I.P BAB 5

Drama Series 4846

Hari semakin malam. Akhirnya kerja yang dibuat oleh Karyna siap. Kelihatan Haziq yang sudah dibuai mimpi di atas sofa. Karyna berbelah bagi untuk kejutkan Haziq. Karyna membuat keputusan untuk mengejutkan juga Haziq walaupun boleh tahan susah jugak nak suruh dia sedar.

"Dah siap ke kerja awak?" soalan pertama keluar dari mulut Haziq sebaik sahaja sedar ke dunia nyata

Karyna menangguk.

"Kalau macam tu jom lah balik saya temankan..bahaya awak balik sorang-sorang macam ni dah lewat pulak tu" pinta Haziq. Risau dengan keselamatan Karyna. Beberapa minggu lepas ada kes merompak di kampung ini.

"Tak apa lah tak payah susah-susah..banyak dah saya susahkan awak" tolak Karyna lembut. Dari dia mula-mula duduk disini sampai sekarang memang banyak dia susahkan Haziq dah Haziq je yang dia kenal dekat kampung ni.

"Mana ada susah awak.. keselamatan awak tu lagi penting tau..kalau jadi apa-apa macam mana? saya jugak yang susah" jawab Haziq lagi

"Kenapa awak yang susah? Kita ada apa-apa ke?" tanya Karyna buat-buat tak faham..saja nak tengok respon lelaki yang tidak habis untuk menawarkan pertolongan itu

"Kita kan" tak sempat Haziq menghabiskan ayatnya Karyna memotong

"Kita kan apa?"

"Kita kan sepupu angkat" jawab Haziq segera. Nasib tak salah sebut apa-apa kalau tak malu.

"Alaa sepupu angkat je..bukan nya girlfriend, boyfriend" Karyna sengaja mengusik Haziq. Merah muka Haziq dibuatnya. Malu lah tu.

"Ish banyak cakap pulak dia..takpelah bagi sahaja saya teman awak balik..bahaya faham tak?" marah Haziq. Bukan marah betul-betul marah manja saje. Karyna tersenyum melihat gelagat Haziq.

"Yelah-yelah ish dia ni" kata Karyna sambil memasuki ke dalam perut keretanya

Beberapa minit kemudian,

Kereta Karyna diparkir hadapam rumah penginapannya. Karyna berasa tidak sedap hati apabila melihat rumah inapnya kelihatan gelap. Nasib jugak lelaki ni temankan aku.

"Haziq cuba awak tengok kenapa gelap semacam aje" ujar Karyna sambil menundingkan jari telunjukknya ke arah rumah itu

"Awak buka lampu tak sebelum keluar tadi?" soal Haziq untuk kepastian.

"Saya memang selalu buka lampu luar sebab takut balik malam tak nampak jalan" jawab Karyna. Matanya tidak lekang dari melihat rumah itu. Seram lah pulak.

Haziq menapak perlahan masuk ke dalam rumah tersebut. Karyna membontoti Haziq dari belakang. Haziq meraba-raba seluruh dinding untuk mecari suis lampu. Suis ditekan tetapi lampu tidak bernyala.

"Patut lah gelap awak..rumah awak blackout ni" ujar Haziq

"Habis tu macam mana ni?" soal Karyna yang kebingungan. Selama ni dia tak ambil tahu pun tentang blackout orang gajinya yang uruskan.

"Takpe biar saya tolong awak..saya cuma nak awak tolong ambilkan kerusi untuk saya sebab saya tak sampai nak tengok electrical box ni" minta Haziq. Karyna terus bergegas dengan berhati-hati ke dapur untuk mengambil kerusi yang diminta oleh Haziq

Tidak lama selepas itu,

"Okay dah siap..kejap saya cuba buka suis" ujar Haziq sambil mencuba untuk turun dari kerusi namun nasib tidak menyebelahinya dia terjatuh dari kerusi namun sempat disambut oleh Karyna tetapi kuat mana badan kecil Karyna untuk menampung berat badan sasa Haziq itu.

Dengan tidak sengaja Haziq tertindih badan Karyna. Mereka tidak terkata apabila situasi itu berlaku dengan serentak. Lampu suluh dari luar rumah menyilau mata mereka. Lampu yang disuluh itu tertacap pada mereka yang berada di dalam rumah.
Karyna dan Haziq terkejut lalu bergegas bangun.

Kelihatan beberapa orang lelaki tua berkopiah di hadapan rumah itu. Pucat lesi muka mereka berdua.

"Assalamualaikum" ucap salah seorang lelaki tua itu

"Waalaikumusalam"jawab Haziq suaranya tersekat sedikit

"Kami mendapat laporan bahawa awak berdua telah membuat maksiat di dalam rumah ini betul?" soal lelaki tua itu tadi untuk kepastian

"Astarghfirullahal'azim.. tak ada Encik" jawab Haziq lagi. Jantungnya berdegup laju. Karyna membisu. Apa dah jadi? Apa dah jadi?

"Maaf Encik..kami sudah melihat perkara itu terang-terangan tadi..lagi satu dalam rumah ini awak berdua je ke?"

Mereka berdua membisu. Keras kaku.

"Tak apalah..kalau macam itu sila ikut kami untuk membuat keterangan lanjut" kata kata lelaki tua itu tadi sebelum beredar dari situ

Karyna mengetap gigi geram. Beg tangannya di ambil kasar dari sofa lalu melangkah keluar dari rumah itu. Haziq sempat mengejar Karyna.

"Awak nak pergi mana?" tanya Haziq

"Kau tak dengar ke dia cakap apa? Dia suruh kita ikut dia kan?" percakapan Karyna sudah berubah membuatkan Haziq terkedu

"Kalau kita ikut dia, kita nak cakap apa? nanti dia suruh kita kahwin macam mana?" tanya Haziq bertubi-tubi

"Itu yang kau nak kan? Kalau taknak kahwin pun kita kena bayar denda kau ada ke duit nak bayar? nak tempah peguam? nak naik turun mahkamah?" giliran Karyna pula menanyakan soalan kepada Haziq

"Cop..apa awak cakap saya yang nak kahwin dengan awak?" tanya Haziq kebingungan

"Ye lah..kalau tak, kau tak buat lah pulak kerja bodoh macam ni..kau ingat aku tak tahu kau yang plan semua benda ni..sebab tu kau terhegeh nak temankan aku balik pastu kau saje buat rumah ni blackout..kalau tak macam mana kau tahu rumah ni blackout kau bukan electrician pun kan..lepastu kau panggil Jabatan Agama Islam tu awal-awak lagi" ujar Karyna bersungguh tanpa menghiraukan perasaan Haziq

"Sungguh besar fitnah awak lemparkan pada saya"

"Kau tak payah nak buat sedih lah depan aku..kau tau perkara yang paling aku menyesal dalam hidup aku..kau nak tahu? aku kenal kau!" kata Karyna sebelum meninggalkan Haziq sendiri di hadapan rumah itu

Disebalik pokok cermai kelihatan kelibat seorang perempuan yang sedang mengintai.

"Jadi jugak plan aku kali ini.. maafkan mak Tipah,mak terpaksa untuk kebahagian kamu jugak demi masa depan" gumam Jamilah sambil tersenyum sinis

Beberapa hari kemudian,

"Aku terima nikahnya Karyna Sofia BINTI Hazreen dengan mas kahwinnya 50 ringgit tunai" ujar Haziq senafas

Tangan ditadah untuk mengaminkan doa.
Selesai sahaja bacaan doa, Haziq mengangkat punggungnya lalu melangkah ke aras Karyna. Sebentuk cincin yang berada di sisi Karyna di ambil. Karyna tidak menghulurkan tangannya dan muka suaminya itu juga turut tidak dipandang. Haziq menarik perlahan tangan Karyna untuk menyarungkan cincin. Karyna terpaksa bersalam tetapi dengan acuh tak acuh. Belum sempat Haziq mengucup ubun-ubunnya Karyna terus bangun dan naik ke bilik. Pakaian serba putih yang dipakainya ditanggalkan.

"Haziq,mama nak cakap sikit boleh?" tanya Datin Amelia kepada Haziq

Haziq menangguk.

"Ada apa ye datin?"

"Call me mama..now you're my son in law..mama just nak cakap, bagi Ryna masa..jangan paksa dia untuk terima perkara ni seratus peratus..ye mama faham,Haziq pun rasa benda yang sama cuma yang membezakan Haziq dan Ryna..Haziq berfikiran matang cepat move on..Ryna tidak, dia berfikiran masih lagi macam kanak-kanak..mama akui ini memang silap mama dan arwah papa dalam mendidik Ryna" Datin Amelia cuba memberi nasihat supaya Haziq tidak terasa hati dengan tindakan Karyna

"Mama jangan cakap macam tu..perkara yang lepas,lepas okay..sekarang ini takdir yang telah jodohkan saya dengan Ryna..nak taknak kita kena terima, redha dengan qada' dan kadar Allah" balas Haziq. Mereka dikejutkan dengan suara tepukkan tangan dari belakang

"Wow amazing..kau bila bercakap tak kalah eh dengan ustaz-ustaz yang bagi ceramah tu..tapi perangai macam firaun sanggup buat kerja bodoh supaya dapat kahwin dengan anak dara kaya..senang hidup kau pilih jalan shortcut" herdik Karyna. Sungguh benci dia melihat muka Haziq. Kalau ikutkan hati rasa nak ganyang sahaja. Untung ada Datin Amelia di situ

"Karyna Sofia! jaga mulut kamu sikit boleh?!" tengking Datin Amelia. Ini kali pertama Datin Amelia meninggikan suaranya pada anak tunggalnya itu.

"Mama sanggup tengking Ryna sebab dia ni? Mama! how dare you?!" giliran Karyna pula menengking Datin Amelia

"Enough! I said enough! Ryna pergi naik bilik rehatkan diri..i know you stress..you tak dapat accept benda ni berlaku sekelip mata..I said go please hormat majlis ramai lagi tetamu ada dekat sini" ujar Datin Amelia. Kali ini dia tidak dapat menahan sabar. Mengigil seluruh tubuhnya. Mata mula berkaca.

Karyna naik ke bilik dengan hati yang hancur disebabkan selama dia hidup 24 tahun ini kali pertama Datin Amelia meninggikan suaranya kepada dia.

"I will make sure hidup kau sengsara sampai mati Haziq Aqashah" ujar Karyna sendiri sambil tersenyum sinis memandang wajahnya di dalam cermin

Matahari mula terbenam, hari semakin gelap. Haziq mengatur langkah ke bilik Karyna untuk membersihkan diri. Baju diambil lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Paip air dibuka lalu menyiram ke atas badan Haziq. Selesai sahaja mandi, Haziq mengeringkan badannya dengan menggunakan tuala.
Pada masa yang sama, Karyna tersedar dari lenanya. Karyna merasa lesu akibat tidur hingga lewat petang. Karyna menanggalkan pakaiannya sebelum menapak ke bilik mandi. Karyna tidak mengetahui bahawa Haziq berada di dalam bilik air tersebut. Tanpa seurat benang, Karyna membuka pintu bilik mandi dan melihat satu tubuh tegap juga tanpa seurat benang berdiri di hadapannya. Masing-masing teriak kerana terkejut.

"Arghhhh!!!!"

"Kau buat apa dekat sini ha??" marah Karyna sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain

"Saya baru sudah mandi nak pakai baju, awak tu yang buka pintu tak ketuk dulu" balas Haziq dengan sisa perasaan terkejut tadi

"Eh ni bilik aku suka hati aku la..kau tu yang sibuk. Kau ni memang sengaja kan tak cukup perangkap aku suruh kahwin dengan kau, sekarang kau nak suruh aku jatuh cinta dengan kau lepas tengok tubuh kau.. please okay! tak ingin" marah Karyna lagi. Kali ini dia tidak peduli apa yang dilihatnya.

Karyna melangkah juga masuk ke dalam bilik mandi lalu menolak Haziq keluar dari bilik mandi itu.

"Kau keluar sekarang"

"Eh kejap sabar, saya belum pakai baju lagi ni takkan awak nak suruh saya keluar macam ni" ujar Haziq. Haziq sudah mula risau. Habis aku takkan nak keluar bogel macam ni.

"Ada nampak muka aku kesah?" jerit Karyna lalu menghempas pintu bilik mandi

"Ryna baju saya semua ada dalam bilik mandi lagi tu..hulurkan lah pada saya" pinta Haziq tapi dihiraukan oleh Karyna

Karyna mengambil pakaian Haziq lalu dibasahkan dan kemudian dilemparkan ke atas muka suaminya itu.

"Sorry terkena air"

"Aku dahlah bawak baju ni je..mana ada baju lain dah..macam mana ni?" fikir Haziq sendiri. Pakai je ke baju basah ni?

Haziq memerah baju dan seluarnya bagi menghilangkan air yang terserap. Apabila Haziq merasa baju dan seluarnya sudah lembap dia menyarungkan baju dan seluarnya.

"Macam mana nak tidur ni..sejuk sangat..aircond tak reti nak tutup" gumam Haziq

Dia melangkah ke bilik Karyna lalu mengetuk pintu.

"Awak..boleh tolong saya sekejap?" minta Haziq

"Apa dia? boleh tak kalau kau tak menyusahkan hidup aku sehari?" tengking Karyna membuatkan Haziq terkedu

"Saya nak mintak tolong awak tutup atau perlahankan aircond..saya sejuk sangat" ujar Haziq dengan harapan Karyna akan membantunya

Karyna tersenyum. Hmmpphh..

Karyna melaraskan suhu aircond kepada suhu yang paljng sejuk.

"Okay siap"

Karyna melihat Haziq memanjat katil untuk tidur.

"Ehh siapa suruh kau tidur atas katil? tidur bawah dengan baju basah macam tu kau nak suruh Cik Som gantikan cadar untuk kau ke? Siapa yang bayar gaji dia sekarang ni?" herdik Karyna. Jujur, Haziq sangat terasa dengan percakapan isterinya itu.

Haziq turun dari katil lalu tidur di atas lantai. Makin lama makin sejuk rasanya. Rasa macam nam mati sebab kesejukkan dah ni. Akibat terlalu penat, Haziq tertidur.

Keesokkan paginya,

Bilik Ryna diketuk.

"Puan Ryna.." panggil Cik Som dari luar bilik

"Apa dia??" Karyna menyahut dari dalam bilik

"Encik Haziq pengsan..badan dia panas" ujar Cik Som

"Habis kau bagitahu aku? Aku doktor ke? Kau dengar sini ehh..mama takde kan sebab dia dah bertolak ke Amsterdam subuh tadi betul? So sekarang ni semua arahan dalam rumah ni aku yang bagi, reti? kalau lelaki tu mintak kau sebarang ubat, ataupun dia mintak kau masak bubur atau sup panas ke jangan berani kau buat dan satu lagi kalau dia mintak kau tolong tempahkan teksi untuk dia kalau kau buat siap..kau cuba lah tolong dia kalau kau nak rasa cuti tanpa gaji ye.." ujar Karyna panjang lebar. Cik Som menangguk ketakutan.

Haziq terasa terlalu lemah untuk bangun. Dia cuba menggunakan kesemua tenaganya tetapi hanya sia-sia. Badan lesu, kepala sakit. Haziq mengesot membuka pintu dia berpaut di tangga untuk berdiri. Usahanya berjaya kali ini. Haziq mengatur langkah ke dapur untuk meminta ubat kepada Cik Som.

"Cik Som ada penadol atau ubat demam tak?"

Cik Som mengingat pesan Karyna Sofia. Cik Som terpaksa menipu.

"Maaf Haziq, Cik Som lama dah tak beli penadol"

"Tak apa" jawab Haziq. Sempat dia tersenyum kepada Cik Som walaupun bibirnya sudah kebiruan, mukanya pucat lesi.

"Kalau Haziq nak mintak Cik Som tempahkan teksi atau grab ke boleh?" soal Haziq lagi dengan harapan Cik Som akan membantunya

"Maaf Haziq, Cik Som tak pandai semua tu" kata Cik Som teragak-agak

"Ohh maaf Cik Som..tak apalah Haziq jalan kaki je lah" ujar Haziq sambil menapak perlahan keluar dari rumah mewah itu. Langkahnya sangatlah lemah. Macam mana nak sampai ke klinik kalau macam tu.

Karyna mengintai dari jendela. Dia tergelak melihat Haziq yang sedang menderita.

"It's not too much sayang.."

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Alamak! macam mana kalau kawan-kawan aku nampak dia macam tu? Haishh tak boleh jadi" ujar Karyna sendiri sambil bergegas mengambil kunci kereta dan mencari Haziq

"Mana pulak dia ni pergi..tadi tak nampak jauh macam ni lagi" omelnya sendiri

Karyna perasaan ada beberapa orang sedang berkumpul di tepi jalan.

"Accident ke?" gumamnya sendiri

Karyna ternampak seperti seseorang sedang terbaring di atas jalan raya. Karyna perasan selipar yang dipakai orang itu sama seperti selipar Haziq.

Karyna bergegas berlari ke arah Haziq. Karyna meminta orang yang berada di situ supaya meletakkan Haziq ke dalam keretanya

"Cik boleh tolong tak angkat adik saya ni..dia OKU..macam mana boleh terlepas pun tak tahu lah" tipu Karyna. Takkan nak mengaku suami.

Mengalir air mata Haziq apabila mendengar ucapan dari Karyna.

"Benci betul awak dekat saya..saya mintak maaf jika kehadiran saya dalam hidup awak membebankan..saya selalu doakan supaya awak tidak tergolong dalam isteri pendosa"

selamat hari raya >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience