TOK!TOK!TOK!
Karyna tersentak apabila pintu biliknya diketuk.
"Assalamualaikum boleh saya masuk?" Ucap Haziq sambil membuka pintu bilik perlahan
"Kau nak apa lagi?" Soal Karyna sambil memeluk tubuhnya
"Awak kata nak pergi beli baju untuk saya, jom lah" Ujar Haziq. Muka gembira terpapar walaupun isterinya telah melakukan hal buruk kepadanya
"Ish kau ni tak sabar-sabar ke nak tunggu esok?" Karyna meninggikan suaranya
"Oo nak pergi esok lah ni..ok" Kata Haziq lalu meninggalkan bilik itu
"Eyy geram pulak aku dengan dia! Kenapa tak nampak macam takut? Makin mengada ada lah! Ini semua sebab dekat bilik wayang tadi..Kalau lah aku tak tergoda dengan dia,memang tak dia nak mengada macam ni kan..takpe kau tunggu banyak lagi masa" ujar Karyna sendiri sambil membetulkan bantal untuk tidur
Keesokan paginya,
Haziq bangkit dari tidur awal pagi. Dia sudah terjaga pada pukul 6 pagi tadi untuk mendirikan solat subuh namun dia tertidur kembali. Haziq menuruni anak tangga dan lalu ke dapur. Dapur kelihatan kosong masih tiada hidangan untuk sarapan.
"Mana Cik Som" gumam Haziq sendiri
Haziq terdetik untuk memasak. Tapi makanan apa yang dapat dia masak. Haziq bergegas ke peti ais lalu melihat bahan-bahan untuk memasak mee goreng basah.
"Sawi ada, ayam ada, telur pun ada ni cukup dah rasanya..mee ada ke?" Ujar Haziq sendiri di dapur
Haziq membuka setiap kabinet di dapur untuk mencari mee dan terjumpa mee lidi yang masih belum dibuka.
Setelah beberapa minit bersilat di dapur akhirnya siap jugak mee goreng basah buatan Haziq. Haziq terdengar Karyna memanggil Cik Som.
"Cik Som ooo Cik Som"
Haziq berlari anak ke arah Karyna.
"Awak, saya rasa Cik Som off day lah Harini sebab dia tiada di dapur. Saya dah cek sekeliling rumah pun tiada" Ujar Haziq dengan bersungguh
"Pergi mana pulak dia? Tak inform cuti pun" Ujar Karyna pula
"Entah lah saya pun tak tahu. Awak dah tengok ke mesej awak memang dia tak ada inform?" Kata Haziq untuk kepastian
"Wait"
Karyna membuka telefon bimbitnya dan tertera pesanan dari Cik Som.
"Assalamualaikum Puan Karyna..Maaf Cik Som cuti mengejut..ada hal keluarga di kampung yang tak dapat dielakkan.. Maaf sekali lagi" - Cik Som
"Eish ada lah Cik Som inform baru perasan" Ujar Karyna sambil mengeluh
"Tak apalah kalau Cik Som cuti. Saya dah masakkan sarapan untuk awak. Jomlah rasa mee goreng basah yang saya buat" Kata Haziq yang tidak sabar untuk memberi Karyna rasa air tangannya
Tanpa berkata, Karyna menuruni tangga dan pergi ke dapur. Haziq membontoti Karyna.
Pinggan di ambil lalu mee goreng basah dicedok. Suapan pertama dimasukkan ke dalam mulut. Terbuntang mata Karyna dibuatnya. Sedap! Tak tipu!
"Ha amacam? Sedap tak?" Soal Haziq gembira
"Not bad" Tipu Karyna. Takkan nak cakap sedap gila-gila nanti makin mengada lah mamat tu
"Lepas ni bersiap lah kau kata nak beli baju kan?" Ujar Karyna. Haziq menangguk laju.
Selesai sahaja makan Karyna naik ke bilik meninggalkan Haziq yang masih menikmati masakannya itu.
Haziq mengemas segala pinggan yang kotor di atas meja. Tak lama selepas itu Karyna turun dari biliknya. Haziq terpukau dengan kecantikkan isterinya yang memakai blouse berwarna marron dan seluar slack hitam.
“Kau tengok apa? Dah siap ?” soal Karyna sambal mencekak pinggang
“Sekejap ya, saya baru sudah kemas dapur” balas Haziq sambal naik ke biliknya
Karyna mengeluh lalu menuju ke keretanya.
Beberapa minit kemudian,
“Mana dia ni tak tahu ke aku panas? omel Karyna sambal memakai cermin mata hitamnya
“HAZIQ AQASHAH!!!” marah Karyna
Haziq yang mendengar namanya dipanggil dengan kuat terus membuka langkah seribu ke arah Karyna.
“Maaf awak, tadi saya pilih nak pakai baju apa nak bagi matching dengan awak” terang Haziq sebaik sahaja tiba di hadapan Karyna
“ Tak payah nak sama sangatlah, aku dengan kau macam langit dan bumi tau..sedar diri tu sikit” ujar Karyna sambil memeluk tubuh
“Ya awak, saya sedar diri saya siapa. Saya hanya orang kampung yang membela kambing lagipun saya busuk dan kotor” ucapan dari Haziq membuatkan perempuan di hadapannya terdiam
Tanpa sebarang kata dari Karyna, dia masuk ke perut kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Haziq turut masuk ke perut kereta tanpa pelawaan Karyna. Sepanjang perjalanan mereka ke pusat membeli belah hanya diam sahaja. Haziq berasa bersalah dengan kata-kata yang dia lontarkan tadi. Dia tidak patut terasa dengan kata-kata Karyna sebelum itu kerana apa yang dikatakan oleh Karyna adalah betul baginya, tetapi disebabkan terlalu mengikut emosi dia terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya.
Sampai sahaja di pusat membeli belah, mereka keluar dari perut kereta. Haziq memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
“Karyna saya mintak maaf pasal tadi, saya tak patut buat awak sentap macam tu” ucap Haziq sambil menarik perlahan tangan Karyna. Karyna mencebik.
“Lepaslah! Bukan kau jugak ke yang cakap tadi yang kau kotor ,busuk and kenapa kau still pegang aku?!” tengking Karyna lalu menarik kasar tangannya yang dipegang Haziq
“Sumpah saya takde niat nak sakitkan hati awak, saya cuma terasa dengan apa yang awak kata pada saya, saya tak dapat tahan emosi saya. Saya tak dapat terima layanan awak pada saya selepas apa yang saya buat pada awak” Haziq tidak berselindung lagi, kali ini dia betul-betul jujur supaya isterinya dapat tahu apa yang tersirat di dalam hatinya
“Ha? So apa yang kau buat dekat aku tu semua tak ikhlas lah sebab kau harapkan balasan dari aku?” ujar Karyna lalu mengibas-ngibas mukanya seakan tahan marah
“Saya bukan minta balasan dari segi wang ringgit Karyna, saya cuma mintak awak dapat terima saya sebagai suami awak, saya tahu saya bukan macam suami kawan-kawan awak yang lain dapat beli barang-barang berharga pada isteri mereka setiap hari. Saya tak mampu buat macam tu.” Ujar Haziq lagi kali ini dia betul-betul sedih sehingga menitiskan air mata
“Kau ingat dengan air mata kau dapat lembutkan hati aku untuk terima kau ke? Kau silap Haziq. Tidak sama sekali. This is Karyna! Dia akan tetap dengan pendirian dia. Kalau dia kata dia benci dekat seseorang tu dia akan benci sampai nafas dia yang terakhir” kata Karyna dengan bersungguh. Karyna betul-betul menghemburkan marahnya.
“Apa sebab yang membuatkan awak benci sangat dekat saya? Apa dosa saya dekat awak Karyna? Lagisatu awak cakap awak akan benci seseorang itu hingga akhir nafas awak, habis macam mana jika orang yang benci itu yang hembus nafas dulu. Contohnya macam saya, orang yang awak benci ni akan mati dulu? Saya nak tahu jawapannya” ujar Haziq. Disebabkan dia menangis, suaranya agak terketar-ketar.
“Apa masalah kau sebenarnya ni? Berapa kali aku nak cakap aku benci kau sebab kau yang perangkap aku supaya kau dapat kahwin dengan aku dan automatic dapat menumpang kemewahan aku” kata Karyna. Haziq mengelengkan kepalanya.
“Sumpah demi Allah bukan saya yang perangkap awak! Bukan awak seorang sahaja mangsa, saya juga mangsa”
“Dalam keadaan marah macam ni pun kau boleh ‘saya awak’ lagi manusia jenis apa kau ni yang diberi tahap kesabaran yang tinggi. Sikap kau sama macam papa, walaupun aku buat kesalahan yang sama beribu kali tetapi papa masih nasihat aku dengan lembut” gumam Karyna sendiri
Suasana yang tegang itu berkahir apabila satu suara yang sangat dikenali Karyna menyapa mereka.
“Hai” ujar Sazzy
Haziq tergesa-gesa mengesat air matanya.
“You all buat apa kat sini? Nak shopping eh?”
“Tak ada lah kitaorang dah nak balik” ujar Karyna lalu menarik Haziq dan ditolak masuk ke dalam perut kereta. Karyna menghidupkan enjin kereta lalu berlalu dari situ. Sazzy tergamam melihat kawannya itu. Sungguh aneh.
Karyna menghentikan keretanya di kaki lima. Dia mengarah kepada Haziq supaya keluar dari keretanya.
“Kau keluar dari kereta aku sekarang!’
Tanpa bercakap banyak Haziq keluar dari perut kereta mewah itu.
“Ya aku tak layak pun naik kereta itu” gumam Haziq sendiri
Karyna menekan pedal minyak lalu meninggalkan Haziq keseorangan disitu. Haziq berjalan tanpa mengetahui arah tujuan.
Share this novel