BAB 6

Humor Completed 895

“LENORA , mama dan papa dah bersetuju. Lenora pun setujulah ya.”

Aku menggeleng pantas. Mama pula yang berusaha memujukku. Tidak fahamkah
mama apa yang aku rasakan? Kenapa tidak sebelum ini Abang Danish mahu
menjadikan aku sebagai isterinya? Kenapa baru sekarang? Setelah
ditinggalkan kekasih hati, barulah dia datang padaku.

Siapa aku di mata Abang Danish ? Adakah di mata Abang Danish aku tidak
lebih dari penyelamat keadaan? Tidak! Aku tidak mahu nampak begitu
terdesak. Walaupun aku sudah lama memendam perasaan pada Abang Danish ,
itu tidak bermaksud aku akan menerimanya.

“Lenora pun dah kenal Abang Danish , kan? Tak ada salahnya Lenora kahwin
dengan Abang Danish . Mama langsung tak kisah. Selama ni pun memang mama
nak Lenora jadi menantu mama.”

“Abang Danish tu abang Lenora . Lenora tak boleh kahwin dengan dia.”

“Lenora , semua orang dah tahu apa hubungan Lenora dengan Abang Danish .
Tak ada apa-apa! Lenora bukan anak mama dan papa. Jadi, Lenora boleh
kahwin dengan Abang Danish .”

Aku mengeluh perlahan. Ya, memang kami berdua tidak ada apa-apa
hubungan. Tapi, mana mungkin aku mengambil kesempatan dengan apa yang
sudah berlaku. Cintaku tidak semurah itu. Apatah lagi aku sendiri sedar
kalau dalam hati Abang Danish tidak pernah berputik cinta untukku.

“Apa yang susah sangat Lenora nak terima abang? Lenora takut?”

Pantas aku berpaling. Rupa-rupanya Abang Danish ada di belakang. Entah
sejak bila, aku tidak tahu. Tapi, aku yakin dia sudah mendengar
perbualanku dengan mama. “Abang tak faham apa yang Lenora rasa.”

“Apa yang abang tak faham? Lenora , abang tahu yang Lenora cintakan
abang. Tolong jangan nafikan perasaan tu sebab Lenora sendiri yang akan
terluka. Abang tak nak Lenora jadi macam abang. Dah elok-elok nak kahwin
tapi tak jadi.”

Terpempan aku seketika. Kalau Abang Danish sudah tahu isi hatiku, itu
bermaksud kalau Abang Danish sudah membaca diariku kerana hanya diari itu
yang tahu betapa aku mencintai Abang Danish . Ah, malunya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience