“Wei wei pak ustaz datang!”
Perempuan yang berambut panjang itu berkata kepada kawannya.
“Kau ingat boleh dapat lelaki soleh macam tu dengan pakaian kau macam ni?”
Kawannya memerli.
“Eh elek, macam kau baik sangat. Kau pun sama macam aku lah.”
Kawannya membalas lagi.
“Sukahati kau lah. Aku nak pergi kafe nih nak ikut tak?”
Tanya kawannya.
“Jomm aku lapar.”
Mereka pergi dan meninggalkan perpustakaan itu.
Di sini memang banyak pakaian yang menjolok mata, free hair, pergaulan bebas. Minuman keras itu biasa bagi pelajar di sini. Iman perlu kuat semasa berada di alam Universiti. Bukan mudah, sedikit rentak seseorang muslimah dilakukan, banyak hati-hati ajnabi goyah.
Huh, Ya Allah permudahkan urusan aku pada hari ini.
Adam duduk ditempat kosong yang tidak mempunyai insan insan yang duduk di situ.
Adam duduk sambil berfikir bagaimana dia bakal mendapat ‘pembantu’ yang entah dari mana datang.
‘Harapnya sama jantina lah’
Monolog Adam sendirian.
‘Allah! Siapa tuh?’
Adam terpandang seseorang yang pernah dia nampak sebelum ini.
Kenapa asyik aku nampak orang itu. Astagfirullah.. Adam ingat Allah. Cepat-cepat Adam istighfar. Tidak pernah sebelum ini dia merasakan sebegini.
Baik aku balik bilik. Adam kemas barang-barangnya dah meninggalkan perpustakaan dengan tanda tanya.
Share this novel