di atas jalan raya kerana tidak mempunyai tenaga lagi untuk berlari. Penjahat semakin hampir dengan mereka.

Wana ingin menyelamatkan Hana. Hana pun menjerit "Selamatkan diri hang dulu! Weh! Buka locker kelab aku!". Lalu sebuah lori terlanggar Hana dan di situ lah Hana tidak sedarkan diri.

**End Flashback**

Wana pun bergegas ke Kelab Geografi iaitu kelab Hana. Dia mencari locker milik Hana.
"Yes! jumpa!" kata Wana dengan riak wajah yang gembira.

"Hmm.. password Hana senang je. Tarikh lahir Jimin & tarikh lahir dia." kata Wana sambil mencuba. "Yeay, berjaya." kata Wana.

Dia dapati ada surat dan rakaman suara. Dia mengambil surat itu dan dia pun berjalan keluar dari tempat itu tetapi dia berasa seperti ada seseorang yang sedang memerhati dan mengikutnya.

Lalu dia pun berlari selaju yang boleh. Dia sampai di rumahnya tepat pada pukul 5.00 petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience