BAB 5

Humor Completed 895

“Abang tanya ni, Lenora nak kahwin dengan abang tak?”

Aku memegang kepala yang terasa berat. Abang Danish sudah gila! Agaknya
kewarasan Abang Danish sudah hilang akibat kejadian yang telah menimpanya
siang tadi.

“Lenora …”

“Abang dah gila! Mana boleh kita kahwin. Abang jangan anggap kahwin tu
benda main-main abang, sampaikan abang sesuka hati tanya Lenora macam
tu,” bentakku. Nada suaranya sudah meninggi.

Abang Danish nampak terkejut dengan reaksiku itu. Wajahnya pucat tidak
berdarah. Dia nampak resah. Tiada lagi ketenangan pada raut wajahnya
yang putih bersih.

“Abang tak bermaksud macam tu pun, Lenora . Abang ikhlas nak jadikan
Lenora isteri abang.”

“Abang dah terdesak sangat ke nak kahwin?” tempelakku.

“Abang memang sayangkan Lenora . Lagipun, abang dah kenal Lenora sejak
kecil. Abang dah tahu apa yang Lenora suka atau tidak dan itulah
sebaliknya. Abang selesa dengan Lenora . Apa-apa yang Lenora buat selalu
buat abang happy. Salah ke kalau abang nak kahwin dengan orang yang
abang sayang?”

Tidak! Tidak semudah itu. Abang Danish boleh bercakap apa saja yang dia
mahu. Tapi untuk menerima dirinya setelah apa yang terjadi, tidak akan
aku lakukan sama sekali.

“Lenora , abang tak main-main. Abang dah beritahu mama dengan papa pun.
For your information, they had agreed with me.”

“Abang dah gila!”

Panjang-panjang langkah kuaturkan masuk ke dalam bilik. Abang Danish
gila. Abang Danish gila! Mahu saja aku menjerit supaya mama dan papa
keluar dari bilik mereka. Biar mereka tahu kalau anak sulung mereka itu
sudah gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience