Chapter 12

Crime Series 1109

Wana sudah sampai tetapi dia menyorok dahulu, kerana dia mahu melihat siapa yang terlibat.
Dia perlu tahu juga siapa yang membunuh Butterfly sebelum dia mati.

"Mana kawan kau ni!" kata Ikha. Syahmi hanya terbaring lemah di atas lantai. Dia dipukul berkali-kali sehingga berdarah.

"Aku dah hilang sabar!" kata Ikha. "Bagitahu aku! siapa yang bunuh Butterfly! Siapa yang potong jari Qayyim dan siapa sabotaj pelan aku untuk balas dendam terhadap Butterfly!" jerit Ikha dalam kemarahan.

"Apa?! Ikha tak bunuh Butterfly! Habis tu siapa?" kata Wana. Terdapat banyak tanda tanya dalam kepalanya tetapi dia menumpukan perhatian semula ke arah Ikha. Dia ternampak Qayyim & Faris berada di situ.

"Qayyim! Faris! Masukkan dia ke dalam kotak kayu tersebut!" arah Ikha. Syahmi cuba melawan tetapi tidak terdaya kerana dia sudah letih menahan kesakitan selepas di pukul berkali-kali oleh mereka.

"Campakkan dia kena dalam laut tapi sebelum tu." kata Ikha. Lalu dia menoreh muka Syahmi dan memerah limau ke muka Syahmi. Kesakitan itu tidak terkata.

Mereka pun mencampakkan Syahmi ke dalam laut. Kotak itu jatuh semakin dalam. Syahmi cuba keluar tetapi tidak mampu, lalu dia mati kelemasan.

Air mata Wana turun. Menangis melihat kawan baiknya diperlakukan sebegitu. Selepas Butterfly dibunuh dengan kejam di depan matanya. Kini Syahmi pula.

"Kuat Wana!" kata Wana. Dia ternampak Najla datang ke arah Ikha.

"Hoi! Ikha! Kau bagitahu aku. Siapa yang bunuh Butterfly?! Baik kau mengaku cepat!" kata Najla sambil memegang pisau.

"Kau ni kawan yang tak guna Najla! Kau tak tahu apa-apa! Kenapa kau datang sini dan tunjuk hebat!." kata Ikha.

"Kau bodoh! Kau ingat, kau sorang je ke yang nak kan ranking dan nama dekat sekolah tu!" kata Najla.

"Bodohnya korang..." kata seseorang. "Suara ni.." kata Najla & Ikha. Mereka terkeju melihat tuan empunya suara itu.

Wana juga terkejut. "Haa.. Ni tak mungkin! Nisah! Orang yang paling diam dalam group Hellboy. Orang yang disangka tin kosong tetapi berisi." kata Wana dalam hati.

"Qayyim! Faris!" jerit Ikhat. "Sia-sia! diorang dah mati!" kata Nisah. Lalu Nisah menikam Ikha dan Najla.

"Amir!" jerit Nisah. Amir pun datang. "Haa! Amir pun ada." kata Wana.

"Kalau kau nak tahu! Kitaorang yang bunuh Butterfly! Orang yang kejar kau dari belakang tu Amir dan orang yang kepung korang dari arah Utara tu aku! Kau dah tahu the truthnya Wana! Keluar lah! Wana!" jerit Nisah.

"Tak guna Nisah! Bukan semua kau boleh beli dengan duit dan nama serta ranking. Persahabatan, kau tak boleh beli persahabatan dengan semua itu." kata Wana.

"Aku tak nak pun semua tu! Aku menyimpan sesuatu dalam diri aku! Thanks to Amir! Dia juga menolong aku sebab dia juga inginkan sesuatu yang sama dengan aku!" kata Nisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience