Selesai sahaja urusan di klinik, Karyna terus memecut keretanya pulang ke rumah.
Tiba sahaja di rumah nama Cik Som dipanggil dengan kuat.
"Cik Som!!!" jerit Karyna.
"Mana orang tua ni? Lambat lah!"
Cik Som bergegas keluar sebaik sahaja namanya dipanggil dengan kuat. Terhinjut sedikit bahunya tadi.
"Ye ada apa puan?" tanya Cik Som sebaik sahaja berada di hadapan Karyna Sofia
" Ni angkat dia pergi naik atas" arah Karyna dengan tegas
"Tapi puan..Cik Som tak larat nak angkat Tuan Haziq sorang-sorang.. Cik Som dah tua" rintih Cik Som. Mana tak nya nak suruh Cik Som yang umur sudah separuh abad mengangkat lelaki yang tubuh sasa itu. Patah riuk lah pinggang Cik Som.
"Habis kau nak suruh aku buat apa? angkat dia sekali?" soal Karyna yang berpura-pura tidak faham kehendak Cik Som tadi
Cik Som hanya mengangguk kecil.
Tanpa bercakap banyak, Karyna mengatur langkah ke arah Haziq yang lesu itu. Tangan kanan Haziq diletakkan ke atas bahunya. Cik Som masih terdiam disitu.
"Habis kau nak suruh aku angkat dia sorang ke?" marah Karyna apabila melihat Cik Som kaku disitu tanpa menolongnya
Cik Som berlari anak ke arah Haziq dan Karyna. Tangan kiri Haziq diletakkan ke atas bahu Cik Som.
Sebaik sahaja sampai ke dalam bilik Karyna dan Cik Som meletakkan Haziq ke atas tilam. Cik Som meminta diri untuk melakukan kerja di bawah yang masih tertunggak. Baru sahaja Karyna ingin berlalu dari situ tangannya ditarik lembut oleh Haziq. Karyna terkejut. Berani betul lelaki ini pegang tangan aku. Karyna menoleh ke arah Haziq.
Haziq perlahan-lahan membuka matanya. Terima kasih diucapkan oleh Haziq. Suaranya tidak begitu jelas tetapi gerak-geri mulutnya dapat dibaca Karyna. Karyna menepis tangan Haziq lalu keluar dari bilik itu.
Sementara di kampung,
"Assalamualaikum" ucap seorang lelaki yang berumur dalam linkungan 50an
"Waalaikumusalam" jawab Jamilah. Jamilah segera mendapatkan tetamu yang tiba di rumahnya itu
"Jemput masuk" ujar Jamilah
Lelaki itu masuk ke dalam rumah Jamilah. Matanya melilau melihat keadaan rumah itu.
"Tipah buat air ada tetamu datang ni" minta Jamilah sambil mempelawa lelaki itu duduk
Tanpa membuang masa, Latifah melangkah ke dapur untuk melakukan perkara yang diarah oleh mak nya.
Jamilah meminta diri sebentar dan mengatur langkah ke dapur untuk bercakap dengan Latifah.
"Tipah kau tahu siapa datang?" soal Jamilah membuatkan Latifah tersedar dari lamunannya yang sedap mengacau air itu
Latifah hanya mengangkat bahu.
"Itu Dato Faizal calon suami kamu" ucap Jamilah tanpa memikirkan perasaan Latifah
Terlopong mulut Latifah apabila mendengar ucapan dari make nya tadi. Aku tak salah dengar kan?
"Kenapa kamu terkejut? Bukan ke kamu yang bagi lampu hijau dekat mak untuk carikah kamu jodoh?"
"Kenapa masih tak lupakan budak kambing tu ha? Budak tu kau nak jadikan suami? kantoi maksiat dengan perempuan dalam rumah" ucap Jamilah bertubi-tubi membuatkan kepala Latifah serabut
"Dah lah mak..sudah!" jerit Latifah membuatkan Jamilah terkejut
"Kamu dah pandai kurang ajar dengan mak eh? ni sebab berkawan dengan budak tu lah..tak ada mak ayah kandung sebab tu didikan terabai lepastu ajar anak orang lain macam tu jugak" herdik Jamilah
"Cukup lah mak..kalau mak nak kahwin dengan Dato Faizal tu silakan..tapi bukan Tipah..Tipah masih menunggu dan akan menunggu abang Haziq" ujar Latifah sebelum meninggalkan Jamilah sendirian di dapur
Haziq Aqashah tersedar dari lenanya apabila merasa seluruh tubuhnya basah. Haziq perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Macam mana tak basah kalau dari tadi berbungkus dengan selimut habis berpeluh satu badan dah macam mandi. Haziq merasa demamnya semakin kebas. Haziq menuruni dari katil dan mencapai tualanya dari penyakut lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
Selesai sahaja mandi, Haziq menuangkan air ke dalam gelas. Ubat yang dibeli tadi juga diambil. Haziq menelan ubat tadi sekali gus.
Haziq melangkah keluar dari bilik dan meluru ke dapur. Sempat dia melihat ke arah bilik Karyna. Pintu terbuka tapi tak nampak pula kelibat isterinya itu.
"Cik Som, Ryna mana?" tanya Haziq setibanya di dapur
"Cik Ryna ada dekat wayang rasanya tadi Cik Som tengok" jawab Cik Som sambil tangannya laju menyiang sawi
"Wayang?" soal Haziq bingung
"Iye wayang dekat tingkat 3 tu.."
"Oo saya ingat wayang dekat mall tu..boleh ke kalau saya pergi sana?"
"Cik Som tak tahu Tuan Haziq" ujar Cik Som sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal
"Takpe lah saya minta diri dulu" ucap Haziq lalu kakinya menuju ke arah bilik wayang yang dikatakan oleh Cik Som tadi
Tiba sahaja di depan bilik itu, pintu bilik itu dikuak. Nampak kelibat isterinya yang sedang khusyuk menonton movie seram itu.
Haziq menyentuh belakang bahu Karyna membuatkan snack yang dipegang Karyna tertumpah akibat terkejut. Dahlah tengah layan cerita seram boleh pulak dia sergah dari belakang macam tu.
"Kau nak apa datang sini ha? Spoil mood betul lah" marah Karyna
"Saya datang cari awak..tadi saya pergi bilik awak tengok awak tak ada tapi kunci kereta,beg semua ada" terang Haziq
"Dah kalau aku tak ada, aku pergi mana sekalipun susah dekat kau ke?" tengking Karyna. Terhinjut bahu Haziq dibuatnya.
Haziq mengeleng.
"Boleh saya join sekali? lama saya tak tengok cerita" ujar Haziq. Walaupun dalam hati takut ditengking tapi dia cuba.
Karyna tidak menjawab. Dia sambung melihat movie tadi.
Haziq melabuhkan punggungnya disisi Karyna. Karyna menjeling apabila lelaki yang dibencinya sibuk duduk ditepinya. Tak faham bahasa betul.
Setiap kali babak seram yang mengejutkan Karyna pasti terkejut dan menjerit. Ada satu kali dia terpeluk lengan sasa Haziq membuatkan lelaki itu tersenyum.
"Benci, benci awak dekat saya..kalau takut saya jugak awak peluk" gumam Haziq sendiri. Dia tidak dapat kawal perasaannya itu dan gelakkan kecil terkeluar tanpa sengaja.
Karyna merenung tajam ke arah Haziq. Haziq sempat menelan air liur.
"Apa? kenapa kau ketawa ha? aku dah cakap kau memang pervet kan" Karyna mencebik
"Maaf-maaf saya tak ada niat nak ambil kesempatan kat atas awak pun" pinta Haziq supaya tidak dimarahi Karyna lagi
"Dah lah aku nak keluar..kau nak tengok,kau tengok seorang!" ujar Karyna sambil mengangkat punggungnya dari kerusi
"Duduk lah dulu" ujar Haziq sambil menarik lembut lengan Karyna membuatkan isterinya itu terduduk di atas ribanya. Sekali lagi Haziq menelan air liur apabila melihat isterinya itu yang mengenakan baju paras peha yang agak jarang menyebabkan kulit mulus isterinya kelihatan dan juga berbau minyak wangi black opium Saint Laurent.
Mata Haziq merenung tajam ke arah anak mata Karyna. Tangannya merayap ke pinggang Karyna dan manarik perempuan itu untuk mendekatinya lagi.
"Pervert ini yang awak maksudkan? sayang" bisik Haziq ditelinga Karyna
Karyna tergamam dengan tindakan lelaki itu. Dia juga keliru kenapa dia biarkan sahaja lelaki yang dibencinya itu memperlakukannya begitu. Muka Haziq mendekati leher jinjang milik isterinya. Bau minyak wangi semakin menusuk ke dalam hidung membuatkan Haziq ingin mencium leher isterinya. Sebaik sahaja bibir Haziq ingin mendarat ke kulit leher Karyna, perempuan itu bangun dari riba Haziq dan meninggalkan suaminya itu.
Haziq tersedar dengan perbuatannya itu. Dia menampar pipinya berkali-kali.
"Apa kau buat tadi? Dia tak suka kau, kenapa kau cuba nak goda dia ke?" Ujar Haziq sendiri. Memalukan!
Malam,
Karyna berbaring di atas katil selepas makan malam. Karyna menepuk dahinya berkali-kali apabila mengingatkan peristiwa yang berlaku di meja makan tadi.
*FLASHBACK*
Karyna menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sedap sungguh makanan yang dimasak Cik Som malam ini. Sebelum ini tak ada pulak macam ni mungkin sebab lapar. Sedang Karyna menyuap nasi ke dalam mulutnya Haziq muncul secara tiba-tiba di hadapannya dengan hanya memakai singlet dan tuala mandi. Terbutang Karyna dibuatnya nasib Cik Som tidak menyertai makan malam itu kalau tidak, dengan Cik Som sekali tersembur nasi.
"Kau dah kenapa pakai macam ni? tak ada baju ke?" soal Karyna sambil menjeling
"Ya saya takde baju. Haritu datang sini tak bawak banyak baju. Baju saya yang dah pakai tengah basuh sebab tu terpaksa pakai macam ni" terang Haziq sambil melabuhkan punggungnya di kerusi
"Eyy benci lah aku tengok! Dah lah lepas ni kau ikut beli baju takkan kau nak pakai macam ni selalu. Nanti tergoda Cik Som baru kau tau!"
"Aik? jealous ke?" gumam Haziq sambil tersenyum nakal ke arah Karyna
Karyna tersedar pandangan Haziq terhadapnya.
"Kau kenapa?" tanya Karyna sambil matanya melilau melihat lengan sasa Haziq ibarat meingimbas QR code
"Eh mata awak tengok mana tu" usik Haziq
"Dah lah kau! tak lalu aku nak makan" Karyna berlalu dari situ meninggalkan Haziq
"Eleh" gumam Haziq
(๑¯◡¯๑)
Share this novel