BAB 4

Humor Completed 895

TERAGAK-AGAK aku mendekati Abang Danish yang duduk santai sambil menonton
televisyen. Lagaknya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia nampak
tenang dan bersahaja. Seolah-olah yang ditinggalkan tunang adalah mama,
bukan dia.

“Lenora !” panggil Abang Danish tiba-tiba.

Aku tersentak. Cepat-cepat wajah yang jelas terkejut itu kuhiasi dengan
senyuman. Kalaulah Abang Danish tahu aku teragak-agak untuk mendekatinya,
tentu dia marah padaku. Abang Danish memang cukup tidak suka aku
bersimpati padanya kalau dia ditimpa masalah.

“Abang okey je, Lenora . Tak payahlah Lenora risaukan abang sampai nak
datang tegur abang pun takut. Sinilah…”

Aku tersengih. “Mana ada Lenora risau. Abang jangan nak perasanlah.
Lenora ada banyak lagi kerja nak buat dari risaukan abang.”

Terhambur tawa Abang Danish . Melihat dari tawanya aku nampak kalau semua
itu ikhlas dari hatinya. Abang Danish tidak berpura-pura ketawa untuk
membohongiku. Aneh! Abang Danish langsung tidak sedih.

“Abang ni biar betul. Langsung tak sedih.” Aku duduk di hadapan Abang Danish .

“Abang tak kisahlah. Terkilan tu memanglah ada. Kalau Kak Zainab tak buat
perangai last minute, abang dah jadi suami orang pun. Tapi, nak buat
macam mana. Abang terima je apa yang dah ditakdirkan untuk abang.”

“Abang tak rasa ke nak meraung? Nak menjerit, nak menangis sampai
berguling-guling…”

“Ah, sia-sia kalau abang buat semua tu. Abang yakin abang tak pernah
lukakan atau kecewakan Kak Zainab sepanjang kami bersama. Jadi, tak
perlulah abang sedih.”

“Kak Zainab tak beritahu kenapa dia tak nak kahwin dengan abang?”

Abang Danish mengangkat bahu. Matanya dihalakan pada kaca televisyen yang
masih menayangkan drama yang aku tidak tahu apa tajuknya.

“Lenora kahwin dengan abang nak?”

Terbeliak mataku dengan pertanyaan Abang Danish . Perlahan saja nada
suaranya seolah-olah tidak mahu orang lain dengar apa yang dikatakan.
Tapi, aku yang berada dekat dengan Abang Danish mendengar dengan jelas
setiap butir bicaranya. Bermimpikah aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience