I.P BAB 2

Drama Series 4846

Matahari terbit memasuki ke dalam bilik Karyna Sofia. Kepala yang sakit dipegang sebaik sahaja sedar dari lenanya.

"Aduhh sakit betul kepala ni" rintih Karyna sambil mencapai telefon bimbitnya.

Jam di skrin telefon dilihat.

"Apa??? Dah pukul 10?!" terlopong mata Karyna apabila jam yang ditunjukkan sudah pukul 10 bermakna dia telah lewat ke pejabat.

Karyna bergegas ke bilik air. Pencuci muka sulhwasoonya dan ubat gigi colgate di capai. Karyna hanya sempat membasuh muka dan meggosok gigi. Baju yang digantung dalam almari diambil dan serta merta disarung ke badannya.

Mulut Karyna terkumat-kamit berdoa semoga Tan Sri Mazlan tidak mengubah fikiran untuk bekerjasama dengan SK Holdings. Sepatutnya Karyna perlu berbincang dengan Tan Sri Mazlan tentang projek yang bakal didirikan.

Mercedes GLC 300 Karyna laju keluar dari kediaman rumahnya.

"Kalau jem memang mampus aku harini" gumam Karyna seorangan.

Telefon yang berada di dalam beg tangannya di ambil. Nombor Sazzy di dail.

"Hello Sazzy"

"Ya Cik Karyna?"

"Tan Sri Mazlan dah sampai ke belum?"

"Belum Cik Karyna"

"Okay baik. Kalau dia dah sampai awak bagitahu dekat dia saya lewat 5 minit"

"Baik Cik Karyna"

Karyna menarik nafas lega. Rasa nak tercabut jantung kalau macam ni hari-hari. Setiap hari ada je benda yang tak kena.

"Aku ni kena badi ke apa? Selalu bawak malang" omel Karyna sendiri sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Sesudah tiba di pejabat,

Karyna mengambil langkah seribu naik ke biliknya. Nasib lah hari ini pakai kasut converse boleh lah nak belari feel-feel merentas desa dekat sekolah dulu. Kalau pakai kasut tumit tinggi memang macam buah nangka tergolek lah dia.

Sebaik sahaja tiba di biliknya kelihatan kelibat Tan Sri Mazlan sudah kelihatan. Karyna menarik nafas dalam sebelum menegur Tan Sri Mazlan.

"Tan Sri dah lama sampai?" sapa Karyna. Rambut yang kusut akibat berlari tadi sempat dibetulkan

Tan Sri Mazlan terkejut kehadiran Karyna. Dengan serta merta Tan Sri Mazlan menoleh ke arah Karyna sambil tersenyum. Gigi yang tersusun rapi milik Tan Sri Mazlan kelihatan.

"It's okay, PA Ryna dah bagitahu..saya pun baru sampai jugak ni" jawab Tan Sri Mazlan sambil menepuk bahu Karyna yang nampak tercungap-cungap itu.

Karyna menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tan Sri Mazlan ialah seorang yang sangat rapat dengan arwah papa Karyna iaitu Dato'Hazreen. Karyna sudah dianggap seperti anak sendiri oleh Tan Sri Mazlan.
Tetapi Karyna masih professional dalam pekerjaan, tidak mengambil kesempatan atas kebaikkan Tan Sri Mazlan. Sebab itu lah dia berasa takut jika dia membuat Tan Sri Mazlan menunggu lama.

"Baiklah kalau macam tu, boleh kita mulakan perbincangam tentang projek baharu kita?" Soal Karyna kepada Tan Sri Mazlan

Tan Sri Mazlan menangguk.

Di kampung,

"Makan banyak-banyak tau biar berisi dan sihat" Haziq bercakap dengan kambing-kambingnya di kandang.

Kambing-kambingnya mengembek.

"Ya nanti kalau berisi baru orang nak beli boleh lah Haziq guna duit tu nak beli makanan." Ujar Haziq seakan dia sedang bercakap dengan kambing-kambingnya

Latifah yang berada di sebalik pokok yang tak jauh dengan kandang kambing itu mengomel sendirian.

"Kalau dengan aku tak ada nya nak cakap macam tu..kalau dengan kambing dia bukan main eh..macam bodoh pulak saingan kau kambing?"

Latifah terkejut apabila merasa seorang memukulnya dari belakang.

"Oh mak kau"

"Ha ni memamg mak kau! Aku suruh kau pergi beli daun kucai nak buat kuey teow yang kau pergi menghedap si Haziq tu dah kenapa?" bebel Mak Cik Jamilah kepada anaknya yang sudah gila bayang itu.

"Shhh senyap sikit mak nanti kantoi dengan abang Haziq tu" jawab Latifah sambil jari telunjuk diletakkan di bibirnya.

"Dah! Pergi beli barang yang aku suruh tu. Macam tiada laki lain lah kau ni budak kambing tu jugak nak mengoratnya" marah Mak Cik Jamilah sambil melipat lengang baju kurungnya.

"Budak kambing pun hensem mak" sempat Latifah menjawab sebelum mengambil lajak untuk melangkah seribu takut dipukul oleh mak nya lagi.

Jamilah hanya mengelengkan kepalanya.

"Ada-ada je budak ni" gumamnya sendiri.

Sementara di pejabat Karyna,

"Apa? Tan Sri Mazlan nak buat kilang base on susu kambing?" terkejut Karyna apabila mengetahui tentang projek yang bakal dijalankan adalah untuk mengeluarkan produk berdasarkan susu kambing.

"Kenapa Karyna tak setuju ke?" soal Tan Sri Mazlan apabila melihat Karyna yang sangat terkejut itu.

"Bukan tak setuju Tan Sri. Saya cuma terkejut sebab unexpected nak buat based on susu kambing" jawab Karyna dengan tenang. Karyna hanya cuma rakan kongsi, dia tidak terfikir untuk membantas rancangan Tan Sri Mazlan.

"Okay lah kalau macam tu kita cuma tinggal nak cari supplier kambing. Tugasan ni saya serahkan pada Ryna ya." Karyna teragak untuk mengangguk tetapi dia mengangguk juga demi menjaga reputasi syarikatnya.

"Kambing pun kambing lah" ujar Karyna tidak jelas membuatkan Tan Sri Mazlan bertanya.

"Apa Ryna?"

Karyna hanya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum lebar.

"Takpelah kalau takda apa-apa saya balik dulu ya. Kalau ada masalah call je saya. Pasal cari orang yang jual kambing tu just inform dekat saya kalau dah jumpa kita set date pergi sana" pesan Tan Sri Mazlan sambil mengangkat punggungnya dari kerusi.

Tan Sri Mazlan dan Karyna berjabat tangan.

Karyna menghela nafas kuat. Tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Perkataan yang diucap semalam berlegar-legar di fikirannya.

"Aku rela kahwin dengan orang kampung yang jaga kambing tu asal muda lah"

"Eh tak-tak kebetulan je ni..takkan lah aku nak kahwin dengan orang macam tu" pujuk hatinya yang sedang berdegup kencang.

Jam di dinding menunjukkan pukul 1 tengah hari. Sebelum keluar untuk makan tengah hari sempat Sazzy menanyakan kepada Karyna.

"Cik tak keluar makan ke?"

"Dah lunch ke? I'm on diet" jawab Karyna ringkas.

"Oo okay..saya pergi lunch dulu ye" pinta Sazzy sambil melangkah keluar dari pejabat itu.

"On diet lah sangat padahal aku malas keluar haihh" gumam Karyna sendirian. Telefon bimbit yang berada di sisinya dicapai, aplikasi grab di buka. Matanya mencari Starbucks. Americano Machiato di pesan.

20 minit kemudian pintu pejabatnya diketuk.

"Masuk" arah Karyna

"Cik ada oder Americano Machiato tadi kan?" tanya rider grab tersebut kepada Karyna

"Ya saya. Terima Kasih" jawab Karyna lalu menghadiahkan satu senyuman. Aku ni jarang nak senyum tau.

Americano Machiato yang dipesan tadi diminum Karyna. Rasa malasnya berkurang. Tetapi sakit kepala lebih rasa menyengat.

"Kalau tak ikutkan si Sally ni memang tak jadinya macam ni" omelnya sendiri.

Operator di atas meja di tekan

"Sazzy kalau awak ada dekat luar boleh tak tolong ambilkan saya penadol?"

"Baik Cik Karyna" jawab Sazzy

"Eh awalnya dia balik? Tak kisah lah"

TOK!TOK!TOK! pintu bilik Karyna diketuk.

"Come in"

"Nah penadol yang Cik Karyna mintak" Sazzy menghulurkan penadol kepada Karyna

"Terima Kasih" ucap Karyna

"Sama-sama" balas Sazzy

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Tiba masanya Karyna pulang dari kerja. Mercedes GLC 300 dihidupkan dan dengan megahnga keluar dari perkarangan pejabatnya.

"Rasa nak makan McDonald's pulak. Kalau tak ramai orang singgah lah kejap" gumam Karyna

Disebabkan malas untuk turun Karyna memilih untuk memesan melalui pandu laju.

"Nasib tak ramai orang"

"Selamat datang ke McDonald's boleh saya bantu. Cik nak oder apa?" sapa pekerja tersebut dengan mesra

"Saya nak oder Quarter Pounder with cheese 1 set"

"Itu sahaja ke Cik?"

"Err..saya nak add french fries large yang ala carté ya"

"Okay baik Cik itu sahaja?

"Yes"

"Okay total semua sekali Rm28.90 bayar depan ya"

Selesai membeli makanan di McDonald's Karyna bergegas pulang ke rumah.

Paper bag McDonalds diletakkan di atas meja di dapur. Karyna naik ke biliknya untuk mandi. Maklum lah hari ini tak mandi lagi. Selesai sahaja membersihkan diri Karyna turun untuk makan makanan yang dibelinya tadi.

Sedang khusyuk menikmati makanan Datin Amelia menyergah dari belakang

"Terkejut lah Ryna ma" katanya manja

"Oloo oloo kesian princess mama sorang ni meh mama peluk sikit" ujar Datin Amelia sambil memeluk anakknya itu.

"Ma, Ryna nak tanya sikit boleh?"

"Apa tu sayang?"

"Dulu arwah Pak su ada mengembala kambing kan? Lepastu lepas Pak su meninggal mana kambing-kambing Pak su semua tu?" soal Karyna dengan muka ingin tahu.

"Dah kenapa cakap pasal ni tiba-tiba" pelik Datin Amelia apabila anakknya ingin tahu tentang kambing.

"Tak da lah ma..Tan Sri Mazlan tu suruh cari supplier yang jual kambing untuk projek yang buat makanan dan minuman based on susu kambing tu" terang Karyna dengan teliti.

"Ohh projek tu..tahu tak dulu arwah papa paling semangat tau nak buat projek ni..tapi umur papa tak panjang" ucap Datin Amelia suara sedih sikit kedengaran.

Karyna akan berasa serbasalah jika projek ini dibuat sambil lewa.

"Pasal kambing tu ada je..cuma Pak su tak wasiatkan dekat anak kandung dia..Pak su hadiahkan dekat anak angkat dia" ujar Datin Amelia dengan semangat supaya Karyna lebih memahami apa yang dikatakannya.

"Ha? kenapa macam tu?" soal Karyna pelik

"Anak angkat Pak Su tu tak ada keluarga sejak lahir. Jadi untuk tolong dia teruskan hidup itu Pak su hadiahkan dekat dia"

"Oo faham" Karyna menangguk faham.

"Bolehkan kalau Karyna ambil dia as supplier?" soal Karyna lagi sambil menyuapkan french fries ke dalam mulutnya.

"Up to you sayang..mama support je apa you buat" ucap Datin Amelia sambil mengusap lembut rambut Karyna .

jangan lupa komen:3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience