‘Kesian mak dekat rumah. Macam mana dengan adik-adik ye?’
Monolog Adam sendirian.
Semenjak 5 bulan kehilangan abah, semua tanggungjawab digalas oleh ibunya. Hantar adik ke sekolah, jual kuih, dan macam-macam lagi. Ya Allah bantu ibuku ya Allah. Tanpa sedar air mata Adam Suhaib titis demi titis jatuh. Masakan tidak sudah 5 bulan juga dia tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia pulang ke rumah semasa ayahnya meninggal dunia.
Eh dah sampai. Adam terus mengambil semua file disebelahnya dan berlari anak ke Kedai Fotostat itu.
“Uncle berapa semua ?”
Tanya Adam.
“RM 25 ja.”
Jawab uncle.
“Haaa? RM 25. Alaa uncle saya bawa RM 20 sahaja. Boleh tak petangkan saya datang balik sini dan bayar?”
Terkejut Adam bila duitnya tidak mencukupi. Mana tidaknya sebelum ni tidak pernah dia berhutang lagi.
“You lain kali bawa banyak duit. Nanti petang datang ye. Itu janji harus ditepati.”
Kata Uncle itu.
“Eh tak pe, biar saya bayar.”
Kata gadis berkaca mata itu.
Pangg ! Aku nampak bidadari ke? Astagfirullahhh
Lantas Adam menundukkan pandangan dan istighfar.
“Tak payah cik. Saya boleh bayar.”
Adam menolak pelawaanaya.
“Takpe, biar saya bayar. Mungkin hari ini saya tolong awak. Esok lusa awak pula tolong saya. Nah uncle bayar sekali semuanya.”
Gadis Berkacamata itu menghulurkan wang berjumlah RM 50.
“Terima kasih cik. Saya janji saya akan bayar balik.”
Adam terus mengambil kertas kertas yang telah difotostat tadi dan berlalu pergi. Kalut Adam dibuatnya.
Astagfirullah … Betul ke apa aku nampak tadi ? Adam tertanya-tanya akan gerangan gadis tadi.
Adam memecut laju kereta Myvi dan berlalu pergi.
Share this novel