BAB 3

Romance Completed 4241

“Airil, Rul jom teman aku.”

Kata Adam kepada sahabatnya.

“Nak pergi mana?”

Serentak Airil dan Rul tanya.

“Ala ikut je lahh.”

Adam terus menarik tangan sahabatnya.

“Ok dah sampai.”

Adam segera membuka pintu dan menuju di kedai semalam.

“Aku tak sempat tanya kau dah blaa.”

Ngomel Fazrul di dalam kereta.

“Uncle nanti datang itu perempuan yang berkaca mata tempoh hari tolong bagi duit ini pada dia ye.”

Sambil menghulurkan RM 25 kepada Uncle kedai tersebut.

“Oh baik lah. Uncle sampaikan nanti.”

Kata uncle tersebut.

“Terima kasih unclee. Saya pergi dulu.”

Adam meninggalkan kedai tersebut dan berlalu pergi.

“Ha kau! Kau nak bawa kitaorang pergi mana ni ? Penat tunggu wei.”

Airil berbicara sambil mengunyah gula-gula.

“Teman aku pergi suatu tempat nih.”

Kata Adam pada sahabatnya.

“Pergi mana ? Aishh kau nih. Pelik lah. Tak pernah kau macam ni sebelum nih. Angau erk ?”

Teka Zafrul.

“Shuttt aku tengah drive nih.”

Tegas Adam berbicara.

Kereta myvi berwarna silver itu memecut laju membelok ke kanan. Sebuah binaan pondok tersergam indah. Dihias dengan langsir kemerahan, di alas dengan permaidani baru dan setiap bunga yang berada di pondok itu disulam dengan cantik.

Subhanallah. Masih lagi rupanya seperti ini. Tidak berubah. senyuman Adam itu membuatkan Airil dan Fazrul tertanya-tanya apakah tempat ini. Apa yang sedang Adam ingin tunjukkan ?

“Wei Adam. Kau bawa kitaorang ke mana ni ? Nak culik kitaorang ke? Senyap je tempat nih ? Uishhh bahaya lah kau nih! Cuba terangkan kat kitaorang apa nihh!”

Mulut Fazrul ditekap prisis aksi Polis menangkap penjenayah.

“Mulut hang boleh senyap tk ? Sabar lah aku terangkan.”

Satu-satu. Adam pun memulakan perbicaraanya.

“Dulu ini lah tempat aku bersuka ria, tempat aku membesar, tempat aku berteduh. Waktu itu ibu dan ayah aku tak mampu nak sara aku dan adik-adik. Dulu aku tak pernah kenal erti kebahagian, kasih sayang dari ibu ayah. Aku tak pernah minta hidup sebegini. Allah dah rancang sesuatu untuk keluarga aku. Aku pun menetap di sini selama 17 tahun. Waktu aku SPM ayah aku selalu datang jenguk aku dekat sekolah. Sebelum ayah pergi meninggalkan kami, aku sempat menumpang kasih sayangnya walaupun sementara. Saat terakhir ayah tinggalkan kami, Ayah memanggil nama aku.

Ada …. Adamm … Ma..affkan.. Ayah.. kerana.. ayah.. bu…kann. ayah yang terbaikk buat.. kam..uuu dan adikk adikk. Satu ayah … pe..sann.. Jaga emak dan adik…adik ya. Ayah … sayang kamuuu … kata kata terakhir Ayah kepada Adam sentiasa terpahat di mindanya. Ayah.. adalah terbaik buat Adam. Pernah dulu Adam main selipar dekat tengah jalan, Adam tak nampak ada kereta. Kereta tu Ayah. Kaki ayah patah. Emak marah Adam. Sebulan ayah tak pergi kerja. Ayah tak pernah salahkan Adam. Ayah baik.
Ayah …. Adam rindu ayah … Adam menitiskan air mata rindu.”

Sahabatnya yang kelihatan kecoh tadi tidak mampu berkata apa-apa setelah mendengar penjelasan Adam.

‘Adam kau memang baik macam ayah kau. Aku tahu kau kuat dam.’

Airil berkata didalam hatinya. Dia tidak mampu melihat segala yang dialami oleh Adam.

“Bang Adamm!!”

Khairul berlari ke arah Adam.

“Eh, Bang Cik ….”

Adam terus memeluk adik bongsu kesayangannya itu.

“Kak Ngah mana ? Kak Lang?”

Adam bertanya adiknya yang tidak kelihatan.

“Dieorang makan kut. Adik tak nampak pulak.”

Jawab Khairul.

“Ohh … BangCik dh makan ke belum ?”

Tanya Adam lagi.

“Dah … Ouh ya Abang,mak ada call semalam.”

Adam gembira mendengar adiknya berkata begitu. Rindu sangat pada maknya

"Mak sihat? Mak cakap apa?”

Tanya Adam.

“Abang Adammm !!!!”

Serentak suara KakNgah dan KakLang menjerit memanggil nama abangnya.

“Lama dah abang takde, baru hari ini nak jenguk kami. Sedih lah macam nie.”

Muka comel Kak Lang itu berubah menjadi masam.

“KakLang ! Bersyukur abang dah datang nih. Bukan abang tak datang. Abang sibuk lah.”

Aisyah adik kedua Adam. Berumur 17 tahun. Aisyah agak matang dan faham sudah kerenah adik-adiknya.

“Hmm, Airil, Rul boleh tolong aku tak ? bawa Adik aku dua orang tuh jalan-jalan.”

“Aku nak cakap dengan Aisyah.”

Kata Adam pada kawannya.

“No hal bro!”

Jawab Airil.

“Ok adik adik, kamu semua nak pergi mana jom abang bawaa…”

Tanya Fazrul.

Kaklang nak pergi beli KFC boleh tk?”

Tanya Suhaila pada Fazrul.

“Alahhh adik nak pergi taman!!”

Jjawab Khairul memberontak.

“Okay okay kita pergi makan dulu pastu kita gi taman ok?”

Akhirnya Airil dan Rul mengikut sahaja kerenah adik sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience