“Assalamualaikum Tan Sri.”
Adam memulakan bicara.
“Waalaikumussalam.”
Kata Tan Sri.
“Saya kawan Azdiyatul Husna.”
“Ouh, maaf ya Husna tiada kat rumah. Dia dah balik Brighton.”
Kata Tan Sri.
“Haaaa ???”
Nazrul, Fazrul, Airil ternganga.
Adam mengetap bibirnya akibat menahan malu dengan perangai sahabatnya.
“Maaf Tan Sri. Kawan-kawan saya … “
Belum sempat Adam menghabiskan bicaranya Tan Sri mencelah.
“Takpe, saya faham. Duduk dulu. Bibik buatkaan air.”
Kata Tan Sri.
“Ada apa ye kamu datang ?”
Kata Tan Sri pada Adam.
“Err, Tan Sri boleh saya tanya kenapa Azdiyatul pergi Brighton ?”
Adam menyusun bicaranya.
“Tak payah panggil saya Tan Sri. Panggil Pakcik sahaja.”
“Mungkin dia ingin menenangkan diri. Lagipun sudah 3 tahun dia tidak ke sana.”
Luah Tan Sri Hisham.
“Err, Tan Sri sebenarnyaa ehh, Pakcik sebenarnya sebelum dia pergi dia ada bagi saya mesej.”
Adam menghulurkan mesej diantara dia dengan Azdiyatul Husna pada Tan Sri.
“Saya mohon maaf. Mungkin dia pergi sebab saya. Saya bukan lelaki yang terbaik buat dia. Saya masih cetek ilmu dan belum bersedia untuk ke arah itu. Saya mohon maaf.”
Sayu Adam berbicara.
Tan Sri sudah dapat meneka. Tidak pernah lagi anak dia mempunyai perasaan seperti itu kepada mana-mana lelaki. Mungkin Adam didepannya ini mempunyai keistimewaan.
“Hmm, pakcik faham. Jangan risau. Azdiyatul Okay di sana kerana ada Uncle yang akan jaga dia dekat sana.”
Kata Tan Sri.
Lega hati Adam setelah mendengar penjelasan Tan Sri.
“Saya nak tanya satu soalan boleh ?”
Tanya Tan Sri.
“Er,, boleh boleh.”
Jawab Adam.
“Kamu tinggal di mana ?”
Tanya Tan Sri.
“Oh, saya tinggal di kampung sahaja. Ayah dah meninggal dunia 5 bulan lepas. Adik-adik masih sekolah.”
Jujur sahaja Adam katakan pada Tan Sri.
“Oh, Azdiyatul pun sudah kehilangan ibunya 5 bulan lalu. Semenjak daripada itu dia tidak petah berkata-kata seperti selalu. Dengan Pakcik pun dia jarang cakap. Apatah lagi orang luar.”
Luah Tan Sri.
Azdiyatul Husna. Senasib denganku. Kehilangan salah seorang insan tersayang. Tapi, kenapa dia hanya bercakap dengan aku ? Dengan Daddynya pun kurang bercakap …
Monolog Adam sendirian.
“Adam, mungkin ada sesuatu istimewa terhadap diri awak sehinggakan Azdiyatul suka akan awak.”
Kata Tan Sri.
“Allah, Tiada apa istimewa didalam diri ini pakcik. Saya juga seperti orang lain. Insan yang tak pernah terlepas dari dosa.”
Jawab Adam.
Tan Sri teruja dengan jawapan Adam yang sangat mencuri perhatian. Membuatkan Tan Sri ingin bertanya dan terus bertanya.
“Adik-adik kamu sekarang dekat mana ?”
Tanya Tan Sri.
“Mereka semua dekat Pondok Taiping,Perak. Dulu di saja jugalah tempat saya membesar. Mak dan arwah ayah tak mampu sara kami adik beradik. Hari minggu kami balik rumah.”
Kata Adam.
“Ohh, sejuk perut mak kamu mengandungkan kamu. Baik orangnya.”
Kata Tan Sri.
“Ish Tan Sri, saya tak sebaik apa yang Tan Sri sangka tapi Tan Sri lagi baik dari apa yang saya sangka.”
“Ada ada je kamu. Oh ye ni kat saya sekiranya kamu perlukan bantuan. Call saya.”
Tan Sri menghulurkan kad kepda Adam.
“Terima kasih Tan Sri. Kami balik dulu. Assalamualaikum.”
Adam dan kawannya meninggalkan tempat kediaman Azdiyatul Husna.
Share this novel