BAB 11

Romance Completed 4241

“Mak!!”

Kak Ngah, Kak Lang, Bangchik terus meluru ke arah mak.

“Anak makk !!”

Mak memeluk adik-adik.

“Mak, kami rindu mak.”

Air mata jatuh pipi kak ngah.

“Siapa hantar kamu ke sini ni?”

Tanya mak pada kak ngah.

“Abang Adamm!”

Jawab Bangchik.

“Mak, maafkan abang mak. Lama tak jumpa mak. Adam minta maaf sangat-sangat. Kenapa mak tak bagitahu Adam, mak sakit ? Adam risau pasal mak.”

Luah Adam.

“Mak tak nak susahkan Adam. Kamu belajar lah. Jangan risaukan mak. Mak Timah ada.”

Senyuman tawar dari mulut mak itu membuatkan aku rasa nak sentiasa bersama di sisi mak. Mak segalanya bagiku.

“Kamu cuti sampai bila ?”

Terus mak tanya.

“3 hari je. Adik-adik pun 3 hari je.”

Jawab Adam kecewa.

“Takpelah, nanti cuti panjang kamu bawa adik-adik balik.”

Jawab mak lagi.

“Tapi mak kena janji jaga diri elok-elok. Jangan buat kerja berat – berat. Janji ye mak.”

Pesan Adam pada maknya.

“Mak, Adam keluar sekejap ye.”

Kata Adam pada emaknya.

“Kakngah jaga adik elok-elok.”

Pesan Adam pada adik keduanya.

“Baik Bos !”

Kata Kakngah dengan tabik hormat.

‘Lama dah tak singgah port selalu aku lepak masa kecil-kecil dulu. Hmm agaknya ada lagi ke tempat tuh.’

Monolog Adam sendirian.

“Ha sampai pun.”

Adam keluar dari keretanya.

“Allah … rindunya tempat nih.”

Adam berbicara.

Klink..

Mesej whatsupp masuk.

“Awak jangan buat saya tertunggu-tunggu. Katakan sahaja awak suka saya ataupun tidak. Saya terima keputusan awak.”

Bluetick.

Hmmm. Aku terpaksa katakan.

“Maafkan saya. Niat saya bukan nak menyakitkan hati awak atau apa apapun. Saya mohon awak terima sahaja apa keputusan saya. Saya mohon maaf saya kata TIDAK. Lepasni tolong jangan ganggu saya. Assalamualaikum.”

Send.

Adam terpaksa berkata begitu. Kalau tidak sampai bila gadis itu menaruh harapan padanya.

klink … mesej whatsupp masuk.

Mesej daripada Adam.

Pang !

“Rupanya aku bertepuk sebelah tangan. Kenapa aku nih ? Menaruh harapan lelaki ? Argh aku buat kerja gilaa !”

Jerit Azdiatul.

“Eh, kamu okay tak ?”

Tanya bibik Nani cemas.

“Bik !!”

Azdiatul memeluk bibik.

“Kenapa Husna jadi macam ni bibik ?”

“Kenapa dengan kamu ni Husna ? Cuba cerita satu-satu.”

“Kenapa Husna mengharapkan kasih sayang seorang lelaki ? Kenapa ?”

Tangisan Husna didengari Tan Sri Hisham.

“Husna are you okay?”

Tanya Tan Sri pada anak kesayangannya.

“Daddy, hantar Husna pergi Brighton. Husna rindu nak pergi sana.”

Kata Husna dengan nada kecewa.

“Eh kenapa nak pergi sana ? Dah 3 tahun dah kamu tak pergi sana. Kenapa tiba-tiba je ?”

Kata Daddynya.

“Daddy satu je Husna minta, hantar Husna daddy pergi sana.”

Kata Husna.

“Mesti anak daddy ada masalah lepastu nak pergi sana. Takpelah daddy izinkan. Nanti dekat sana jumpa Uncle Jeffry dekat sana. Daddy call dia nanti k.”

Daddy menyetujui permintaan anak bongsunya itu. Sudah 3 tahun dia tidak ke sana.

“Thankss Daddy. Husna senyum tawar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience