I.P BAB 3

Drama Series 4846

Di bilik,

"Hermmm anak angkat Pak su eh? boleh jugak ni senang nak buat kerja kan?" ujar Karyna sendirian sambil memilih baju kerjanya untuk dipakai esok

Telefon yang berada di atas katil itu dicapai serta merta.
Nombor milik Tan Sri Mazlan dicari.

Tut..tut..tut..

"Hello dengan siapa saya bercakap"

"Oh ini Ryna anak arwah Dato'Hazreen"

"Laa Ryna ke? Ingat siapa lah tadi telefon malam-malam macam ni"

"Hehe maaf kalau Ryna ganggu uncle"

Bila di pejabat Karyna akan memanggil Tan Sri Mazlan dengan panggilan yang rasmi tetapi bila luar dari pejabat Karyna akan memanggil Tan Sri Mazlan dengan panggilan uncle.

"Eh tak,Ryna tak ganggu uncle..tapi kenapa Ryna call ada masalah ke?"

"Tak ada masalah cuma Ryna nak inform yang pasal supplier kambing"

"Pasal tu Ryna boleh settle kan dulu kalau Ryna nak..sebab uncle akan outstation seminggu di Langkawi"

"Ok takpelah kalau macam tu Ryna cuba settle kan dulu lah mana yang patut"

Panggilan dimatikan.

"Mampus aku macam mana nak buat ni aku tak pandai nak bercakap tambah pula pasal kambing-kambing ni" omel Karyna sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal

Tiba-tiba Karyna teringat pesanan arwah papanya.

*FLASHBACK*

"Assalamualaikum boleh papa masuk?" pintu bilik Karyna dikuak

Karyna yang sedang berbaring di atas katil dengan rambut yang kusut masai badan yang berbau alkohol membuatkan Dato Hazreen mengelengkan kepala.

"Apa nak jadi dengan Ryna ni kalau papa takda dekat dunia ni lagi" gumamnya sendiri

Karyna yang mula menggeliat apabila merasa seseorang masuk ke dalam biliknya dan cahaya matahari juga telah menyuluh ke arah matanya. Mana tak menyuluh, dah tengah hari.

Dato'Hazreen melabuhkan punggungnya di sisi Karyna Sofia.
Rambut Karyna Sofia diusap lembut.

"Ryna, nanti papa dah takde..Ryna berubah ya sayang..jangan jadi macam ni tau. Papa nak sayang teruskan legasi syarikat kita. Papa nak Ryna jaga mama jangan melawan cakap mama ya..jadi anak yang patuh pada orang tua,taat dengan perintah Allah. Papa juga nak mintak maaf kalau papa tersilap didik anak papa ni" ucap Dato'Hazreen dengan lembut. Air mata Dato'Hazreen tidak dapat disembunyikan lagi. Karyna masih berada di dalam keadaan kaku.

Seminggu selepas kejadian itu, Dato'Hazreen terkena serangan jantung dan tidak sempat bawa ke hospital. Dato'Hazreen meninggal di atas pangkuan Datin Amelia dan Karyna Sofia.

*END FLASHBACK*

"Ryna dengar semua pesanan terakhir papa sebab tu Ryna tak sanggup nak buka mata. Ryna takut, Ryna takut kalau Ryna menangis depan papa" ujar Karyna sendiri sambil menangis teresak-esak

"Ryna cuba nak berubah, nak jadi manusia yang berguna..tapi Ryna tak mampu" ujarnya lagi

Akhirnya Karyna menapak perlahan ke arah katilnya dan membaringkan badannya ke atas tilam sambil memeluk frame gambar Karyna Sofia bersama Dato'Hazreen.

Keesokkan paginya,

Karyna bangkit dari lenanya awal pada hari ini. Tuala yang tersangkut dicapainya dan terus melangkah ke bilik air. Selepas sahaja selesai mandi baju kerja yang dipilih semalam disarungkan ke badannya. Karyna mengenakan baju kemeja baby blue dan seluar slack berwarna putih. Rambut ikal mayangnya dibiar terlepas.

Karyna menuju ke bawah. Terlihat sandwich telur terhidang di atas meja.

"Wah nak satu" ucap Karyna sambil mengambil sandwich tersebut dan memasukkan ke dalam mulutnya

Datin Amelia menyertai Karyna.

"Wah cantik lah anak mama harini pilihan warna yang baik" puji Datin Amelia membuatkan Karyna tersimpul malu

"Kan ma..Ryna pun suka gambungan dua warna ni nampak macam vibes positive" tambah Karyna pula

"Betul tu..so apa plan Ryna hari ni?" Tanya Datin Amelia ingin tahu jadual anakknya

"Kalau ikutkan uncle Mazlan suruh pergi jumpa supplier kambing tu means anak angkat Pak su tu" jawab Karyna sambil menuang teh ke dalam cawan

"Oo ye ke? kalau macam tu hati-hati memandu..sampai nanti bagitahu mama ye" pesan Datin Amelia risau tentang keselamatan anakknya

"Baik ma.. Ryna pergi dulu ye takut jem pulak nanti" ujar Karyna lalu menghulurkan tangannya menyalami Datin Amelia

Di kampung,

Pak Lemang berlari anak mendapatkan Haziq.

"Haziq mu tahu ke ade orang bandor nok mari tengok kambing mu?" tanya Pak Lemang kepada Haziq

"Ye ke Pak Lemang? kenapa saya tak tahu pun pasal ni" jawab Haziq pula

"Tu lah pok cik nok kabo ke mu ni..mareng ada Tan Sri tu call pok cik kabo dia nok mari tengok-tengok dulu kambing mu..tapi dia kabo bukan dia hok mari sebab dia out? outseteton menda dok tahu jadi dia hantor wakil lah tolong tengok" terang Pak Cik Lemang bersemangat dengan loghat Terengganunya

Haziq tergelak kecil.

"Outstation lah Pak Cik"

"Ikut lah menda-menda pun asal bunyi out tu sudoh"

"Haha ye lah Pak Cik..kalau macam tu baik lah kita tunggu je lah dia mari ya"

Sementara di dalam kereta,

"Lama betul tak pergi Terengganu..rindu betul nak hirup udara dekat sana" ujar Karyna sambil menekan butang radio

Lagu Rover memecahkan kesunyian di dalam keretanya. Kalau sunyi je mengantuk juga.

Stop ileum-eun beolyeo
Mr. Rover rover rover
I'm coming over over over

Sempat juga Karyna mengikut menyanyi maklum lah peminat nombor satu Kai.

Beberapa jam kemudian,
Karyna tiba di kampung.

Karyna melangkah keluar dari perut kereta melihat bayangan seorang lelaki yang sedang bermundar-mandir di hadapan tapak kandang kambing.
Karyna menapak mendekati lelaki tersebut.

"Hye, you Haziq kan?" Karyna nenyapa Haziq sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Lelaki tersebut mengangkat kepala memandang Karyna.

"Ya saya Haziq..awak pekerja Tan Sri Mazlan ke?" sambil memandang ke arah tangan Karyna.

Karyna merasa malu. Tangan yang dihulur ditarik kembali lalu dimasukkan ke dalam poketnya.

"Saya Karyna Sofia. You can call me Ryna. Btw saya bukan pekerja Tan Sri Mazlan, saya rakan kerja yang sama-sama membangunkan projek ini" terang Karyna satu per satu

Haziq mengangguk faham.

"Eh kenapa kita cakap dekat luar panas ni, jemputlah masuk ke pejabat saya" ujar Haziq sambil membuka langkah

Karyna mengikuti Haziq dari belakang.

"Maaf lah pejabat saya macam ni je.. mesti tak cantik macam pejabat Cik Ryna kan?" ujar Haziq lagi sambil membuat isyarat tangan untuk pelawa duduk kepada Karyna

"Ish tak ada lah..semua sama je asal boleh kerja kan" jawab Karyna sambil tersenyum. Gigi yang ditekap dengan 'braces' kelihatan

"Hehe..jadi hari ini apa tujuan Cik Ryna datang sini?" soal Haziq untuk berbalik kepada topik utama

"Saya ditugas untuk melihat keadaan kambing-kambing di sini..jadi saya nak mintak izin untuk merakam kambing-kambing di sini" jelas Karyna

"Oo boleh je..Cik Ryna buat je nak rakam ,ambik gambar semua boleh" ujar Haziq

"Terima Kasih" ucap Karyna

"Sama-sama"

Di kandang,

Karyna mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar dan merakam kambing-kambing yang berada di dalam kadang itu.

Latifah yang sedang menuntun mangkuk tingkat itu terkejut apabila melihat kereta mewah berada di hadapan tapak kandang kambing lelaki pujaannya itu.
Latifah bergegas mendapatkan Haziq yang sedang berehat di atas gazebo itu.

"Abang! Abang!" Panggil Latifah kuat sehingga Karyna juga berpaling ke arah suara itu

"Apa? Terkejut saya di buatnya" ujar Haziq sambil memandang sekeliling. Takut-takut orang kampung nampak Latifah di kandangnya nanti jatuh fitnah apa pulak.

"Milik siapa kereta itu? abang beli kereta ke?" kata Latifah teruja

"Banyak betul duit saya nak beli kereta mewah macam tu..kalau Tipah nak tahu, kereta ni milik perempuan yang ada dekat dalam tu" kata Haziq sambil jari telunjukknya dituju kepada Karyna yang sedang khusyuk mengambil gambar itu.

"Laaa..dia buat apa dekat situ? Siapa tu? Kekasih abang ke? Sampai hati abang menduakan Tipah" kata Latifah lagi sambil memuncung kan bibirnya ke hadapan

"Haih Tipah ni agak-agak lah..cuba tengok pakaian dia dengan pakaian saya jauh beza tau.. orang macam dia mana lah pandang orang kampung macam saya ini..oh by the way dia tu akan beli kambing-kambing saya untuk projek baharu dia dekat bandar"

"Apa abang cakap macam tu..biar dia lah tak pandang abang,tapi Tipah pandang hehe" ujar Latifah dengan malu-malu sambil memukul manja bahu Haziq

"Tapi bagus jugak lah kalau dia beli kambing-kambing abang tu kan..nanti bila abang dah banyak duit boleh lah masuk meminang Tipah" ujar Latifah gembira

Haziq mati idea untuk membalas. Bab kahwin malas nak cakap ni.
Mujur Karyna datang ke arah mereka berdua. Syukur Ya Allah.

Haziq mengangkat punggungnya lalu mendapatkan Karyna yang semakin hampir dengan gazebo tersebut.

Latifah mencebik. Spoil!.

"Herm Haziq saya dah tengok-tengok kambing tu..rakam , ambil gambar semua dah..so sekarang ni saya cuma nak tunggu respon dari Tan Sri Mazlan dan nanti saya akan bagitahu awak balik" ujar Karyna kepada Haziq

"Baik Ryna" jawab Haziq sambil mengangguk faham

"Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu" minta Karyna sambil melangkah masuk ke dalam perut Mercedes GLC 300 miliknya

Enjin dihidupkan.
Karyna sempat menghon sebelum meninggalkan tapak kandang kambing tersebut.

Latifah menjeling ke arah kereta Karyna

"Sombong betul! Tak tegur aku pun" gumam Latifah

>3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience