Mercedes GLC 300 milik Karyna Sofia memasuki halaman rumah dengan megah.
Sebaik sahaja Karyna mematikan enjin kereta miliknya,dia pantas keluar dari perut kereta sambil menanggalkan blazer dan cermin mata hitam yang dipakainya.
"Why today so hot?" omelnya sendiri sambil melangkah laju ke pintu utama rumahnya. Kasut tumit tinggi miliknya ditanggalkan dan Karyna menyarung sepasang selipar yang telah disediakan oleh orang gaji.
Karyna menuju pantas ke dapur untuk mengambil segelas minuman supaya tekak yang kering dapat dibasahkan.
Secara tidak sengaja Karyna bertembung dengan bonda kesayangannya iaitu Datin Amelia di dapur yang sedang menjamu selera.
"How's your day princess?" Tanya Datin Amelia kepada anak tunggalnya itu yang sedang meminum air akibat kehausan.
"Not bad" Jawab Karyna pendek.
Karyna melangkah naik ke biliknya untuk berehat meninggalkan Datin Amelia yang sedang menjamu selera dengan beberapa lagi orang gajinya yang sedap mengemop lantai.
Di bilik,
Karyna menjatuhkan badannya ke tilam yang empuk. Beg Christian Dior miliknya diletakkan di atas meja yang berasa di sisi katilnya.
"Kalau lah hari-hari macam ni mati lah aku" Karyna bersuara memecahkan kesunyian di dalam biliknya.
*FLASHBACK*
TOK!TOK!TOK!
"Masuk" Jawab Karyna yang sedang khusyuk membelek fail di hadapannya
"Cik Ryna ada orang nak jumpa.Katanya dia dah buat temujanji dengan Cik Ryna hari ni" ujar penolong peribadinya iaitu Sazzy.
"Baik.Panggil dia masuk" Jawab Karyna. Matanya tidak lekang memandang fail yang berada di hadapannya.
"Tan Sri boleh masuk ya" ucap Sazzy sopan kepada Tan Sri Burhan iaitu rakan kongsi SK Holdings.
Tan Sri Burhan dengan mendabit dada melangkah masuk ke dalam bilik Karyna Sofia.
Kelihatan Karyna Sofia yang seperti kera kena belacan itu membuatkan Tan Sri Burhan bertanya.
"Kenapa sayang macam tak senang duduk je tu, ada masalah ke?"
Karyna yang pada awalnya merenung ke arah fail yang berada di hadapannya terus mengalihkan pandangan kepada Tan Sri Burhan
"Pak cik ada masalah ke? Kata nak jumpa saya untuk discuss projek kita dekat Seremban,bukan nak menggatal!" ujar Karyna senafas tanpa peduli perasaan client baharunya itu
"WHAT?! you call me Pak Cik? Excuse me pangkat I lagi tinggi dari pangkat arwah ayah you tau" ujar Tan Sri Burhan
"Tak kisah lah pangkat kau tinggi ke,rendah ke..ada nampak aku kisah? Oh btw jangan nak rendah-rendahkan arwah ayah aku..Faham?!" Karyna tidak dapat menahan amarahnya membuatkan Tan Sri Burhan membatalkan hasrat untuk menjadi rakan kongsi dengan SK Holdings.
"Budak mentah bekerja macam ni lah. Tak reti hormat orang tua" ujar Tan Sri Burhan sebelum melangkah keluar dari bilik Karyna Sofia.
"SHIT!" ucap Karyna pendek sambil menghempas fail-fail yang berteraburan di atas meja
*END FLASHBACK*
Frame gambar yang berada di atas meja dicapai Karyna.
Gambar Karyna yang sedang memeluk arwah ayahnya iaitu Dato' Hazreen diusap.
"Sorry pa..Ryna tak dapat jadi yang terbaik seperti papa harapkan. Ryna janji, Ryna akan berusaha lebih lagi untuk menjadi macam papa." ujar Karyna sambil menangis teresak-esak. Air mata yang mengalir membasahi pipi di lap.
Sementara itu dikampung,
Haziq seorang pengembala kambing yang mewarisi harta pusaka arwah ayahnya.
Setiap hari, Haziq akan menjalankan runtin hariannya..seperti memberi makan kepada kambing-kambingnya dan juga membersihkan najis-najis kambingnya itu.
Kehadiran Latifah mengejutkan Haziq yang sedang khusyuk membersihkan najis kambing-kambingnya itu.
"Abang dah lah tu..jom makan dulu, ni Tipah ada masak lauk kegemaran abang..sambal merah telur dengan ikan goreng" ujar Latifah sambil meleraikan mangkuk tingkat itu.
"Tipah letak sahaja di situ.Nanti abang makan ye,sekarang abang bau taik kambing ni..tak selera nak makan nanti" kata Haziq. Suaranya sayup kedengaran .
Latifah melangkah masuk ke dalam kandang kambing itu untuk memujuk Haziq supaya makan makanan yang dibawanya sekarang juga.
"Alaaa bang macam tak biasa pulak..takpe kalau tangan abang kotor biar Tipah yang suapkan" kata Latifah sambil tersimpul malu.
Latifah sudah lama memendam rasa terhadap Haziq. Tetapi Haziq tidak pernah melayannya bukan disebabkan mempunyai perempuan lain yang bertakhta di hati Haziq tetapi disebabkan Haziq langsung tidak memikirkan hal perkahwinan. Hanya kambing-kambing peninggalan arwah ayahnya sahaja difikirkan.
Habis kau nak suruh aku jadi kambing?
"Eh mana boleh macam tu Tipah..tak manis kalau orang kampung tengok,kita ni bukan mahram" ujar Haziq lembut
"Habis kalau macam tu..abang Haziq cepat-cepatlah masuk minang Tipah" kata Latifah malu-malu sambil tangannya bermain-main di bahu tegap Haziq
Ha sudah..habis aku
Nasib Haziq baik apabila kedengaran enjin motorsikal Pak Lemang kedengaran.
"Takpelah Tipah lain kali je lah ye Tipah teman abang makan.. tu Pak Lemang dah sampai..abang mintak diri dulu" Ujar Haziq lalu menapak ke arah Pak Lemang
Latifah berasa bengang. Muka bertukar menjadi merah akibat menahan marah tidak dapat disembunyikan.
"Takpe Tipah..lain kali kau cuba lagi" gumam Latifah sambil menyimpan kembali mangkuk tingkat yang dileraikannya tadi.
Di bandar,
Telefon Karyna berdering sebanyak 5 Kali tetapi tidak diangkat satu pun. Terpapar nama Sally di skrin. Kali keenam baru butang hijau ditekan
"Kau nak apa kacau aku tengah tidur ni" kedengaran suara serak Karyna memang sah baru bangun tidur.
"Kau ni tak syok lah..awal nya tidur, jom lah lepak tempat biasa aku belanja" balas Sally yang dalam perjalanan untuk ke tempat biasa mereka lepak
"Haish kau ni..aku dah tak minum lah benda tu semua" ujar Karyna lagi.
"Lah engkau..kat situ kan ada jugak fresh orange,coke,kau minum lah yang halal..tak payah lah minum yang haram tu..asal kau ada sudahlah..jom lah, come on girl" pujuk Sally. Mengharapkan pujukkannya diterima
"Sekejaplah aku bersiap..kalau aku lambat sorry." Kata Karyna lalu telefon dimatikan dan dengan keadaan maimai kaki melangkah masuk ke bilik air.
Sally tersenyum bahagia kerana pujukkannya diterima Karyna. Banyak Hal yang nak digosipkan. Perempuan kan.
Blouse maroon dan short skirt putih dipakai Karyna. Beg Christian Dior dicapai olehnya sebelum melangkah keluar dari biliknya.
Sebelum sampai ke pintu utama rumahnya Karyna sempat memesan kepada orang gajinya.
"Bagitahu Datin I keluar. Balik tak sure pukul berapa."
Pintu Mercedes GLC 300 dibuka. Karyna terus masuk ke dalam perut kereta dan enjin dihidupkan.
Tiba di club,
Mesej dari Sally terpapar di skrin telefon milik Karyna.
"Yuhuu girl I see you"
Karyna memusing badannya untuk mencari kelibat kawannya itu. Akhirnya matanya tertacap pada seorang perempuan yang mengenakan short dress berwarna merah jambu itu. Ya itu Sally.
"Lama tak jumpa you..rindu nya I" ujar Sally gembira sambil memeluk erat kawannya itu. Padahal baru je 2 hari tak jumpa disebabkan Sally terpaksa bekerja di luar kawasan atas permintaan ayahnya. Sengal betul kawan aku ni.
Beberapa minit kemudian,
"You okay tak ni? senyap je?" soal Sally kepada Karyna yang berdiam dari tadi seperti orang kehilangan buah hati.
"Tan Sri Burhan curang dengan kau eh?" Teka Sally membuatkan Karyna terkejut beruk dengan ayat yang dikeluarkan dari mulut Sally.
"Choi! simpan malaikat 44 lah kalau aku couple dengan dia..aku rela kahwin dengan orang kampung yang jaga kambing tu asal muda lah..dari kahwin dengan Si Burhan tu" ujar Karyna bersemangat. Ye ke sanggup? Haih tak tahu!
"Amboi kau..serious la kau sanggup kahwin dengan pengembala kambing? Omo kalau betul macam mana? masin mulut kau babe,hari-hari lah makan kambing kau tak payah susah-susah beli apa tu yang famous sangat tu Pak Mat western ke apa?" usik Sally. Ha tahu takut, itulah cakap tak serupa bikin.
Alkohol yang berada di depan Karyna diminum.
"Aik tadi cakap tak minum dah?" tanya Sally.
"Huhhh diam lah..aku stress ni kau tak tak?" Ujar Karyna sambil menambahkan alkohol ke dalam gelasnya tadi.
Beberapa minit selepas itu,
Kepala Karyna terasa berat. Sakit.
Kelopak matanya merasa semakin berat. Sukar nak buka mata!. Dari permandangan cerah tiba-tiba menjadi gelap. Mabuk dah aku ni.
jangan lupa tinggalkan komen tau >3
Share this novel