Tahniah. Tahniah! Tahniah Zatul!
Bertalu-talu ucapan tahniah dari sahabat, Prof dan tidak lupa juga mahasiswa mahasisiwi semester lain.
ADZIATUL HUSNA BINTI TAN SRI HISHAM. Siapa tidak kenal gerangan nama ini. Sudahlah kaya, pandai, cantik.
Gadis yang berkacamata itu menggayakan baju kurung moden. Tidak bermekap. Tidak pernah lagi dia mencuba pakaian yang menjolok mata. Meskipun dia seorang yang kaya raya tetapi dia sangat menjaga dirinya.
“Sudah lah cantik, pandai pulak tuh!”
Bisik Fazrul kepada sahabatnya.
“Ishh apa kau nih? Istighfar.”
Pesan Adam Suhaib kepada sahabatnya itu.
“Opss! Lupa ada pak ustaz sebelah.”
Sakat Nazrul.
Nazrul sudah betah dengan sahabatnya itu. Seorang yang sangat alim. Tidak pernah lagi dia memerhatikan sahabatnya itu bercakap dengan perempuan atas alasan suka-suka.
Satu Fakulti faham akan perangai dengan Adam Suhaib. Ramai sahaja yang tergila-gilakan sahabatnya itu. Katanya nak cari suami soleh supaya dapat bawa ke syurga.
“Hipokrit!!!”
Dah tu nak tinggalkan ayah dekat neraka?”
Monolog Fazrul sendirian.
“Rul mana aku punya pendrive?”
Tanya Adam.
“Ishh aku tak nampak lah. Mana kau letak?”
Tanya Fazrul pula.
“Ouhh ada ada terima kasih.”
Kata Adam sambil menayangkan senyuman yang manis itu.
“Hensem jugak kau kan? Kenapa kau tak cuba nak pikat…”
Sakat Fazrul lagi.
“Issh kau nih! Dah lah aku keluar jap.”
Adam berlalu sambil membawa beberapa helai kertas untuk dibawa ke kedai.
Share this novel