Keesokkan harinya, Karyna mendapat mesej tentang mesyuarat yang bakal dibuat di pejabat Tan Sri Mazlan.
Karyna bersiap untuk ke kerja. Kemeja putih dan seluar slack bewarna hitam dipakai. Sebelum bertolak, Karyna sempat menjamah sarapan yang dibuat oleh Cik Som. Sempat Datin Amelia bertanya kepada Karyna tentang jadual anakknya pada hari ini.
"Harini Karyna ada apa?"
"Pagi ni Karyna ada meeting dengan uncle Mazlan tentang projek baru tu" jawab Karyna sambil menyarung kasut tumit tingginya itu
"Ok hati-hati sayang.." pesan Datin Amelia sambil melambai tangannya ke arah Karyna. Lambaiannya dibalas.
Mercedes GLC 300 milik Karyna keluar dari perkarangan rumah itu dengan bunyi enjin yang kuat. Setibanya di perkarangan pejabat Tan Sri Mazlan, Karyna keluar dari perut kereta dengan penuh karisma. Rambut yang diikat dengan gaya 'messy bun'dibiar diterbangkan oleh angin.
Para pekerja Tan Sri Mazlan tunduk dan mengucapkan selamat pagi kepada Karyna yang sedang melangkah ke arah bilik mesyuarat. Tiba sahaja di depan bilik mesyuarat, pintu dikuak perlahan. Kelihatan beberapa orang yang turut menjadi rakan kongsi sudah pun tiba. Tak mengapa kali ni Karyna tidak terlambat.
Karyna melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. File yang diedarkan oleh pekerja Tan Sri Mazlan dibelek. Jam tangan Coach miliknya ditilik dan jarum pada jam itu telah menunjukkan pukul 10 pagi bermakna mesyuarat akan dimulakan tidak lama lagi.
"Assalamualaikum..saya selaku ketua mesyuarat kita pada harini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan,Puan dan Cik kerana sudi menghadirkan diri" ucap Tan Sri Mazlan sebagai pembuka bicara
Perbincangan dimulakan.
10 minit sebelum perbincangan tamat, salah seorang lelaki mengangkat tangan lalu bertanya kepada Tan Sri Mazlan
"Excuse me Tan Sri..saya ingin bertanya tentang siapa yang akan bertanggungjawab atas tugasan yang akan dilakukan dikampung itu.. bahasa mudah faham 'diimport'untuk menghantar laporan tentang kambing-kambing di kandang tersebut"
Tan Sri Mazlan berfikir sejenak. Orang lain turut bercakap sesama sendiri tentang soalan yang ditanya oleh lelaki itu tadi. Tak terfikir pulak pasal ini.
"Apa kata kalau Cik Karyna Sofia dari SK Holdings menangani tugasan tersebut. Lagipun Cik Karyna sudah pernah ke sana bukan?" salah seorang dari mereka turut bersuara
Terbutang mata Karyna apabila namanya dipetik. Biar betul aku kena? jadi kena duduk dekat sana lama. Tan Sri Mazlan menoleh ke arah Karyna.
"Macam mana Ryna setuju?" tanya Tan Sri Mazlan
Karyna mati idea untuk menjawab. Takkan nak tolak jatuh lah reputasi syarikat dia nanti. Karyna tiada pilihan akhirnya dia menangguk kepalanya.
"Good Ryna" puji Tan Sri Mazlan. Kembang Karyna dibuatnya. Tak kembang lah makin berdebar ada lah.
Selesai sahaja mesyuarat itu Karyna terus bergegas keluar dari pejabat itu dan masuk ke dalam perut keretanya.
"Habis lah aku lepas ni..agak-agak lah nak jaga reputasi takkan sampai sanggup stay dekat kampung tu lama-lama" gumam Karyna sendiri
"Arghh dahh..jangan buat serabut kepala..kau follow je okay" pujuk hatinya sendiri
Keesokkan paginya Karyna bertolak ke Terengganu. Kereta yang dipandunya tiba di tapak kandang kambing itu tepat pukul 12 tengah hari.
Haziq yang sudah melihat kedatangan Karyna itu tadi segera mendapatkan wanita itu.
"Cik Ryna terus nak ke tempat penginapan ke?" soal Haziq kepada Karyna
"Boleh ke nak pergi sekarang?"
"Boleh je..Cik Ryna simpan lah dulu beg-beg tu boleh tahan banyak jugak barang Cik Ryna tu" ujar Haziq apabila dia melihat kereta Karyna penuh dengan baju-baju yang dibawa
"Ok lah kalau macam tu jom"
Haziq dan Karyna menuju ke rumah inap tersebut. Haziq membantu Karyna mengangkat barang-barangnya dan terus letak ke dalam rumah.
"Kalau tak ada apa-apa saya mintak diri dulu ye..kalau Cik Ryna perlukan bantuan minta tolong sahaja dengan saya" ujar Haziq sambil kakinya melangkah keluar dari rumah itu
"Terima Kasih Haziq..maaf saya susahkan awak" kata Karyna yang sedang duduk di jendela
"Sama-sama tak ada apa yang susah pun.." balas Haziq lalu melambai tangannya ke arah Karyna. Karyna tersenyum manis.
Dalam beberapa langkah Haziq menapak, dia terdengar namanya dipanggil..laju dia menoleh ke belakang.
"Abang Haziq tunggu" panggil Tipah yang sedang berlari anak ke arah Haziq
"Alaaa dia ni ke?" Haziq mencebik. Bukan tak suka tapi malas melayan sebab Latifah selalu selit isu perkahwinan dalam perbualan mereka membuatkan Haziq tidak selesa.
"Kenapa ni?" soal Haziq setibanya Latifah di hadapannya
"Tadi Tipah ada nampak abang dengan perempuan tu..tapi Tipah taknak lah ganggu.. sekarang abang dah takde dengan dia itu yang Tipah panggil" tipu Latifah. Kalau ikutkan hati memang dia nak menyibuk tadi. Takut lelaki pujaan dikebas.
"Oo" jawab Haziq pendek
"Abang jom teman Tipah makan Mee Hoon sup dekat warung hujung kampung tu" ajak Tipah dengan harapan Haziq akan mengikutinya
"Alaa Tipah saya mintak maaf. Kalini memang takboleh banyak lagi kerja kena buat. Tipah pun tahu kan Tan Sri tu nak beli kambing-kambing saya" bukan niat mahu mengelak tetapi Karyna pun sudah sampai disini jadi Haziq perlu bekerja keras untuk memastikan kambing-kambingnya berada dalam keadaan baik sahaja.
Latifah memuncungkan bibirnya.
"Sorry eh Tipah lain kali kita pergi" ujar Haziq sebelum meninggalkan Tipah seorang diri disitu
Tanpa menyedari mereka diperhatikan oleh Jamilah. Jamilah mengetap bibir apabila melihat anaknya diperlakukan begitu.
"Aku cakap kau taknak dengar pergi jugak kejar budak kambing tu" gumamnya sendiri
Latifah menapak perlahan ke rumahnya dengan hati yang sayu. Pedih. Berkecai.
Sebaik sahaja masuk kedalam rumah, Latifah melihat Jamilah sedang merenung ke arahnya.
"Kenapa mak tengok Tipah macam tu? terkejut Tipah" ujar Latifah dengan nada sedikit terkejut
"Kenapa muncung sangat bibir tu? macam itik dah mak tengok" Jamilah berpura tidak tahu sedangkan dia telah tahu sebabnya
"Tak ada apalah mak..Tipah masuk bilik dulu nak rehat" Latifah mengatur langkah kebiliknya
"Macam mana aku nak buat supaya Tipah ni tak terhegeh dekat budak tu.." fikir Jamilah dengan ligat
Pejam celik,pejam celik sudah dua minggu Karyna Sofia berada di kampung itu. Karyna dan Haziq semakin rapat. Karyna merasa makin hari,makin selesa berkawan dengan Haziq untuk jatuh cinta memang tidak. Kalau jatuh cinta jugak nasib lah. Takdir tuhan siapa boleh lawan.
Latifah terpaksa berputih mata melihat kemesraan yang tercetus antara Haziq Dan Karyna. Jamilah masih memikirkan niat buruk supaya anaknya tidak meroyan hingga ke tua disebabkan seorang lelaki. Takut nasib anaknya itu sama seperti nasibnya dahulu kala. Mencintakan seorang lelaki sehingga menjadi andartu dan terpaksa berkahwin dengan duda.
Di pejabat,
Jam menunjukkan pukul 10 malam tetapi Karyna masih menjalankan kerjanya untuk dihantarkan kepada Tan Sri Mazlan. Bunyi ketukkan pintu membuatkan Karyna tergamam lalu berhenti seketika dari membuat kerjanya tersebut.
Pintu dikuak. Kelibat Haziq terpapar di depan pinti sambil tersenyum ke arahnya.
"Aik awak tak balik lagi?" tanya Haziq
"Haah.. ada sikit sahaja lagi ni..nanti dh siap saya balik lah" jawab Karyna sambil menyambung kerjanya
"Oh takpelah kalau macam tu saya tunggu awak sampai siap"
"Eh tak payah susah-susah..awak balik je lah saya dah biasa, dekat bandar pun saya selalu je macam ni"
Haziq tetap berkeras untuk menemani Karyna.
Karyna mencebik.
(。◕‿◕。)
Share this novel