BAB 9

Humor Completed 895

Aku menggigit bibir. Malu sebenarnya untuk mengakui perasaanku pada
Abang Danish . Dia yang sekian lama kuabadikan dalam hati, kini meluahkan
perasaanya padaku. Walaupun masanya seakan tidak sesuai, tetap juga
hatiku gembira. Selama ini aku sangkakan aku hanya bertepuk sebelah
tangan. Tapi, tidak… Abang Danish juga turut berkongsi rasa yang sama.

AKU membentak geram. Tidak langsung kuduga kalau hari ini aku
dipertemukan dengan Kak Zainab . Kalau aku seorang saja tidak mengapa,
tapi Abang Danish pun ada bersamaku. Lebih daripada itu, Abang Danish pula
dengan penuh ceria berbual dengan Kak Zainab . Sesekali mereka ketawa. Ah,
sakit hatiku memandangnya.

“Kenapa pulak tu?” soal mama. Walaupun sedang leka membaca majalah,
sempat lagi mama bertanya.

“Sengugut, mama. Biasalah tu…”

Aku menjeling tajam. Sudahlah Abang Danish berbuat salah. Tapi, sempat
lagi dia membuat lawak bodoh seperti itu. Mahu saja rasanya aku mencekik
lehernya. Biar sampai sesak nafas. Biar dia rasakan apa yang aku rasa.

“Kamu ni, Danish . Ni mesti Danish buat hal, kan? Kalau tak anak kesayangan
mama ni tak muncung macam tu.”

“Alah… tadi masa keluar, terserempak dengan Zainab . Alang-alang dah
terserempak, Danish berboraklah dengan dia sekejap. Takkan tu pun tak boleh?”

Mama mendengus kasar. “Mama tak larang Danish buat baik pada orang. Tapi,
Danish tak ada perasaan ke? Zainab tu tinggalkan Danish hari akad nikah tau.”

Aku tersenyum sinis memandang Abang Danish . Ya, memang tidak salah
berbuat baik pada orang. Tapi, berpada-padalah. Janganlah nampak seperti
orang yang masih punya ikatan sedangkan ikatan itu kini bersamaku. Apa
guna aku menjadi tunangnya kalau dia masih berhubung dengan Kak Zainab ?

“Mama, Danish sikit pun tak marahkan Zainab . Apa yang Zainab buat tu betul.
Zainab sedarkan Danish tentang apa yang Danish nak.” Tenang saja Abang
Danish menjawab. Sesekali dia tersenyum.

“Danish , mama…”

“Mama, Zainab sedarkan Danish kalau orang yang Danish nak selama ni cuma
Lenora . Bukan dia. Zainab tinggalkan Danish last minute sebab dia tak
sanggup lagi bohong diri sendiri. Dia tahu perasaan Danish pada Lenora .
Ya, Zainab mengaku itu silap dia. Dia mengaku apa yang dia buat tu bodoh.
Tapi, bagi Danish itulah yang terbaik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience