BAB 16

Romance Completed 4241

Sudah sebulan Azdiyatul Husna di bumi England itu. Tiba-tiba Adam teringat akan gadis yang berkacamata itu.

Ya Allah, ampunkan aku. Adam Istighfar.

Aku bukan lelaki yang tebaik. Maafkan aku Husna.

“Abang !!”

Panggil Aisyah.

“Ouh Kakngah, duduk lah.”

Jawab Adam.

“Abang kenapa ? termenung je.”

Kata Aisyah.

“Takde apalah. Abang okay.”

Jawab Adam dengan senyuman yang manis.

“Abang ingat Aisyah tak tahu ke ?”

Kata Aisyah sengaja menakutkan abangnya.

“Eh apa Aisyah tahu ?”

Soal Adam ingin tahu.

“Abang dah jatuh cinta kan ?”

Teka Aisyah.

“Ish ada ada je.”

Terkejut Adam tekaan adiknya ‘hampir’ betul.

“Alah abang, Aisyah tahu semuanya. Kak Azdiyatul Husna bagitahu.”

Terus sahaja Aisyah membongkar rahsianya.

Pulp ! Haaaa ?? Apa Aisyah tahu semuanya ?? Adam tidak puas hati. Dia ingin tahu juga.

“Sebenarnya kakngah tahu sebab kak aisyah dulu senior Kakngah. Dia memang rapat dengan Aisyah segala masalah kak Husna, Aisyah dengar. Kak Husna tak tahu pun yang Aisyah ada abang yang bernama Adam Suhaib. Lelaki yang pertama mencuri hatinya.”

Jelas satu-satu dari Aisyah.

“Shutt jangan cakap pasal dia lagi.”

Adam berlalu meninggalkan Aisyah sendirian.

“Alamak.”

Aisyah takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience